24hb ni , tak leh main dah kat KBS ni sbb dah pindah .. huwaaaaa ... Training ngan Qhaliff je la jwbnya .. Hurmm ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
24hb ni , tak leh main dah kat KBS ni sbb dah pindah .. huwaaaaa ... Training ngan Qhaliff je la jwbnya .. Hurmm ..
Terus terang , aku minat filem lakonan Afdlin Sauki sejak Soal Hati .. Nabil dan Johan juga aku minat lawak mereka tapi lom sampai aku taksub nak bergambar dengan mereka la .. hehe..
Hari tu ada aku g screening filem Pontianak vs Orang Minyak di eCurve , Damansara bersama 3 orang lagi rakan blogger .. Ramai lagi blogger ada ..
Disebabkan ramai pelakon yang best best berlakon dalam filem ni , aku bersetuju untuk tinggalkan Qhaliff sekejap semata mata nak tonton filem ni seterusnya membuat review ..
Kul 10 malam .. Filem bermula .. Tadaaaa .. 10 minit pertama , mmg ketawa ketawa manja gitu .. Kemudian , sejuk balik .. Aku tengok kawan aku kat sebelah , tidur dah .. Ok , mungkin bukan citarasa dia kot.. Dia mungkin lebih gemar citer cam National Geographic atau Kajian Sejarah Tempatan .. Terpulanglah ..
Aku pun mula menguap sikit skit .. Tapi bila ada babak hantu ni bercinta dengan orang kampung , aku kembali panas. Bila ada dialog double meaning .. Aku pun suka gak laa .. Maklumlah , nak harap babak lain , ‘tawar’ je rasa ..
Dan .. tau tau abis ! Laaaaa .. Abis dah ?? Tu je ?? Mana part gaduh pontianan ngan orang minyak ??? Oh , tadi tu.. 5 minit je gaduh ! Ingatkan ala ala filem Twillight tu haaa .. HAMPA ..
Dan tadi , aku baca kenyataan Afdlin Sauki di Mstar yang berkata filem ni adalah untuk mengajar orang terutamanya kanak-kanak untuk berani berdepan dengan makhluk itu.
Gulp .. Terus terang la kan .. Tak sesuai la budak kecik tengok filem ni . Sebabnya ? hurmm .. Ada yang tak sesuai terutamanya pakaian pelakon perempuan yang over dan ada kat satu babak ketika berkemban tu haa.. Mak aih.. Mana LPF ??? Tidur ke ???
Tu je la.. Apa pon , duit anda , hak anda .. Selamat Menonton ..
“ Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’. “. Selanjutnya ,baca sendiri kat SINI .
Jangan kata budak sekolah .. Yang dah abis sekolah pon kalau terlalu lama mengadap FB , macam macam penyakit leh mai .. Antaranya penyakit pengatal , penipu , pencurang , pengacau , pengebas awek orang , penprovokasi , dan macam macam lagi pen ada laaa ..
Nak lagi best , ada yang tak siap kerja pejabat , kerja rumah , anak terdampar kesepian ( sambil tengok Qhaliff.. dia ok ! ) , boss nikah lagi dan banyak lagi penyakit berjangkit ni ..
Nak online boleh .. Kejap kejap dah la.. Jangan jadikan Facebook tu sumber rujukan hidup kita.. Anggap cam g tandas je la.. Sesekali dalam sehari ..
“ Suami memang tak perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami .. “
Perghh .. senyum riang aihhh para suami .. Namun begitu mereka perlu buat permohonan terlebih dahulu . Ada yang tak buat dan main nikah kat sempadan .. dan mereka cuma didenda aja .. ehehe .. Ok jee .. Berani buat , berani bayar kan ?
Aku ? Nikah lagi ? Aku ??? Ada ke yang berminat ngan aku ? Ada kee ?? Ada yang akan kata ..
“ Boleh ke berlaku adil pada isteri isteri tu nanti ? “.
Ahaaa.. Manusia .. Bolehkah berlaku adil ? Yang boleh berlaku adil cumalah ALLAH .. Manusia cuma mampu bertimbangrasa dan berperikemanusiaan .. Hehehe ..
Jadi , aku nak la menikah lagi eh ? Eh .. mana Qhaliff ? Wahh.. jauh dah dia merangkak ..
“Hanyalah kau saja dihati ku ini .. Oh , Qhaliff !! “
Kalau aku ucap gitu , sememangnya Qhaliff tak berpeluang nak dapat adik dah .. Atau akan dapat adik dari ‘produksi’ yang lain .. hehehe ..
Apa pun , mmg aku senantiasa memerhati ke mana budak kecik in gi apatah lagi dah boleh merangkak macam mentadak mentadu .. hahahha .. Kenal tak ?
Budak2 ni, mmg gilers bergambar.. Aku, letih dah nak bergambar. Dengan anak , kena sbb kenangan wooo.. Nanti besar leh tengok tengok balik .. kak kan ?
Perghh .. terkedu jap aku dengar harganya .. Aku antara mereka yang gemar tengok kecanggihan serta kecanggihan jam tangan . Tetapi aku lebih gemar ‘dengar’ jam tangan yang harganya cukup membolehkan kita nikah berkali kali tanpa menyesal .. hehe .
Dalam akhbar Kosmo yang aku godek pagi ni , jam kronograf jenama Patek Philippe yang diperbuat daripada logam platinum itu milik penyanyi rock legenda, Eric Clapton dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan di Switzerland.
Menariknya , hanya terdapat dua jam tangan platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di sebuah muzium.
Pergh .. aku nak beli jam harga lebih 1k pun dah tertelan air liur . Jangan kata nak beli , baru nak cakap nak beli , wife dah bagi tamparan wanita melalui jelingannya yang manja itu ..
Kul 9 pagi kuar rumah .. Kul 9 malam baru sampai ! Sepanjang hari diatas jalan , maka hasilnya ..
Tdo awal , bangun lewat .. Hurmm.. Kesian kat Qhaliff .. Tu dahi merah tu , tak tau kena kat mana .. Tau tau , merah dah .. Bukan kat rumah pun dapatnya ..
Bagusnya Qhaliff , jalan jauh pon tak buat karenah .. Kecuali tahap bosan sangat , dia nak ajak main .. Kena ada orang layan dia baru dia tak wat hal .. heh ..
Blajar merangkak ke atau nak layan joget ni ? Klik SINI untuk layan videonya ..
Sapa laaa yg popular sangat tuuu ? Eleehhh .. Konon la yer .. Hehe .. Tak caya ? Beliau popular dikalangan gadis gadis seusia dengannya .. Malah tak dinafikan , ehem.. ramai budak lelaki pun nak ‘usha’ dia.. Single la katakan .. Heheh ..
Tapi sayangnya .. Qhaliff gak dapat tackle.. Tapi jual mahal lak Qhaliff ni .. adehh ..
Gambar ketiga tu , seolah olah dia nak bagitau ..
“ Daddy , boleh tak amik Qhaliff dari aunty Lyssa.. Nanti ramai lak jeless .. Qhaliff tak sunat lagi ni.. Kasi can kat uncle uncle kat luar sana lu .. okeh ? “.
Okeh laaa … Daddy dukung Qhaliff okeh ?
Dia macam nak cakap ..
“ Dah nak bebel , baru nak dukung kitaaa ni .. Huuuuh .. “
Kembali ceria diaaa .. hehe .. Tapi segalanya berubah bila ..
“ Nape aunty ni ikut kitorang ni ?? Alaaaa … baru nak nenen .. Segan laa aunty ni tengokkkk .. “
Bila mereka sama-sama layan bolasepak di dalam kedai Al –Ikhsan di Hentian RnR Ayer Keroh .. Akhirnya , hati Qhaliff cair jugaaakk .. Dan barulah nak bergurau senda- dengan aunty Lyssa Faizureen aka Lyssa Secret ..
Terkenal sangatkah si Lyssa ni ? Sewaktu aku berenti rehat tu , si Lyssa dan wife aku masuk ke dalam tandas . Tak lama kemudian , keluar 3 org budak perempuan yang aku rasa SPM pon tak lepas lagi .. Mereka dok berpandangan sesama sendiri dan kemudian berpaling ke belakang..
“ Tadi tu Lyssa Faizureen , kan ?
Dan selebihnya aku tak dengar sangat sbb aku bukan SUPERMAN .. Jadi , terbukti .. dunia maya ni punya peminat tersendiri .. Aku gak takde .. huk huk .. Qhaliff la punya pasal !
Huwaaaa … Dalam beg aku yang hilang tu gakk ! Baru aku sedar .. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa … Dah la spesis ni limited edition .. huwaaa.. Dan paling penting , spek ni hantaran kawin aku ..
Sekali lagi .. huwaaaaa !!!
Boleh mak dia gelakkan dia bila tgk dia berusaha nak merangkak .. Ok , aku pun gelak sbb lucu benar gayanya ..
Menariknya , dia pun join skali gelak .. Adeh ..
Qhaliff , ibu jaga .. Daddy , g gym .. Hehe .. Semangat sungguh daddy eh .. heheh ..
Seronok la ibu jaga kan .. Leh raging ibu lak .. hehe..
Dan pemenangnya ialah !! Pergh.. Aku depan tv dah kul 11 lebih .. Apa yang aku nampak , sekumpulan manusia dok merepek atas pentas . Berpakaian seperti bangsawan ala Kesultanan Melayu Melaka tapi sepatah haram aku tak faham menda.
Dan pemenangnya , aku tak nampak la sapa . Tapi yang aku nampak , selebriti yang atas pentas terutama perempuan , membuatkan aku menyesal tak tengok dari mula. Kalau aku tengok dari mula tweet aku mesti penuh dengan umpat umpat terhadap mereka dan pasti membuatkan dosa aku semakin bertambah bertan tan banyaknya ..
Wife aku yang beria nak tengok , aku rasa dia dah tidur setengah jam selepas bermulanya ASKc2012 tu haa . Aku , kat gym.. Lagi best peluhkan badan dari peluhkan jari dok bertweet mengumpat.
Dan akhir kata .. Aku harap kerajaan amik berat skit la bab bab pemakaian artis ni dari dok kecoh tak sudah pasal kata kata Nurul Izzah tu haa .. Apa bezanya kan ? Oh , ada beza eh ? Maaf la yer.. Aku cetek bab agama ni ..
Tahniah la TV3 kerana berjaya tidurkan wife aku lebih awal dari sepatutnya .. Qhaliff pon lena dok dengar diorang merapu meraban..
Sapa menang ? Aku tak tau pun ..