Wahh .. Tahniah buat bakal bakal jururawat kerajaan ! Menurut Kosmo , kira-kira 20,000 pelatih peringkat sijil dan diploma di semua institusi latihan Kementerian Kesihatan akan menikmati kenaikan elaun antara 60 dan 88 peratus mulai tahun depan.
Ini bermakna pelatih peringkat sijil akan menerima RM835 sebulan berbanding RM517 sekarang, manakala pelatih peringkat diploma pula menerima RM1,166.58 berbanding RM621.21.
Dan menariknya kan … kementerian juga akan mewujudkan 12,000 jawatan baharu jururawat bagi tempoh 2012 hingga 2015 untuk meningkatkan perkhidmatan kejururawatan selain menampung keperluan klinik dan hospital baharu.
Ahaa .. Apa lagi ? Buat mereka yang tercari cari pekerjaan dan sememangnya minat dalam kerjaya begini , apply la cepat .. 12 ribu tuuu.. Cepat cepat.. Aku nak apply tak leh .. Baru tengok darah , dah pengsan .. Hahahah ..
Sekali lagi Tahniah . Harapnya dengan kenaikan ini buat mereka akan lebih cemerlang dalam kerjaya mereka ..