Hurm… Sampai hati seorang suami mintak isterinya berhutang sana sini hanya kerana nak puashkan hati dia ? Suruh isteri buat pinjaman utk beli kereta .. Ada pulak suruh beli handphone dengan buat pinjaman ! Ada yang nak buat bisnis , suruh bini cari duit ! Perghh..
Ada yang sanggup kerana sayang punya hal.. Ada yang sanggup sbb tak larat nak dengar laki membebel atau elakkan pergaduhan ! Bergolok gadailah atau tebalkan muka buat pinjaman dengan saudara mara mahupun mak ayah .. hurmm ..
Lelaki , apa dah jadi dengan anda ? Sampai hati ke tengok si isteri tu membanting tulang siang malam untuk membayar hutang kamu tu ? Dan kamu pulak dok bergaya bangga dengan semua harta benda tu ? Apa ni ? Mana maruah anda ?
Hiskhhh.. Perempuan pon .. Bijak la skit ! Kang jadi apa apa , sapa yang naya ? Dah banyak kes gini aku dengar dan ada rakan rakan terdekat alami ! Sapa susah ? Hurmmm ..
Sayang atau cinta tak semestinya perlu korbankan diri .. Memadai jika ianya berkait dengan Allah .. Jika kerana duniawi , hang pikiaq la masak masak … Hurmm..