“ Your Local Bubble Tea Establishment “
Waaa.. Huhuu .. Tak sangka aku .. Geng geng blogger aku bawak g sini untuk menikmati air yang aku gemar sangat ! Wife aku pon suka air ni .. Tapi aku lagi suka dari dia ! Huhuh ..
Apakah kelainan air ni dari yang sedia ada nun di pasaran tu yer ?
Konsep minuman teh Cameron Valley yang berkualiti di mana mengabungkan citarasa tempatan dan juga tradisional membuatkan air BUBBLES ni lebih menyelerakan serta menghilangkan dahaga dengan satu kepuasan ! Jangan tak pecaya yer .. Sila percaya !
Ada lebih 25 perasa yang boleh dipilih di sini .. Antara flavour yang ada di sini ialah Teh Ais , Milo Ais , , Limau Kasturi dan durian . Lebih Kemudian dicampur dengan BUBBLE ni untuk melazatkan lagi minuman tu .. Weee.. Memang lazat !
Aku pilih milo ais dan ditambah dengan yogurt bubble tu .. Huhuh.. Mmg abisss semua aku telan bubble tu.. Seronoknya bila bubble tu pecah dalam mulut pastu rasa yogurt tu yang .. hurm .. nak kata camana eh rasa dia .. Nak kata masam , tak .. nak kata manis pon tak.. Tapi mmg membuka mata .. Segar terus bijik mata aku nieh ..
Yang pastinya , confirm wife ajak aku g tempat ni untuk beli bubble tea ni .. huhu.. Tk pun aku kena g tapau untuk dia .. Huhuh ..
Lupa lak , kalau ada sapa sapa berminat untuk menempah , mereka ada menerima tempahan untuk jamuan dan juga boleh dihantar ke rumah ! Tapi area Bangsar , Damansara dan juga Sri Hartamas. Sila Hubungi , 03 22013770 ..
Cuba try test , baru tau ... Confirm hilang dahaga kalau merayau area Bangsar waktu tengahari .. huhuh..
Geng .. pesanan dari …
https://www.facebook.com/BubblesBubbleTeaRules
and say "check out their FB page now for special offers and promos! They are running a "BUY 2 GET 1 FREE OFFER""