Hurm.. baru balik dari gym .. Bakar semula segala lemak lemak yang dah terkumpul sejak 3 bulan lepas. Aku , tak de la nak buat badan cam mamat mamat kpop atau nak jadi Terminator .. tapi lebih pada nak jaga kesihatan.
Sejak dua menjak ni , badan tak sedap sbb peluh tak keluar. Aku nak jogging kat kawasan taman , susah skit .. Anak dara dah bersepah. Aku takut anak dara ikut aku jogging sekali .. Haaa.. tak pun , kes terbaru anjing pulak bersepah ! Mau jugak aku bawak lastik bila berjogging. Kena report majlis perbandaran ni .. bahaya !
Kat gym tadi , ada la adik adik yang nak besarkan badan. Aku tau dah apa cita cita mereka . Pastinya nak bikin awek ternganga punya laaa.. hehee .. Yelah , awek sekarang kan suka pakai ketat ketat kasi anak bujang meliur tengok. Bukan anak bujang je , bapak yang mengaku bujang pon terliurr wooo.. Nasib baik aku tak .. Iman kuat lagi ! Hahahaha .. koonooonnnnn ..
Berbual ngan sorang kawan tu .. dia ada la buat bisnis kecik kecik ni.Jual produk makanan sampingan .. protein , fat burner dan mcm mcm lagi laa .. Antara produk yang laku ialah , steroid ! Katanya , ramai yg suka amik tu sbb badan cepat naik ! Kira jalan singkat laa ..
Haihhh .. geleng kepala jer dengar .. Diorg tak fikir kesan sampingan .. Kualiti ? Jauh sekali. Janji badan jadi raksasa dah !
Perghhh … kalau aku badan gini , mau gak Qhaliff ari ari tidur atas dada aku ! Dada boleh gerak gerak ok ! hahahaha ..
Bersenam , jaga kesihatan .. Bukan hancurkan tubuh badan ..