Selasa lepas , seperti yang aku cerita kat korang yg mana aku ada g event di KLCC anjuran PETRONAS dan pastinya ada berita menarik buat mereka yg minat fotografi ni …
Ok , aku mulakan dengan apa yang berlaku kat majlis tu dulu eh ..
Majlis diserikan dengan Dato Mohammad Medan Abdullah ,PETRONAS’ Senior General Manager of Group Corporate Affairs Division . Beliau menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kempen Chinese New Year yang dianjurkan oleh Petronas ini .
Kemudian , seperti yg kita tau .. Pertronas dan video perayaannya mmg top ! Kali ni aku sendiri nak tengok apakah kelainan yang nak ditonjolkan oleh Petronas ..
“ Coming Home “
Tengok dah ? Hehe .. Ok , selepas tayangan TVC ( television commercial ) tu , perasmian dilakukan dengan cara tradisional ..Acara ni dipanggil ‘ Yee Sang’ .. Apa yang aku faham , mereka gaulkan segala apa yang ada dalam pinggan tu bersama sama ..
Selesai acara tu .. Acara kemuncaknya .. jeng jeng jeng .. Yang ni kena keluarkan peluh skit.. Heheh.. Diorang buat pertunjukan nun kat pintu depan KLCC tu..Bermakna dari Galeri Petronas yang terletak di tingkat 3 KLCC tu , kena la aku turun guna ekslator untuk ke tempat pertunjukan ..
Tu diaaa.. Tarian singa yang pertama di Malaysia untuk tahun ini ! Hehehe.. Best ke ? Sama je kan ? Tak weh !! Ada kelainan yer !! Gabungan 3 budaya di situ , Cina , Melayu dan India digabungkan menjadi satu ‘suara’ dalam bentuk irama dan sangat menarik !
Dan secara rasminya pertandingan PHOTOGRAPHY PETRONAS CNY dilancarkan !
Dan … Ada hadiah menarik dalam pelbagai kategori sedang menanti korang semua ! Muhahaha .. I likeee !! Terbaik Petronas ..
Aku ingat , tak nak bagitau korang , jadi boleh la aku semua sapu semua kategori.. Hahaha .. Cam poyo je kan ? Hahaha.. Aku gurau je.. Haaa.. korang tunggu apa lagi ? Bukan kena bayar pon nak join contest ni .. Dan contest ni punya tema iaitu “ Reimagining Energy “.