http://revolusichinta.blogspot.com/ ( header pilihan )
Aku terima sms... hurm.. aku lama dah jangkakan semua ni... Biasalah , takkan ada yang senang hati punya .. Tapi memanggil seseorang dengan sesuatu gelaran yang tidak sepatutnya ... apakah hukumnya ?
"Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi Huraian : i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak. "
sumber : SINI
Ada banyak lagi... Cuma apa yang aku nak katakan , jangan suka suka menjatuhkan air muka seseorang .. Ingat , kita semua ini manusia.. Jangan berani bersuara jika tutup muka !
Aku malas amik tau semua ini kerana yang biasa 'menyalak' bukit ni jenis yang memerlukan perhatian orang ramai .. kononnya berani bersuara tapi dengan menjatuhkan air muka orang lain ? Cermin la diri tu sendiri ...
Semua orang tau , buat blog boleh menghasilkan duit .. Cara dan teknik saja berbeza.. Dah jadi seperti satu pekerjaan... Seperti jual burger tepi jalan suka suka .. Ada rezeki , ada la... sekurangnya tak menjatuhkan air muka orang lain ..
Dunia maya ni ada dua ... satu yang berani .. satu yang penakut .. Yang penakut ni , berani baling batu pastu lari jauh jauh .. sembunyi.. Orang yang kena baling ni mesti la angin kan ? Pastu yang membaling ni ketawa berdekah dekah .. Lupa ke Allah Maha Melihat ??
Sekarang ini , aku lebih kesiankan rakan aku yang terdampar koma di hospital kerana ketumbuhan dalam kepala .. Perlu ke aku amik kisah korang punya kritikan yang berbaur cemburu dan dengki tu ? Aku tak kisah dan aku tak peduli kerana sebenarnya korang sedang sedekahkan pahala korang kepada orang yang korang kutuk dan keji tu..
Wallahualam.. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita semua ...