New Post
Bila dua hati mula bersatu ,
Indahnya dunia hanya mereka yang tahu ,
Berpisah jauh beribu batu ,
Bukan penghalang dari merindu ..
Bukan mudah untuk memilik cinta .. Cinta perlu dicari .. Yang hadir adalah dari Ilahi .. Bagaimana nak mengawal , itulah yang penting. Bagaimana nak mengekalkan , itulah yang sukar tapi mudah.
Sejak punya Adawiyah , siang dan malamku terisi. Bukan dihabiskan dengan berdating tetapi lebih semangat untuk menghabiskan studi. Cita-cita , seumur semati .. bersama !
Kawan , doakan aku bahagia bersamanya , selamanya... Doakan aku ke jinjang pelamin bersama si dia , Adawiyah.
Butang PUBLISH itu aku tekan.. Wah , ini satu perubahan pada entri di blog aku. Sejak bercinta ni , entri aku berubah rupa. Lebih ceria dan asyik cinta. Hehe.. Apa nak buat , dah begitu perasaan hati aku.
Adawiyah oh Adawiyah.. Terima kasih kerana menerimaku ..