Biasa dok tengok kat Youtube tapi tak puashati la.. Sebab sekerat sekerat jer.. Hehehe .. Hari ni , berjaya juga memuaskan hati aku yang dah lama teringin nak tengok secara langsung depan mata , stand up comedian terbaik negara kita ! Hehehehe ..
Maka , berkumpulah para kenalan blogger di sana untuk sama sama merasai dan melepaskan tekanan seharian bekerja dengan bergelak ketawa mendengar serta menonton kreativiti 4 orang comedian yang terdiri dari Nabil , Harith Iskandar , Jambu dan Douglas Lim ..
Best ke ? Ke tak best ? Ok .. nak aku terus terang ke ? Aku bagitau la yer .. Jambu , dah biasa tengok .. Harith pon.. Nabil juga tapi aku teruja nak tengok Douglas Lim punya idea bagi membuatkan penonton yang majoriti berbangsa melayu ketawa .. Apakah dia mampu melakukannya , dengan menggunakan bahasa Melayu ???
Hurmmm .. aku bagi dia , 5/5 bintang malam semalam ! Douglas paling menyerlah diikuti Harith. Mereka telah menghidupkan malam aku yang mana sebelum itu aku cukup tensen dengan kesesakkan lalu lintas .. Huhuhu ..
Maka sekarang .. aku tau yang Douglas ni sememangnya layak digelar antara stand up comedian terbaik di negara kita ! Spontan , penuh idea dan original .. heeee ..
Ok , lain lain .. aku percaya mereka akan perbaiki agar setanding dengan Douglas .. kalau tak , mereka akan tenggelam lagi dengan tepukan gemuruh yang ditujukan kepada Douglas.. Heee.. Jujur nehh !
Haa.. bagi yang belum lagi berkesempatan nak gi menonton LAWAK KE DER yang sedang berlangsung di Istana Budaya bermula 4hb Disember dan akan tamat pada 8hb , silalah ajak kawan kawan atau famili bersantai ke Istana Negara .. Heee ..
Tiket ? Sila ke TICKET2U untuk membuat tempahan .. Baik buat tempahan . Takut tiket abisss .. heeee … Selamat skit kan kalau dah buat tempahan .. huuu ..
Best ! Best giler !! Best .. part ni Douglas pelik camana khinzir leh terlibat sama !