"Katakanlah ( wahai Muhammad ) : ( Tuhanku) ialah ALLAH yang Maha Esa . ALLAH yang menjadi tumpuan seluruh makhluk untuk memohon sebarang hajat.DIA tidak beranak dan pula dilahirkan.Tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-NYA"
Ada yang terlalu cemburu .. Atau sekadar alasan untuk berwaspada demi hubungan ? Perlukah mengintip pasangan anda ?
Adakalanya bila cemburu menguasai diri , segala kepercayaan yang dibina bersama ditolak ke tepi. Apa yang penting ialah kepuasan diri ! Dimana kepuasan diri sebenarnya ? Sebenarnya apa yang berlaku adalah daripada bisikan syaitan agar tidak mempercayai pada diri sendiri dan juga orang lain ..
Bersikap positif.. Jika benar pasangan anda itu curang , pasti akan terbukti satu hari nanti .. Tak perlulah bergaduh atau sakit hati sampai ada yang sanggup bunuh diri atau membunuh pasangannya kerana di tipu hidup hidup ..
Apa yang perlu dilakukan ialah tanya pada diri sendiri .. Berbaloikah berbuat begitu ? Apa yang akan dapat selepas melakukannya ? Kepuasan diri atau syaitan yang akan ketawa berdekah dekah ?
Dua pelajar sekolah sedang berbual mengenai kerja rumah yg diberi oleh guru lukisan mereka .
A: Wah .. cantiknya ko lukis..sebijik cam lukisan original .. Ko lukis sendiri ke ?
B: Aah .. aku lukis sendiri .. sebijik kan .. Ko lukis apa?
A : Sebijik siutt... Aku ? Aku lukis gambar rumah kampung jer .. Semalam aku balik kg .. jadi aku abiskan masa lepak kat sawah dan cari idea .. ala ..buruk jee..
B : Eh .. buruk apa ? Walaupun lukisan kau tu nampak buruk dan simple tapi yang penting adalah datang dari idea kau sendiri .. Kau lihat dan hasilkan melalui lukisan .. Berbanding aku , walaupun lukisan aku ni nampak sebijik cam original punya tapi aku tiru ... Walaupun aku berbakat tapi aku takde idea ..
A : Hehe.. betul jugak kan ..tapi apa kurangnya kau kan .. sungguh tiru tapi sebijik ..
B: Apa guna sebijik ?? Orang akan tetap hargai yang original .. tu leh bagus kan ..
A : ( tersenyum jer ) ...
BA : Biar takde orang hargai kita pada hari ini ... usahakan agar mereka membuka mata untuk hari esok ..
Gaduh .. salah faham... menangis .. merajuk... tinggi suara ..
Bila semua ini berlaku , maka mulalah mereka akan menyediri.. tidak mahu bertegur sapa sekurangnya seharian atau lebih dari itu .. Perkara ini biasanya berlaku dikalangan suami isteri , kekasih , ahli keluarga , sahabat handai dan byk lagi ..
Kita hidup di dunia ini amatlah singkat..Bila bila masa je boleh dicabut nyawa.. Bayangkan.. anda bergaduh dengan pasangan anda ... maka merajuklah si dia itu .. lalu tidak bertegur sapa .. Bayangkan jika anda sedang makan bersama di sebuah kedai makan .. berselisih pendapat lalu pasangan anda itu bangun dan terus berlalu .. anda dengan ego anda membiarkannya .. Malam itu , anda cuba menghubunginya tetapi tidak dapat. .. Talian telefon dimatikan .. Apakah perasaan anda ketika itu ? Tak kisah ? Atau risau ? Tiba tiba anda dapat berita yang dia kemalangan sewaktu pulang dari makan malam bersama anda ! Apakah perasaan anda ??
Satu lagi contoh situasi.. suami isteri bergadu .. merajuk lalu tidur bersendirian .. Sedar dari tidur , suami anda itu tidak lagi bernafas kerana diserang penyakit sewaktu dia tidur ( darah tinggi atau sakit jantung ) .. Baru anda nak menjerit ? Begitu juga sebaliknya ...
Kesimpulannya , jika anda benar benar sayangkan mereka itu , cukup cukuplah memarahi mereka ... Jangan dipanjangkan .. Kelak anda akan merindui gelak tawa mereka ... Hargailah semasa mereka masih bernyawa ...
Blog list di dalam blog aku pagi tadi , banyak cerita tentang kekalahan England... Ada yang sedih dan tak kurang jugak gembira ( termasuk aku ..hehe) ... Terimalah hakikat ..
Bila dibaca berita tentang kekalahan England tu , sedikit sebanyak ramai yang menyalahkan pengadil ... Nak kata apa kan ... Mmg begitu manusia .. Bila kalah , salah itu ini.. Bila menang...?? Ada nak bagi pujian ?? Kata pemain bagus..strategi menjadi ... pengadil ? kena la adil kan ... heheh...
Bukan senang nak mengadili sesuatu perlawanan .. Kadang kadang kita tak tau apa yang berlaku di sebalik dunia politik bolasepak .. Kita cuma nampak perlawanan bolasepak dan membacanya kemudian di dada akhbar .. di dalam kain ?? heheh... pengadil ngan 'orang-orang' tertentu je tahu .. Nak kata apa dah kan ? Bolasepak adalah perniagaan ...
Tu pasal skang ni ramai yang kurang berjaga malam dah .. sbb tau dah bolasepak bukan lagi sukan ... Sekadar hiburan .. cam WWE tu ... hurmm...
Hari tu aku ramal Brazil akan seri dengan Portugal .. Malam ni pulak aku tulis entri tadi berkaitan England sombong dan Jerman akan berpesta gol , ianya menjadi kenyataan !! Erk... biar benar.. adakah aku ini bookie ??
Aisey.. tamo cakap yang bukan bukan la .. kang masin pulak mulut aku ni.. dah la ada darah tinggi.. heehe.. bahaya bahaya .. Tapi .. mmg best England kalah !! hahahaha.. suka suka suka ..
Tidur lagi best .. Apa punya TV1 daaa..takde live .. Kalau nyanyi nyanyi , live memanjang ! huh... Apa punya tur daaaa