" Tertanya tanya dan tercari cari .. apakah keistimewaan blog ini " ..
Alhamdulillah... selamat sampai di Putrajaya dengan perut cam gajah mengandung 28 bulan .. Terima kasih pada yang mendoakan keselamatan aku dan keluarga aku .. Dan DIGI WWWOW pon dah tiba ke kemuncaknya.. Sapa terpilih , aku pon tak tau .. Letih nak pk.. ada rezeki , ada la...
Ok.. tajuk... Persoalan tu tadi dikemukakan oleh seorang pengomen di blog aku tadi.. aku cari balik , tak tau dah kat mana .. Yela, komen yang ada pun bukan skit .. Ada 132 ribu kesemuanya ..hurm.. tu tak termasuk Cik Anon yang aku delete tu .. huhu ..
Jawapan...
Blog aku ni sama je cam blog blog peribadi yang lain ... Aku tak pastilah kat mana keistimewaannya .. Dan aku tak terpikir pon nak cari kat mana .. Cuma , apa yang aku tau .. aku berusaha untuk menarik pembaca pembaca pelbagai peringkat usia dan juga bangsa .. Aku percaya ada pembaca aku bukan saja dari bangsa Melayu kan ?
Usaha yang aku maksudkan adalah , dengan memikat pembaca menggunakan entri entri yang pelbagai isu .. tidak hanya mengenai dunia blog .. dunia persekitaran aku malah isu isu semasa jugak aku turut kongsikan bersama sama dengan pembaca di blog ini ..
Apa yang aku sampai di dalam blog ini bukanlah satu penulisan tetapi satu bual bicara di kedai kopi dalam keadaan yang sangat rileks sambil bermain dam ... SANTAI ... Sebab tu ada yang cuba berbalah atau menyampaikan kritikan dan aku membalasnya semula .. Kata berborak .. kan ? Takkan nak telan gitu jer .. hehee ..
Hurm... macam aku berikan tips sebelum ini .. Sewaktu aku buat blog , aku fikirkan .. mana satu aku patut utamakan .. PROMOSI atau ENTRI ? Maka aku utamakan PROMOSI terlebih dahulu selama setahun .. Ada kesan buruk gak .. Ramai kata aku gila glamer sedangkan mereka tak perasan impaknya pada masa jangka panjang ..
Aku tak buat blog untuk maju di keesokkan harinya .. Aku sasarkan 2 tahun kemudian untuk berada satu tahap yang aku inginkan .. Dan hari ni saja blog aku dah berada di ranking ke 178 di dalam Malaysia.. bersama sama dengan web web popular yang lain seperti FACEBOOK dan GOOGLE.COM .. Satu pencapaian aku yang tak dijangkakan langsung tetapi aku inginkan ..
Tak kisahlah nak kata aku apa pon .. Aku buat blog , aku ada sasaran .. Aku bukan saja suka suka atau hobi .. Aku nak buktikan bahawa bukan selebriti pon mampu berada di satu tahap yang mana mereka pon boleh kenal kita , sebagai seorang blogger ... Berjaya atau tidak , wallahualam .. janji membanggakan !
BLOGGER PILIHAN ...