Ibunya buat utk dia makan.. dia lak , suap kat bapak dia ! Ini salah satu contoh .. Tapi ok gak kan ? Pasni leh suapkan adik dia .. haaaa..
Jangan cari pasal Ben !!
Satu lagi pengalaman baru untuk aku dan juga keluarga .. Pengalaman bagaimana nak menarik minat anak kita terhadap tumbesaran otak mereka. Maklumlah , sel sel otak tengah berhubung.
Apa yang aku nampak , program pembelajaran Little Scientists ni amatlah menarik dan mampu membuatkan anak anak kecil kita lebih kreatif dan banyakkan guna otak untuk memikir dan menilai setiap apa jua ujikaji yang diberikan.. Mudah tapi sangat bermanfaat kerana ianya disesuaikan dengan ilmu yang ditekankan dalam Al-Quran. Sains dan Al-Quran tak dapat dipisahkan !
Walaupun Qhaliff belum lagi berusia 2 tahun ( minggu depan baru cecah 2 tahun ) , tapi perlu didedahkan dengan didikan begini agar lebih bersedia bila usianya mencecah 4 tahun ke atas.. Maklumlah, budak zaman ni lebih pintar dari kita sbb makan macam macam makanan berfaedah sewaktu bayi dulu.. InshaAllah.
Ok.. pasal Little Scientists ni , nanti aku cerita lagi eh.. hee ..
Wowww .. ada ke mee goreng kambing mamak ? Perghh.. Meh aku ajar .. Bila korang masuk kedai mamak , korang tengok apa ada dijual kat situ. Kalau ada sekali pun daging gajah , korang mintak pon dia akan buatkan.. Yelah , dah ada bahan.. Nak goreng dan kreatifkan je la .. Tu je pon ..
Jadi untuk mee goreng kambing lak.. Pastinya setiap chef mamak tu berbeza resepi .. Jadi korang mintak la dia campurkan dengan daging kambing kari tu haaa.. Baru laaa mee goreng tu ada rasa kari kambing skit .. Perghh.. Pastu kasi suruh letak cili merah .. Wa cakap lu aaa , sepinggan tak cukup lorr ..
Tak makan kambing ? Rugi rugi.. Dulu aku pon tak suka kambing ! Tapi bila tau kambing tu sedap banget , maka aku pun try.. Dan jangan lupa , kambing ni sapa suka makan ? Cer google.. hehehe .. Baik kambing dari lembu ..
Harga ? Haa.. korang kena tanya harga dulu baru mintak .. Hahahah .. Ada yang akan charge ..
Mee goreng RM ? + Daging kambing = RM terduduk
Ada yang charge biasa biasa jer.. Kalau mampu , beli la.. Tak mampu , telan air je .. Kalau nak sangat makan , meh sini.. Aku belanja.. Kalau nak sangat dah la …
Hurm.. baru dapat tidurkan dia. Susah benar malam dia nak tidur. Kena aku ada baru nak tidur Tidur pulak , nak kat ruang tamu .. Dah lena , baru masukkan ke dalam bilik .. Kalau tak , menjerit..
Sebelum tidur , layan ABC.. Dia sendiri pilih. Tak nak dah UPIN IPIN.. Boring ! Hahahaha .. Tapi aku tak de la paksa dia.. Biar dia sendiri tengok dan belajar. Aku cuma bantu betulkan sebutan dia. Takut nanti dia bosan bila dipaksa.. Biar dia explore dulu mcm dia main puzzle tu ..
Tengok la nanti.. kena cari bahan yg sesuai untuk dia nanti. Hurm.. sian tengok dia .. Dalam kereta pon sekarang , dah semakin bersopan dengan aku. Kalau tak dipasang video , dia akan tidur jer .. Tak macam dulu.. Memberontak.. hehehe ..
Pasni , nak didik lagi sorang ..huhuh… Kena duduk belakang la dua dua nanti .. huhu ..
Suka dia layan game ni.. Bangga dia bila dapat selesaikan semua puzzle tu tapi dengan bantuan aku la gak kan .. Kang kata dia buat semua , nampak sangat la bohongnya.. Bukan tak boleh tapi belum mahir lagi.. Yang puzzle ‘number’ hari tu , handal dah… Kena tukar game lain lak yang lebih mencabar ..
Bila dapat selesaikan , maka pujian untuk diaa..
“ Yeayyyy.. Gimme five ! “. Dia pun hulur je la .. Kira bangga la tuu..
Aku tak paham sikap sesetengah lelaki yang ‘pandai’ cakap.. cepat angkat tangan kat isterinya pastu ugut nak cerai ! Tapi peliknya , tak jugak nak dicerainya !
Tapi aku lagi pelik sikap isteri yang rela dipukul , berkali kali ! Kalau sekali dua tu , ok lagi la.. Tapi kalau dah sampai naik kaki ke muka , bijik mata lebam.. pastu dok kata ‘ Tu tanda dia I LOVE U ‘ , serius laaaa.. mmg pelik !
Wahai suami .. Kalau dah tak suka , lepaskan je la si isteri tu .. Kalau masih sayang , bincang elok elok .. Bawa gi jumpa pakar kaunseling kalau payah sangat jumpa kata putus atau jumpa orang tua tua yang pandai ..
Wahai isteri … Sayang pon berpada pada la.. Jangan sampai jadi punching beg . Ada kalanya kena gak bertindak menyelamatkan diri. Risau gak nanti , dah tak dapat isteri , anak jadi mangsa ! Hurm.. Bila dah berlaku , satu sen pon tidak berguna lagi.
Bawa bawa ingat Allah ..
Petang ni , setelah berbulan lamanya tak berjalan jalan di taman .. aku bawak Qhaliff keluar .. dengan gaya terkini .. Ala ala zaman bapak dia dulu.. Rap gitu haaa .. Hehehe ..
Sampai di taman , akak akak jiran menegur la dia .. Dan seperti biasa , makin kuat dia peluk aku .. Huk aloh.. Akak akak tu nak ajak main je pon .. Iskhh.. Tamo lak diaaa .. Kalau tak mo , biar je daddy gi lepak ngan akak akak tuuu .. Heee ..
Hurm… makin payah dia sekarang ni. Walaupun dengan pakcik makcik dia .. malah dengan atuk dia pon dia tamo.. Siap buat suara garang lagi ! Tiru aku la tuuu.. Hahahaha..
Payah ni.. Sabtu ni , kita gi kelas eh.. Little Scientist .. heeee .. Nanti aku cerita kat korang amenda tu.. heee..
Sejak MH370 hilang secara misteri , ASTRO AWANI lah paling ‘beria’ menyampaikan maklumat dari pelbagai sudut , dari pelbagai pakar , dari pelbagai orang termasuk siap buat app untuk menyampai kata kata semangat !
Ok.. aku tak nafikan la ianya ada memberi manfaat pada mereka yang mengambil berat tetapi ada jugak yang bagi aku ‘ keterlaluan ‘ , seolah nak mengejar rating atau nak popularkan ASTRO AWANI !
Terbaru , pasal Malindo Air .. Bila tonton part menemubual salah seorang penumpang yang berada dalam kapal terbang tu , buat aku geleng kepala jer .. Apa tujuan soalan soalan tu ? Nak cari salah sapa ? Bukan ke patut elakkan dari menimbulkan rasa kurang senang terhadap syarikat penerbangan tempatan apatah lagi sekarang dunia sedang memerhati Malaysia. Ni seolah nak bukak pekung lak .. Iskhhh..
Bila dah terlalu nak dapatkan berita ekslusif , maka hasilnya seperti media barat yang suka benar mencari salah ‘orang lain’ , dengan menimbulkan spekulasi yang .. hurm… Tanggung la dosa sendiri !
Aku follow Astro Awani beberapa kali je terutama tang siaran langsung jer .. Part wawancara tu , malas .. Maaf yer ASTRO AWANI .. Bukan benci tapi meluat ! Harap lebih telus dan jujur dalam menyampaikan berita . Anda bukan majalah tabloid !
Antara komen rakan mengenai ASTRO AWANI utk isu MH370 :
Hurm.. pikir la sendiri yer .. Nak sampaikan maklumat atau nak panaskan lagi keadaan ?
Saya , pelanggan ASTRO yang belum lewat bayar .. Jadi saya ada hak untuk tegur ..
Qhaliff bangun tdo.. Wife pesan sewaktu dia pulang makan tengahari , suh suapkan nasi bila dia bangun nanti ... Tak pesan pon , aku akan bagi gak. Dah tentu budak tu kelaparan bila bangun nanti apatah lagi , pagi tu dia dah berak ..
Kul 2.30 petang, Qhaliff bangun . Aku siapkan nasi dia dan nak suap dia .. Dia tamo.. Guling guling atas lantai .. Kemudian dia tunjuk nak Nutella yang berada di atas kabinet dapur ..
Hurm.. roti takde .. Ternampak ada bekas biskut kering disebelah Nutella. Bukak dan aku sapu skit Nutella kt biskut kering dan kasi kat dia ..
"Tima acehh.."
Terus ke dpn tv dan layan coklat dia tu ..
Adeh .. Kalau mak aku kasi , nak je dia .. Huhuh..
Ibu dia belikan di MotherCare Alamanda semalam. Yelah , asyik pakai topi yang dia cipta sendiri tu jeee … Mentang mentang laaa sel sel otak sedang berhubung ..abis semua dikerjakannya ..
Topi yang baru dibeli ni , harganya nak gak la cecah RM40. Saja nak halang dari kepanasan tengahari kalau keluar pada waktu gitu .. Hurm.. Dia nak pakai ke ?
Dulu , dia buang topi atau apa saja yang ada atas kepala dia .. Sekarang ni , bukan saja topi malah spek hitam mak dia pon dia nak pakai !
Hurmmm… Macam macam perangai bila nak jejak 2 tahun , minggu depan ni .. Huhuh.. Kejap je masa berlalu ..
Tu diaaa.. Raya lambat lagiii ! Puasa jauh lagi la woii !! Hahahaha .. Rileks laa.. Masa bergerak pantas ! Mana yang boleh disegerakan , segerakan .. Nanti takde la terkejar kejar .. kan ?
Ok.. Apahal aku berbaju melayu lak ni ? Haa.. dah jadi model baju raya ? Hehehe… Takde la.. Nanti aku akan bagitau , bila tiba masanya ..
Kacak ? Hehehe.. Tau la dah.. Jangan pulak buat fake profile , dah la yer .. hehehe …
-iklan-
Anda bakal bergelar mama? Lagi 5-6 bulan nak due? Anda nak produk berpantang yg lengkap utk penjagaan luaran mama, sempurna utk sihat dr cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki !
Antara komplikasi pada kulit semasa hamil adalah:
Sepanjang berpantang, lazim bagi ibu merasai pelbagai pengalaman, antaranya masalah:
Set Bersalin Nawal Herbal Beauty antara penyelesaian terbaik utk mama atasi kesemua masalah-masalah berikut. Antara yang sedang mendapat sambutan adalah Set Bersalin Pakej B.
KENAPA? Kerana, di dalam Set Bersalin Pakej B, anda akan mendapat penjimatan melebihi RM70.00 ++ berbanding harga asal sekiranya anda membeli satu persatu (loose). Anda bukan saja dapat merawat tubuh, malah dapat mencantikkan kulit juga dengan set rawatan kulit kami.
Dengan pakej B ini, anda dapat mulakan rutin penjagaan dan perawatan tubuh seawal hari pertama berpantang hingga 2 bulan selepas bersalin. Lama kan ?
Kandungan Set B:
Harga: RM287.00 SM / RM302.00 SS
(Harga Asal RM359.90)
Testimoni:
Pn Marzatul: "Produk ni sama mcm mak sy gune masa dia berpantang cuma yg ni moden ckit. senang nak guna. kalau dulu kena buat sendiri bahan nak pakai utk sapu kt perut, mandi smua tu. skrg beli set tu semua cukup lengkap. senang nak pakai... mmg sesuai la utk org yg nk berpantang tradisional punya..bdn pn sihat x sakit2 dah..Skrg org dah x berpantang mcm org dulu. nak jaga badan mcm org dlu x byk sakit elok sgtla guna produk ni.."
Utk pertanyaan lebih lanjut , sila ke Nawal Herbal Beauty .
Seorang kenalan di FB msg aku baru baru ni. Dia tanya aku camana aku dapat bersara awal sewaktu bekhidmat di bawah Kementerian Pelancongan.
Buat pengetahuan , aku dulu berstatus kontrak. Ada juga terima panggilan untuk temuduga tetap tapi aku tak pergi. Aku tak beberapa nak berminat untuk bekerja dengan orang sangat.. Dan aku ketika tu pon ada hypertension.
Sekarang , bila sendiri jadi bos , sendiri kuli .. ok dah.. Heheh..
Ok.. Kawan tu ada tanya aku dan menerangkan kenapa dia nak bersara awal .. Menurutnya , dia stress dengan bos dia . Tengah cuti bersalin pon siap call tanya pasal kerja. Huhuhu .. Jadi , dia nak bersara awal utk jaga anak dia ..
Hurm.. Ok.. aku paham ..
Kebanyakkan gitu bila bekerja dengan orang orang yang berpangkat tapi tak tau nak buat kerja. Dia hanya bijak beri arahan. Bila orang bawahannya takde , dia mati kutuk. Tak tau nak buat apa. Part mengarah , bijak.. Tunjuk yang dia seolah olah pandai buat kerja terutama depan orang atasan..
Bila orang bawah mula bengang , mereka akan buat hal.. Bila buat hal , mula la tuduh kata naik lemak atau besar kepala .. Padahal , bos tu yang punya angkara ..
Tak dinafikan mmg ada staff yang besar kepala atau ego terutama pada boss yang baru dan cetek pengetahuan. Bagi aku , boss tak perlu nak marah atau naik angin.. Dia kena bijak tackle orang bawahannya.. Maklumlah , yang jadi bos di zaman ni , sbb pendidikan tingginya. Jadi , buktikan la..
Nasihat .. kalau nak maju , bergading bahu je la.. Tak perlu nak tunjuk sapa lebih bagus. Dua dua makan , dua dua kenyang … sudahlah.. Yang penting berkat..