Jeng , jeng jeng .. Tu diaaa aihh .. Ramai tertelan air liur .. Itu menurut kaum mayan laa .. Diorang kata 21 Disember 2012 ni kiamat .. Kira minggu depan la .. Ready dah ke ? Hehehe .. Kalau korang rasa korang ada darah kaum Mayan , mungkin caya la kot ? Huhu ..
Tapi kalau menurut Islam , korang pun tau la kan .. Semua itu rahsia ALLAH .. Jadi , jgn sampai tergelincir dah la yer ..
Dalam Kosmo hari ni ada artikal berkenaan satu tempat ni di Perancis yang bakal diserbu oleh mereka yang takut akan kiamat yang bakal berlaku minggu depan ni haa ..
Menurut Kosmo yang memetik dari akhbar MailOnline , Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan .. Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi.
Menurut pihak yang percaya tentang 'hari kiamat' itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul. Golongan itu percaya 'garaj kapal angkasa' terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya.
Tak pasal pasal Pekan Bugarach jadi popular disebabkan isu tu .. Dan polis mahupun tentera dah diarahkan berjaga jaga sbb orang ramai akan serbu ke tempat tu .. hehe..
Korang dah booking ke tiket untuk ke sana ? Mana la tau kan ? Hehehe ..