Ni gambar blogger blogger luar negara -bugblogger.com
Rasanya la kan .. kalau kita dikumpulkan mengikut karektor blog masing masing la kan , mana satu anda ???
Aku ?? Erk...Yang berkaca mata hitam tu kot ... hahahaha...
Ni gambar blogger blogger luar negara -bugblogger.com
Rasanya la kan .. kalau kita dikumpulkan mengikut karektor blog masing masing la kan , mana satu anda ???
Aku ?? Erk...Yang berkaca mata hitam tu kot ... hahahaha...
Syarat dan peraturan ada di sini . Semua jawapan akan disiarkan serentak , bila tiba masanya ... Baru menarik .. kan kan ? Yang paling pantas akan menang ..
Cukup besar tak gambar ni ? hehehe...
KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.
BA: Makin kerap kempen dibuat , makin ramai pula hilang nyawa..Salah siapakah ? Manusia atau makhluk halus ???
Aku nak amik kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Kenny Rogers Alamanda kerana layanan yang tidak berbelah bagi walaupun dah nak tutup .. Senyuman tetap diberikan tanpa rasa jemu .. Begitu juga ucapan terima kasih yang tidak lekang dari bibir mereka ..
Dan buat kakitangan Pejabat Pos PWTC , sememangnya dari dulu , mereka senantiasa memberi layanan yang terbaik pada pelanggan mereka.. Tidak pernah sekali aku dgr mereka meninggikan suara ketika beurusan dengan pelanggan.. Malah barang aku yang tertinggal di situ pun mereka menyimpan dan memulangkannya tanpa banyak soal apabila aku menanyakan kepada salah seorang kakitangan pejabat pos tersebut... Azira namanya .. Terima kasih ..
Teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda !!!
gambar dari SUARAPEOPLE
Aku dah pesan kan ? Haa.. tgk la contoh ni.. Maaf yer.. ni bukan hasil kerja aku .. Tapi kerana FACEBOOK , badan binasa .. sah sah polis akan cari nanti jika ada orang buat laporan polis .. Adeh...Irwan Carjunk oh Irwan Carjunk ..
Apa yang aku pesan ??? Baca kat sini haa... > LINK
PUTRAJAYA: "Saya geram, saya tension, saya gigit anak saya," kata seorang bapa semasa merayu di Mahkamah Majistret Kajang hari ini supaya dikenakan hukuman ringan selepas mengaku mendera anak perempuannya yang berumur tiga bulan.
M Zaire Zulkapli, 24, dari Jempol, Negeri Sembilan, memberitahu mahkamah dia bertengkar dengan isterinya selepas wanita itu enggan memenuhi permintaannya supaya mengisi air dalam botol.
Ditanya Majistret A Akhiruddin mengapa dia sendiri tidak mengisi air ke dalam botol, tertuduh yang juga seorang peniaga, hanya berdiam diri.
Ketika merayu hukuman ringan, Zaire memohon maaf atas perbuatannya itu. Akhiruddin kemudian menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan ke atas tertuduh yang berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 6 Oktober lalu.
Zaire didakwa menganiaya dan mendera Noor Hafizah Ezaty sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di rumahnya di Taman Bukit Segar, Cheras, pada 7 malam, 29 September tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun, Noor Hafizah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kritikal untuk pemeriksaan selepas bapa saudara bayi itu menyedari anak bongsu pasangan berkenaan menangis berterusan di pangkuan ibunya.
Pemeriksaan perubatan mendapati kanak-kanak itu mengalami pendarahan di bawah mata kanannya, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan. - BERNAMA
sumber : Bharian
Penat ... sangat penat .. fizikal mahupun mental .. Luar tekanan , dalam pun tekanan .. Nak buat camana kan ? Selagi kita bernama manusia , masalah takkan pernah 'berniat' nak tinggalkan kita ..Jika tiada masalah , pastinya kita bermasalah ! Haaa..
Kalau dulu , sewaktu belajar .. Masing masing mengidamkan nak bekerja .. Seronok dapat pegang duit .. Tak larat nak buat assigment .. Malas nak baca buku.. nak hadapi ujian .. Huhu.. bestkan kalau ada kerja .. gaji besar ..
Bila dah kerja ? Adeh.. rindunya nak belajar semula .. paling best kalau dapat kembali ke zaman sekolah menengah .. Tak perlu nak pk apa apa.. Pk pasal SPM .. kasi lulus jer .. pastu ? Tu belakang kira .. yang penting , setiap saat tu nak dihargai sangat sangat ..
Kalau direnung renung kembali , sebenarnya setiap saat yang kita hadapi ni lah saat saat terindah jika kita benar benar tahu menggunakannya.. Kalau duduk nganga je depan laptop tanpa berbuat apa apa , sah sah kita akan rugi .. Gunakanlah masa tu . Kalau ada blog , updatelah .. Tak tau nak update apa ? Carilah satu isu .. buat kajian pastu luahkan pandangan mahupun pendapat .. Hurm... Kalau takde blog ? Buat la satu.. apa susah kan ? Takkan nak biar je broadband tu tak beranak pinak !
Belajar tak best.. keje tak best .. Kawin ? Best ke kawin ? Yang masih belajar , teringin la sangat nak kawin .. Best katanya .. Tapi bila dah kawin , teringinnya nak membujang .. Adeh .. Mana satu kita nak sebenarnya ? Serba serbi tak kena kan ?
Tak bersyukur ? Bersyukur dah.. dah tu apa yang tak kena sebenarnya ? Hurm ...Haih... tengok la kiri kanan , atas bawah .. bukan tak kena apa apa pon cuma perasaan tu senantiasa tak bersyukur walaupun mulut melafazkan Alhamdulillah tapi tak menghayati sebenar maksudnya ..
Kita patut berasa sangat bertuah .. kerana di saat ini korang masih berada depan monitor, membaca entri ni .. Masih bernafas walaupun bermasalah .. Jangan lari dari masalah.. selesaikan ... Barulah menarik hidup ini ..
Perubahan : Untuk lebih menarik , teka gambar header ini akan dibuat 2 kali sehari ..
Mereka yang berjaya meneka dengan tepat pemilik header tersebut , akan menerima satu hadiah istimewa .. iaitu .. hehehehe... FEED entrinya akan berada di sebelah kanan blog ini sehingga soalan berikut dikemukakan .. Amacam ? Menarik ??? Bayangkan jika anda berjaya meneka dengan tepat.. hehe..bukankah itu satu promosi blog anda secara percuma ? Bukan susah pon nak teka...
Aku akan memilih blog blog yang terdapat di dalam blog list aku ini sahaja .. Jumlah blog list yang ada cumalah 3 jer .. setiap satu ada lebih dari 100 blog.. hehehe... Mencabar tak ? Pergh... apa salahanya kan ? hehehe.. anda boleh meneka sekali sahaja..
Masa yang diberi adalah sehingga entri berikutnya dikeluarkan ... Sapa cepat dia dapat ..
Jika tiada pemenang sehingga masa ditutup , maka kenalah tunggu header yang berikutnya iaitu .. hari keesokkannya ... hehehe...
Jawapan hendaklah diberikan di ruangan komen .. berikan url blog tersebut dan juga url anda .. ;)
Jika terdapat jawapan yang sama.. yang paling pantas akan diambil kira ... ;)
Untuk petang ini... kita lihat header ini ..
Senang kan ? Tunggu apa lagi ??
Tuan punya blog tak leh teka yer !!
KUALA SELANGOR 13 Okt. - Polis mengesahkan kematian seorang penyokong bola sepak pasukan Kelantan selepas menyaksikan perlawanan menentang Selangor malam tadi di Stadium Shah Alam, sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mangsa, Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok, Kelantan meninggal dunia sebaik tiba di tempat letak kereta selepas menonton perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
"Mangsa sebenarnya telah mengadu sakit dada kepada rakan-rakannya ketika menonton perlawanan itu, dan telah diberikan rawatan oleh pasukan paramedik, namun sebaik tamat perlawanan, mangsa dikatakan semakin lemah dan terus meninggal dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pondok Polis Alam Jaya, di Ijok hari ini.
Sehubungan itu, beliau menolak desas-desus bahawa mangsa mati akibat pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan malam tadi. - Bernama
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, menerima dengan hati terbuka terhadap penarikan darjah kebesaran yang dianugerahkan Sultan Kelantan sebelum ini, Sultan Ismail Petra, yang membawa gelaran "Datuk".
Ibrahim berkata, beliau sudah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi tadi mengenai perkara itu dan menegaskan ia tidak akan mematahkan perjuangan beliau untuk mempertahankan institusi diraja dan juga hak Melayu.
"Saya tidak terkejut dengan perkara ini dan saya tidak mengetahui sebab dilucutkan gelaran itu," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.
Ibrahim berkata, beliau masih mempunyai dua anugerah kebesaran yang membawa gelaran sama iaitu dari Selangor dan Melaka.
sumber : Bharian
Erk... aku tak sangka... Maklumlah , aku ini orang biasa .. tiada nama apatah lagi harta mahupun pangkat dan juga pingat .. Maka , aku sekadar rakyat Malaysia kelas bawahan .. hehehe..
Tidak ku sangka... nangka tak mungkin jadi cempedak walaupun dikawinkan tapi yang langsung tidak disangka bila status aku di FACEBOOK , disinggahi artis yang aku suka tonton lakonan dia ..
Bagi aku la kan , artis @ pelakon ni mmg low profile.. setahu aku la.. luar dari tu , aku tak tau la dan tak nak amik tau .. hehe.. apa pon , lakonan dia mmg best .. Antara murid dari AF yang bagi aku mencipta nama sendiri tanpa publisiti yang melampau lampau .. hehe..
Maaf la yer .. Bukan jakun ..tapi tak sangka je la .. Apa pon buat Atie , semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang anda lakukan dan terima kasih kerana sudi ziarah FB ni dan juga blog ... Terima kasih..
KOTA BHARU: Istana Kelantan hari ini merarik balik anugerah Datuk kepada empat individu, termasuk Presiden PERKASA, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
sumber : BHARIAN
PENYOKONG Selangor dan Kelantan (kanan) masing-masing mula bertindak ganas dan di luar kawalan semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia Selangor menentang Kelantan di stadium Shah Alam, malam tadi. Keputusan kedua-dua negeri terikat pada 0-0. - Foto BERNAMA
Hurm... dah berkurun aku tak tengok bolasepak tempatan .. Tak minat ? Minat woo... tapi minat aku hilang sejurus kes kes rasuah bolasepak berleluasa .. Dah tak asli setiap perlawanan.. Hurm
Ditambahkan lagi setiap perlawanan , mesti ada adegan tidak matang .. kalau main tu tahap pro cam liga luar negara tu , lain la.. tapi ???
Aku bukan nak kondem .. tapi dah berapa lama tahap sukan bolasepak kita di takuk ni ? Takkan nak kata menang pingat emas sukan SEA tu dah cukup membuktikan betapa bolasepak kita dah maju ?
Dari sekolah rendah sampai abis sekolah .. Cuma Liga Semi Pro yang aku boleh katakan , membanggakan .. Lepas dari tu ?? Pemain lak , yang hensem senantiasa menjadi tarikan dan glemer .. Yang berbakat ?? Ke mana ??
BA : Masuk angin .. tak keluar langsung asap !
Perubahan : Untuk lebih menarik , teka gambar header ini akan dibuat 2 kali sehari ..
Mereka yang berjaya meneka dengan tepat pemilik header tersebut , akan menerima satu hadiah istimewa .. iaitu .. hehehehe... FEED entrinya akan berada di sebelah kanan blog ini sehingga soalan berikut dikemukakan .. Amacam ? Menarik ??? Bayangkan jika anda berjaya meneka dengan tepat.. hehe..bukankah itu satu promosi blog anda secara percuma ? Bukan susah pon nak teka...
Aku akan memilih blog blog yang terdapat di dalam blog list aku ini sahaja .. Jumlah blog list yang ada cumalah 3 jer .. setiap satu ada lebih dari 100 blog.. hehehe... Mencabar tak ? Pergh... apa salahanya kan ? hehehe.. anda boleh meneka sekali sahaja..
Masa yang diberi adalah sehingga entri berikutnya dikeluarkan ... Sapa cepat dia dapat ..
Jika tiada pemenang sehingga masa ditutup , maka kenalah tunggu header yang berikutnya iaitu .. hari keesokkannya ... hehehe...
Jawapan hendaklah diberikan di ruangan komen .. berikan url blog tersebut ..
Jika terdapat jawapan yang sama.. yang paling pantas akan diambil kira ... ;)
Untuk pagi ini... kita lihat header ini ..
Senang kan ? Tunggu apa lagi ??
Tuan punya blog tak leh teka yer !!