Aku nampak tenang padahal , dalam kepala aku sejuta menda nak pikir ! Hurmmm .. Pening ! Dan Qhaliff , di usia dia gini .. semain nak explore pelbagai menda ! Ditahan , menjerit .. dibiar , risau datang masalah ..
Dan .. dia belajar sesuatu hari ni !
Nasib kena kat kening dia .. Luka sikit jer ! Hurmm.. Terus tak berani dia nak gi main sana lagi .. Haihhhh ..
Nak tidur , pon dia masih aktif lagi ! Dok melompat lompat kat mak dia .. Risau kena adik dia . Daddy bertukar jadi Thor.. Thorbalek terus dia .. lena terus pastu .. Hurmm..
Bila semua dah lena .. aku baru leh korek idea nak update apa.. Tapi sebelum tu , dah janji ngan wife nak mop rumah dulu.. Macam macam perisa ada atas lantai .. Hurm…
Baru 2 orang anak .. huhu .. Tak mengeluh.. Sekadar nak bagitau kat mereka yang anggap jaga anak ni senang jer.. Ingat yer , jaga sendiri tau.. Takde maid mahupun orang tua tolong jagakan .. Celik mata jer , dah mula tanggungjawab !
Hurm.. Bila Allah belum kurniakan rezeki buat kita , pasti bersebab.. Bila dah kurniakan pada kita , pasti bersebab juga !