Setiap saat adalah penting buat seorang blogger. Blogger perlu bersiap sedia dengan kamera agar detik atau kenangan itu tidak terlepas begitu saja.
Nak usung kamera Dslr yang besar dan berat tu , semakin mustahil buat aku apatah lagi aku dah ada rekod sejarah kehilangan kamera akibat kecuaian sendiri. Tu cerita lama .. Maklumlah , aku kena dukung anak skang ni..
Ok .. kenapa aku tertarik pada Sony Alpha5000 ni ? Kali pertama aku menyentuhnya utk buat review mengenai kamera ni , aku teruja dengan keringanannya.. Ringan ok !! Sebelah tangan je untuk amik gambar ! Maka senang nak berselfie .. Maklumlah , konsep selfie skang amat top.. Kiranya nak bagitau dunia yang dia ada kat situ dah ! Haaaa.. hehehe .. Dan aku terpengaruh gak bab selfie ni.. heee..
Nak buat selfie ni , tak susah pun guna kamera ni.. Naikkan je skrin dia ke 180°.. Haa.. Pastu klik ! Settle ! Kenangan tercipta.. hehehe ..
Part lain yang aku suka ialah kepantasannya menangkap gambar. Aku tak tau la dalam bahasa kamera dipanggil apa. Aku bukanlah ‘orang kamera’ .Aku cuma tau pakai jer. Walaupun dah belajar dulu tapi aku tak ingat dah…
Kepantasan shutter ketika mengambil gambar adalah sangat penting buat aku .. Kenapa ? Setiap detik tidak dapat dikembalikan ..
Dan anak kecil pun mampu gunakan tanpa sebarang masalah .. Tengok skrin dan klik ! Tu diaaa hasilnya .. Gambar bawah ni , diambil oleh salah seorang anak pemain bola futsal ni .. Bawah umur pegang kamera ? Perghh.. rileks je dia tekan butang dan hasilnya amat aku puashati ..
Bagaimana pula dengan fotografi permandangan ? Ok.. Gambar ni aku cuma guna auto setting jer.. Aku saja guna auto sebab kamera ni pon pasti ramai mereka yang amatur berminat untuk gunakannya terutama mereka yang tak beberapa berminat nak gunakan setting manual ..
Sangat menarik dan mengujakan hinggakan apa saja aku nampak , semua aku nak abadikan dalam kamera ni ..
Bagaimana pulak dalam keadaan gelap ? Biasanya kamera ni bila dalam keadaan gelap , kena guna flash . Kalau yang guna telefon pintar ,confirm gagal dapat nak snap gambar ! Hurmmm ..
Tapi dengan Sony Alpha5000 , tiada masalah bila bergambar di lokasi yang mana cahayanya rendah (low light ) terutama dalam bilik gelap atau malam hari ! Dan gambar gambar yang diambil mengunakan format AUTO dan juga lens yang asas jer.. Bayangkan jika korang mahir guna setting manual ! Tentu lebih cantik gambarnya , kan ?
Sony Alpha5000 ni boleh tukar tukar lens gak.. Menarik sangat !
Ok , ni part menarik mengenai SONY ALPHA 5000 ! Penggunaan WIRELESS utk penghantaran gambar ke telefon pintar mahupun ke komputer korang !
Dengan memuat turun aplikasi PlayMemories Camera Apps bagi telefon pintar Android korang akan dapat mengguakan fungsi Wireless dengan sepenuhnya contohnya penghantaran gambar dan juga kawalan pintar kamera ! Tak perlu dah nak guna usb kabel andai berada di kawasan terbuka.
Pantas ke penghantaran file gambar tu ??
Perghhh.. Sangat laju !! Sekejap je download semua gambar yang ada di dalam kamera ke telefon pintar mahupun komputer ! Yang penting mesti ada Wifi pada telefon pintar mahupun komputer. Heheheh.. Mesti la ada kan !!
Camana pulak kawalan kamera melalui telefon pintar ? Dengan menggunakan aplikasi ‘Smart Remote Embedded’ , korang boleh kawal kamera tu melalui telefon pintar yang dah punya aplikasi tersebut !
Contohnya pada gambar di bawah ni.. Kamera dihalakan pada laptop dan di telefon pintar aku tu , terpampang visual yang diambil oleh kamera Sony Alpha5000 tuu .. Menarik ? Tentulaaahhhh ..
Ok .. setelah aku tunjuk semua gambar gambar yang aku amik ni tanpa sebarang edit melainkan aku letak watermark , pasti korang nak tau spesifikasinya kan ?
- 20.1MP Exmor® APS-C sensor
- sambungan Wi-Fi® ke smartphones via NFC
- Ultra-fast AF with BIONZ® X enjin pemproses
- Ditingkatkan hingga ISO 16000 sensitivity
- Mudah portraits sendiri via 180° tilting LCD screen
- Full HD 1080/60i/24p video
- Built-in pop-up flash
- Up to 4 FPS shooting
Amacam ? Ok .. aku terus terang , aku dah pon membelinya satu ! Aku mmg perlukan kamera sebegini ..
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kamera ni , sila ke http://bit.ly/1m4lW75