Jeng jeng jeng .... Tu diaa.. tetiba lak aku bukak cerita bab kualiti .. ISO 900/2010 ek ? Hahaha.. mengarut !
Ini sekadar pendapat aku setelah tempohari berbincang dengan seorang sahabat mengenai kualiti sesebuah blog .. Satu tika dulu , blog aku dipenuhi dengan pembaca-pembaca (audience) yang terdiri diatas umur 25 tahun .. Ini kerana aku gemar mempromosinya di dalam akaun FACEBOOK aku sendiri ..
Majoritinya adalah perempuan .. Jika aku ada satu produk yang mana perempuan yang gunakannya , apalah sesuai aku mempromosinya di situ ?
ok.. skang lihat blog aku di kala ini .. Aku gemar 'bermain' dalam group group FACEBOOK dan majoritinya adalah remaja yang mana dalam lingkungan umur 18-24 tahun .. Apakah produk yang sesuai dipromosikan dalam blog aku tika ini ? Itu satu contoh bab promosi produk ..bisnis.. iklan .. jana $$ ..
Kualiti sesebuah blog bukan saja terletak kepada blog itu sendiri tetapi pada blogger itu juga .. Blogger juga memainkan peranan penting dalam membentuk blognya sendiri ..
Bayangkan aku .. BEN ASHAARI .. Dalam blog , cerita gempak.. Bab fesyen .. Gaya .. Tapi bila diluar .. selekeh .. Aku ini sedang membawa title BLOGGER .. Apakah ini seorang BLOGGER ? Seiring dengan blognya , kita kena sama ... Blog dan blogger kena kemas .. Lain la jika blognya sekadar biasa je.. maka oklah jika blogger tu biasa jer .. Penampilan perlu dijaga ..Ada mata memandang.. Tak perlu vogue .. cukup sekadar kemas ..
Isi kandungan .. Ramai bicarakan tentang isi kandungan sebagai kualiti sesuatu blog .. Mmg betul .. Tapi bagi aku , bukan mudah untuk menjual sesuatu produk jika orang tidak mengenalinya walaupun produk tersebut tinggi kualitinya ..
Aku amik contoh .. JUSTIN BIEBER dan SITI NURHALIZA.. jika kedua dua ini membuat konsert di tempat yang sama , harga tiket yang sama .. yang manakah akan dapat sambutan ? Ingat .. Penonton ada banyak kategori .. Siapakah yang korang nak tarik ? Remaja atau orang dewasa ?
Pengunjung blog aku , majoritinya perempuan dan diumur 18-24 tahun .. Bagaimana aku nak menarik minat pembaca wanita yang berumur 25-34 tahun yang mana mereka ini mempunya kuasa membeli yang tinggi ?
Atau bagaimana aku nak menarik minat golongan pembaca yang terdiri dari mereka yang berjawatan profesional ? Apakah hanya dengan blog atau entri yang berkualiti mampu menarik minat kereka ?
Hurm ... Menarik bukan ? Satu cabaran yang patut blogger fikirkan.. Bukan sekadar nak menambah FOLLOWER atau TRAFIK .. banyak perkara yang menarik boleh kita fikirkan agar blog kita ini dibaca oleh pelbagai peringkat umur ...