Semalam aku dah upload tapi aku kuarkan .. saja je .. nak tersengih pagi hari.. ni nanti pon nak delete balik .. Tiada niat nak perli sapa sapa yer .. tiru gaya mr bean je nih .. hehehe ..
Jom rancang percutian kita tahun ni ... macam macam ada dlm negara kita nih .. hehehe.. duta Pelancongan Malaysia aku neh.. hahaha
Untuk lebih lanjut > TOURISM MALAYSIA
Rezeki pagi ini ... Menyelerakan !! Nasi goreng , sambal sotong dan juga buah buahan ..
Gulp... pasti menelan air liur jika melihat serta menghidu keharuman sambal tersebut.. Apatah lagi nasi goreng kampung bersama sama ikan bilis yang melazatkan itu ..
Oh tidak... aku tak mampu menahan nafsu ku ini .. aku nak amik 2-3 pinggan untuk melantaknya ..
Tapi ..
Teringatkan bekalan yang diberikan oleh wife , pagi tadi segera membatalkan niat aku tu .. hehehe ..
Bukan per , roti bijirin ni lebih selamat untuk aku dari nasi goreng bersambal sotong tu ...
Aku belum makan lagi pon dah leh terasa akan kemasinannya walaupun belum tentu masin .. Kalau masin ? Sah sah aku tidur lagi kat rumah .. Elakkan selagi boleh...
Risau kali ni.. kot kalau terkena lagi ? Blog ini pasti sunyi sepi tanpa penulisnya lagi...
TERIMA KASIH ....
Kedua dua gambar diatas adalah pada tahun 2007 ... amacam ? Hahaha.. Bawah ni lak pada tahun 2011 .. hari ini yer .. Padahal , aku suka g kerja dengan berpakaian simple jer .. tamo kemas kemas.. nampak sangat cam berdisiplin.. huh.. tak suka .. seolah olah 'diikat' gitu.. heheheh... suka rasa 'bebas'
5 tahun dah berlalu... muka ? hahahha... adeh... kunyah chewing gum setiap pagi dan makan oats .... buah dan juga ulam ulaman.. hehehe... ayam pastinya menjadi pilihan utama ..
Bengang betul aku ! Ops.. salam dan selamat pagi .. Haa..sambung ... huih.. sat sat .. baru terdengar dalam Sinar.Fm .. Pergh.. mengenai 2 orang rakyat Malaysia yang g Indoneia semata mata untuk menyokong pasukan Malaysia dan yang membuatnya menarik ialah mereka duduk diantara ribuan penyokong Indonesia ! Dua berdua je penyokong Malaysia ! Pergh.. berani mati betul ! Pihak Polis terpaksa bawak kedua dua penyokong Malaysia tu keluar kerana khuatir akan keselamatan mereka .. Salute la bro !
Ok sambung ... haaa... mental horizantal betul .. pagi pagi dah buat aku hangin ... maunya tak ..baru nak pakai baju , boleh pulak dia merayap kat lengan aku haaaaa... Tak pasal pasal , koma terus ko !
Geram beb.. bukan takut .. Geli jer .. huhuh.. dia punya kaki tu ... eeee.. tak leh nak bayang arrr.... bukannya bersih sangat kaki dia tu.. kalau dia rajin clorox atau pakai dettol , ok la skit .. ni tak .. haa.. kang aku cakap , ramai lak tak lalu makan kan ?
OK la ... aku sampai dah kat stsn erl.. jumpa malam nanti... Malam ????
Dalam ketensenan , aku telah mengklik ym aku .. lantas tengok id dia menyala lalu aku menyapa dan akhirnya tak pasal pasal aku buat 2 entri mengenai dunia blog ...
Kawan kita ni jugak ada memberi sedikit nasihat untuk aku agar terus berblog dan buat tak tau je kat segala anasir anasir atau virus zombies yang merebak dalam dunia blog kita ini ..
Terima kasih DILLA ... Kadang kadang bila buntu , kita borak jap pon dah leh dapat banyak idea.. Bila dah ada idea tu , jgn tunggu esok atau tahun depan untuk update.. terus je update.. diorng suka atau tidak , terpulang.. janji takda sapa yang cedera sewaktu membaca entri tersebut.. okeh ?
Selamat malam blogger dan juga pengunjung..
Kihkih..
Tadi baru pas tengok movie kat Mr.Lappo..
Mr.Lappo dah nazak..
Setiap kali cik.ninie on je Mr.Lappo..
Mesti "jem"...
pemilik sebenar entri ialah > http://aku-wanny.blogspot.com/
Kalau korang nak stop blogging , aku adalah orang pertama akan stop .. tapi aku akan kembali dengan id anynomous ..atau 'lalat' mahupun 'langau' ...
Best siut .. jadi blogger tanpa wajah pastu kutuk mengutuk blog orang .. teringin .. Orang tak kenal kita .. kita kenal orang tu .. Cari je segala kesalahan orang tu .. Pastu 'tembak' sepuashati kita ..
Tapi terfikir .. kat bahu kiri dan kanan kita ni ada malaikat yang sedang mencatit segala amalan kita .. baik dan buruk .. segala tulisan kita , adalah tanggungan kita .. Baik kita tulis , maka baiklah balasannya nanti.. Kalau buruk ? Bayangkan kalau 100 orang baca .. berapa pulak point yang tercatit ?
Jadi.. kalau nak berhenti berblog semata mata kerana mereka mengutuk kita .. mengeji kita .. fikirkan semula .. Apakata kita ubah cara penulisan kita .. Bukan apa... dia dah 'sedekah' pahala dia kat kita .. kemudian orang akan masuk dan baca entri entri di blog kita .. Kalaulah blog kita mempunyai cerita yang bagus , bukankah dapat lagi pahala ?? Selain trafik.. hehehe... trafik tu pembaca okeh ..
Fikirkan semula.. aku pon teringin nak berhenti ..tapi bila memikirkan aku akan kehilangan korang semua .. aku simpan dalam dalam dulu perasaan tersebut ..
Buat mereka yang membenci kita tu , cuba tanya balik hati tu.. nak ke tidur dengan perasaan begitu ? Ibarat tidur bersama sama syaitan .. Bersihkan hati tu , tidur .. InsyaAllah .. lagi nyenyak dari telan ubat tidur !
Cara termudah nak popular selain masuk Raja Lawak atau Akademi Fantasia , buatlah blog .. Confirm dikenali ramai orang dan ramai kawan punya ..
Tapi bersediakah korang untuk 'diserang' dari segi psikologi ? hurm.. Kalau ada yang sampai bengang , abis semua dikoreknya...Gambar , cerita peribadi .. apa saja yang boleh diserang , akan dijadikan bahan .. Bersediakah ?
Kadang kadang ada yang terlupa , dunia blog ini seolah olah selamat .. Gambar kita selamat .. cerita kita selamat ... Segalanyalah selamat .. maka boleh cerita apa saja..
Jika itulah anggapan korang , maka salah ! Dunia blog ini tak selamat .. Nak cerita , cerita je isu biasa .. Walaupun blog peribadi , elakkan segala cerita mengenai ahli keluarga , harta benda , pekerjaan , yang mana mungkin boleh membahayakan korang dan juga orang terdekat ..
Kita tak tau.. hari ni kita blogger picisan atau tepi longkang .. esok lusa ?? bila popular ? Abis semua diselongkarnya.. Kalau kena yang ok , ok la kan.. kalau kena yang busuk hati ????
FIKIRKAN .. LIHAT CONTOH YANG TERBARU ... Sejauh mana korang mengejar populariti ? Dan apakah niat sebenar berblog ? fikirkan keselamatan walaupun sekadar suka suka ...
Dunia blog tidak seindah apa yang kita sangkakan .. Aku dah alaminya walaupun baru setahun pengalaman ..
SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.
Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin, berkata Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lalu didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru.
"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.
"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 6 sini, hari ini.
Hamizun berkata, GAPS akan mencadangkan pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap Shuhaimi kerana perbuatan mengugut Sultan Selangor.
Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain berkata jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana. - BERNAMA
-BHARIAN-
Peewiittt ... ganas bro kita nih .. mabeles gitu .. hehehe... Mau tau sapa dia ? Blogger Shafiq dan seorang lagi .. hehehe .. rasa korang sapa lak aku nak pilih blogger macho kita ?
Yearghh.. abang macho kita ni lak ... mmg sempoi dan santai orangnya .. baikhati dan juga peramah .. baru je berblog abang kita ni tapi gayanya ? Pergh.. makin hari makin power rangers gitu.. Tak caya g la godek blog dia sendiri.. jom .. SHAH
Sahabat blogger ini ( link ) ada menanyakan soalan pada aku .. berkaitan kekerapan update dalam masa satu hari ...
Hurm... simpan idea untuk esok lebih baik dari post banyak banyak eh ? Hehehe... Kalau satu hari ni ada 10 idea , maka simpan la untuk 10 hari akan datang.. kalau esok lak ada 10 idea lagi , simpan la lagi yer ? gitu eh ? Jadi sehari biar je post satu atau dua entri ? Kemudian habiskan masa g promote blog dan g berforum ? gitu ke ?
Kalau ikut style orang lama , yup .. mmg sesuai la satu hari satu post .. atau satu minggu satu post kemudian habiskan masa dok merayau sana sini .. Mereka boleh buat gitu sebab mereka dah simpan beribu entri dalam tu disamping entri mereka mempunya 'umpan' untuk menangkap trafik .. Kena tau bab tu ..
Dan jangan lupa seperkara lagi , mereka dah lama menjual nama blog mereka ke merata rata ceruk rantau maka tidak hairanlah hanya sekali update beratus ribu masuk ke blog mereka.. Itu dah mencukupi..
Kalau kita yang baru saja berblog ? Satu cukup ? Esok buat lagi ? Pastu g ke blog orang , kemudian spam ? Pergh.. bila mereka datang .. baca entri kita yang satu tu ... entah menarik minat mereka atau tidak ? Apakah mereka akan kembali lagi untuk membaca entri kita untuk keesokkan harinya ? Kalau entri kita entri umum , mungkin.. kalau entri kita bercerita tentang aktiviti kita hari ini , camana pulak ?
Pendapat aku yang tak bijak ini ... update selagi ada idea ... Jangan mengarut , jangan mencaci maki .. blog kita , cerita kita .. selagi tidak memudaratkan sesama saudara seagama , sebangsa mahupun sesiapa saja maka ... buat je la... kan ?
Hari ini kita mungkin update 10 entri .. bila orang dah mula kenal .. kita mula kurang kepada 8 ... lama kelamaan .. ikut mana yang termampu ..
Usaha tangga kejayaan ... G tengok blog kawan kita yang mana kena kutuk memula .. tapi skang ? hehehe .... WWW.BORAKKOSONG.COM berbaloi baloi .... kan bro kan .. hehehe..
KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.
Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.
"Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.
"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan oleh Exco bertanggungjawab," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.
Nik Aziz berkata, kerajaan Kelantan begitu berbangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi dan berharap pemain itu akan terus meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.
"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepada dia,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata bersukan adalah satu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.
"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terbabit dalam gejala najis dadah.
"Nabi Muhammad SAW dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik saya. Saya menang ketika itu, kerana terlampau gembira saya angkat kedua-dua tangan dan bila biawak lalu kuda pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," katanya. - BERNAMA
Hehe.. tau ke menda tu ? Oh tidak... bukan yang itu .. size seluar aku laaa...
Lepas Aidilfitri tahun lepas , aku tak jaga sangat badan aku sbb nak membesarkan lagi size badan aku ni .. Maka .. naiklah dia ke tahap yang aku rasakan dah terlampau .. hehehe .. berat badan aku dah mencecah 98kg masa tu.. tapi tak nampak berisi sangat .. maklumlah .. pandai cover line ..
Tapi satu masalah timbul... selera makan aku cam nafsu kuda .. asyik nak melantak je keje.. Pantang jumpa makanan , aku tinggalkan pinggan je.. Tulang ? Jangan harap laaa... Tulang bagi kucing weh.. hehehe..
Tapi sebelum masuk tahun baru tu , aku nak turunkan berat aku ke berat feveret aku , iaitu 90kg.. Kalau berat aku kurang dari 90 kg tu , bermakna aku kurus.. aku tamo kurus !! Nanti cam badan pelakon Korea lak.. tamo tamo.. aku suka badan cam tentera US gitu.. Mantap kan ? Hehe..
Maka aku pon mula mengamalkan cara diet aku tersendiri ... Mujarab ! Dalam masa seminggu , hilang 5kg .. hehehe.. Seluar aku dari 36cm turun ke 34cm ... cukup dah tu.. tamo kurang dari tu..
Pernah kurang dari tu , orang tegur kata sakit lak .. Terpaksa gemukkan balik ! Sampai bila nak gini ?