Rakan blogger yang sebatch dengan aku cari aku di email , FB dan whatsapp .. Lama dah kenal cuma skang ni dia dah jadi penulis skrip di Astro . Murah rezekinya ..
Aku ingatkan apahalnya .. tau tau dia nak jemput aku sebagai tetamu rancangan PRIMADONA pada hari Jumaat ni .. Belum sah lagi jemputan tu kerana perlukan kelulusan terlebih dahulu .. Cuma dia nak tanya persetujuan aku terlebih dahulu.
Nak ke tak ? Terlebih dahulu aku tanya dulu isunya .. Mana la tau kannnn .. Dan isunya sama seperti aku di Nona tahun lepas , “ suami surirumah ..”. Leh tahan panas isunya ni ..
Aku tanya wife , nak terima ke tak ? Dia tak kisah tapi dia tak nak terlibat sama .. Leceh katanya .. Aku senyum je.. Faham maksudnya .. Biasa la kan , manusia ..
Takde masalah cuma … hurmm .. Aku jawab yer .. Aku setuju .. Tapi segalanya bergantung pada mesyuarat mereka petang nanti .. Samada mereka nak atau tak nak , aku tak kisah .. Aku terima pon sbb kawan kawan suh terima ..
Penat nak dup dap dup dap sebenarnya .. heeee ..
** Update Terkini .. kawan tu baru bagitau yang projek tu
ditangguhkan ada sedikit masalah ..