Hehehe.. rileks.. rasa rasanya kemanakah pelakon pelakon Korea akan pergi sekiranya perang diantara Korea Selatan dan Utara meletus ? apakah mereka akan jadi tentera atau g ke negara negara jiran ? Hurm... tapi susah rasanya diorang nak lari sbb pastinya diorang berjuang untuk negara mereka kan ? Kalau kita pon gitu.. takkan nak lari ..kan kan ?
NEW YORK: Russia semalam mahu satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan berikutan tekanan yang semakin memuncak di Semenanjung Korea.
Sementara itu, sumber Amerika Syarikat memberitahu, keputusan bagi mesyuarat tergempar itu belum dibuat tetapi jika diputuskan ia mungkin diadakan jam 3 petang ini waktu tempatan.
Beberapa jam sebelum ini, Korea Utara menjangkakan "bencana" akan menimpa jika Korea Selatan meneruskan menjalankan latihan artilerinya di sempadan Pulau Yeonpyeong yang sebelum ini diserang oleh jirannya itu, bulan lalu.
-BHARIAN-