Terkejut ! Terus bukak AWANI 501 untuk dapatkan maklumat terkini ..295 orang di dalam pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur , dikatakan ditembak jatuh di ruang udara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara oleh pengganas. 280 penumpang dan 15 kru. Kesemua penumpang terkoban !
Allahu Akhbar ! Tak percaya aku !! Macam salah satu adegan dalam filem Hollywood ! Yelah.. yang MH370 tak de berita lagi.. Ditambah lagi satu lagi insiden gini haa .. Aduh !
Dan tadi , bukak berita .. Nak tau disahkan atau tidak berita tersebut.. Hurm… Perdana Menteri buat pengumunan secara rasmi dah .. 20 orang rakyat Malaysia. Paling ramai , rakyat Belanda..
Antara gambar yang berjaya aku google .. Hurmm.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga Allah rahmati roh saudara kita yang terkorban..
Hurm.. mimpi kah ? Satu lagi malapetaka buat negara.