Popularkah aku ? Akukah popular ?
Bila ada orang cakap begitu kat aku , " Awak BEN ASHAARI , blogger yang femes tu ke ? " , maaf .. aku hanya mampu terkedu ! Alangkah indahnya jika benarnya kata kata itu tapi sayangnya , mungkin itu sekadar gurauannya ..
Perlukah aku jadi popular ? Bagus sangatkah ? Ada baik dan buruk ... Jika kita ingin membuat sesuatu dengan blog itu seperti bisnis , populariti blog amat penting. Bila sebut je nama , semua orang kenal .. Maka benar , popular itu penting .
Tapi aku ??? Aku bukan nak buat bisnis ( lagi ) ... tapi ada la perancangan akan datang .. hehe .. Tapi aku bukanlah seperti mana yang mereka ceritakan tu.. POPULAR ?? Huih... malu aku.. malu sbb blog aku ni , orang kata ibarat buku budak tadika.. sekadar untuk contengan dan baru nak kenal huruf ..
Sbb itulah aku sekadar bermain di tepi tepi jer .. nak karang ala ala tesis tu , lom lagi tahap aku.. kalau dah gitu tahap aku , aku terbitkan terus je buku... hehe.. ke E-BOOK .. kan kan ?
Maka dengan ini , silalah gugur perkataan popular itu kerana aku masih belum layak memakainya .. lagi 5 tahun ok la kot .. hehee... POPULAR seiring dengan KEKAYAAN .. waalaahh.. i loike ...
Dulu kan .... masih aku ingat kan ... kan ...
keluarkan kereta buatan tempatan
dan buat ..
dan
dan
ada mulut mulut nakal mengatakan ..
Bayangkan kesemua itu tiada ...
Kita di sini menggunakan kereta kereta buatan luar negara ..
Penduduk dan pelancong di Pulau Pinang terpaksa beratur panjang untuk naik feri ..
Tiada mercu tanda.. bila kita ke negara orang, kita takjub dengan kecantikkan bangunan mereka .. tapi bila mereka ke sini ? Atau , bila di sebut MALAYSIA , apa yang ada dalam kepala mereka ?
dan bayangkan bangunan bangunan kerajaan yang masih bersepah sana sini .. bukan setempat seperti yang sedang diusahakan oleh kerajaan agar semua kementerian dan jabatan berada di satu kawasan saja ..
Andaikata , semua wang wang itu diberikan kepada org org miskin , pastinya mereka akan menggunakan dengan sebaiknya ..Tapi jika dilaburkan serta diberi juga pada yang memerlukan (walaupun jumlahnya sedikit ) tapi untuk jangka panjang , mungkin dapat menjana ekonomi negara , secara tidak langsung ..
Bayangkan ... diberi RM10 pada seorang fakir , lalu dibelinya makanan .. habis.. esok pula bagaimana ? Jika wang yang sepatutnya diberi pada fakir itu , dibuat perniagaan , lalu diambil si fakir itu bekerja , bukankah lebih baik ?
Kita tak nampak apa yang mereka cuba lakukan kerana kita hanya dapat lihat secara kasar sedangkan mereka telah melakukan kajian secara terperinci . Yang pentingnya , mereka cuba membangunkan negara hari ini untuk esok , sedangkan ada dikalangan kita cuba membangunkan negara untuk hari ini sahaja !
Terima Kasih buat Perdana Menteri Malaysia , dari dulu sehingga sekarang .. Aku tak perlu berlari ke sana sini utk mengelak dari ditembak musuh ! Aku tak perlu memakai topeng untuk menjerit membusukkan sesebuah negara lain bagi mendapatkan sesuap nasi ..
Walaupun aku cuma kais pagi makan pagi , namun aku tetap bersyukur , sekurangnya makanan yang aku dapat itu mengenyangkan perut serta berkhasiat.
Apa yang mereka buat dibelakang kita , itu antara mereka dengan Allah . Sebagai rakyat , kita ada amanah kita sendiri .. Adakah kita sendiri menunaikan amanah yang diletakkan dibahu kita itu ?
Wallahualam... sekadar pendapat amatur ..
Welcome to Kids Secret Wholesale! We have collections such as Guess, Hackett, Baby Gap, Carter's, Old Navy, Burbery, Netx and many more. To qualify for wholesale price, a minimum order quantity (MOQ) must be meet .. Pls click > KSW
Terlepas dengar BAJET 2011 tadi ?? Tak pe.. meh sini.. boleh download di sini .. Jgn risau .. pasti menarik sangat .. hehehe > BAJET 2011
Kenapa ?? kenapa ??? hehehe..
Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah. Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.
Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.
"Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia.
Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.
Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015.
JOHOR BAHRU 15 Okt. – Polis Johor kini menyiasat kewujudan satu akaun dalam laman sosial Facebook yang dikatakan menghina institusi kesultanan Johor.
Facebook itu didakwa menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini sebagai perbuatan membazirkan wang rakyat. – Utusan
BA : Malaysia ni , belum ada akta kebebasan bersuara .. maka ... simpan je dalam hati kalau ada rasa tak puashati tu ..
Kira dah ada anak la nanti yer dalam filem ni ? Comel .. cam ayah dia gak kan ? Jangan kaki ngelat dah le yer ... Bean Jr... hehehe.. Buang 'a' , jadi BEN ..hahahaha
Syarat dan peraturan ada di sini . Semua jawapan akan disiarkan serentak , bila tiba masanya ... Baru menarik .. kan kan ? Yang paling pantas akan menang ..
Cukup besar tak gambar ni ? hehehe...
Tengok betui betui ... Jangan sedap dok 'belasah' kawan dari belakang.. Ada kawan lain jugak dok belasah kita dari belakang .. haaa.. Faham ?
Baru sampai Kuala Lipis . Bertolak dari Putrajaya , selepas subuh .. Pandu dengan agak laju agar berada di atas Karak sebelum kereta banyak namun masih mematuhi undang undang .. Baik kan ? hhehe
Singgah kat Kuala Lipis . Sebelum tu berenti kat stesen Petronas .. ngantuk .. tukar drive ...
Dan sebelum tu , nyaris nak bertembung ngan sebuah kereta yang tiba tiba keluar dari simpang ! Haih.. nasib baik aku sempat ngelak.. nak brek mmg tak boleh tak .. giler !
Huh...
Pengaruh tv ?? Kebelakangan ini aku lihat kat kat tv atau movie , terlalu banyak cerita yang mengajar penontonnya menjadi seorang yang bijak mengatur strategi dalam dunia jenayah ..
Walaupun tujuan mereka adalah untuk memberi pengajaran dan tauladan namun sedikit sebanyak ianya memberi idea buat mereka yang dahaga melakukan jenayah !
Contoh .. CSI , walaupun bagus tapi disebabkan dalam tu ada memberi pengajaran bagaimana jenayah dilakukan dan cara mengesan jenayah , secara tidak langsung penjenayah mampu mengubah cara operasi mereka ..
Skang aku dok tengok movie di ASTRO bertajuk JOYRIDE 2 .. hurm.. sangat sadis dan giler ... pembunuhan yang dilakukan sangat tidak masuk akal namun itulah yang berlaku di dunia sekarang ..
Lumba kereta ? Pergaduhan kongsi gelap ? Dari mana wujud ? Dengan dijadikan movie maka berjuta orang akan menontonnya dari merata tempat dan akhirnya ? Menjadi ikutan !
Hurm... bukan semua akan jadikan sesuatu filem itu pengajaran dalam kehidupan ... bagi yang mengambilnya sebagai idea untuk melakukan jenayah , bagaimana ???
Hurm...