Hurmm .. tiap kali aku ke rumah baru aku ni , pasti aku akan garu kepala .. Apakah yang aku nak buat dengan rumah ni yer ? Apa yang aku nak tambah dan apa yang aku nak buang ? Semua ni senantiasa bermain di dalam kepala aku .. Tu belum kepala wife lagi sbb dia tak tengok rumah ni sejak dah siap 100% sbb dia balik ke Kelantan , berpantang .
Bagi aku la kan , membuat penambahbaikan pada rumah sebenarnya penting kerana ‘ Rumah Ku Syurga Ku ‘ .. Kan kan ? Haaa .. jadi amatlah penting , rumah kelihatan selesa , kemas , bersih dan paling best , cantik .. Baru seronok nak beriadah , bersantai di rumah ..
Jadi , bahagian mana yang patut aku ‘buang , dan bahagian mana yang patut aku ‘tambah ‘ eh ? Dalam senarai pengubahsuaian yang aku nak buat , antaranya dapur , siling dan tiles .. Nampak kosong je tiles tu kan ? Aku nak kasi ceria skit rumah aku ni memandangkan ‘pejabat’ aku ni , berada dalam rumah jer .. hehe .. Maka , pentinglah buat aku ..
Pening gak sebenarnya .. Bukan masalah modal tapi masalah keutamaan .. Yang mana harus didahulukan , yang mana tak perlu ..buat masa sekarang .. Masa yang aku ada , tak panjang sebab aku perlu keluar dari rumah kuarters ni .. huhu ..
Adeh .. Pening pening ..