Arghh… gilaaa arr ..
“ Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya.
Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.
“Ghulam memotong hidung dan bibir isterinya sebelum melarikan diri,” kata Nadir Khan, pegawai pentadbir daerah Musa Khel yang terletak di wilayah Baluchistan.
“Mereka sering bertengkar kerana si isteri lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapanya,” kata Nadir. Pasangan itu berkahwin setahun lalu.” – Hmetro
Pergh.. suka suka diaaaa buat camtu ! Ni kes panas baran .. Lelaki tu bagi aku terlalu muda lagi.. Memang ada lelaki umur cam tu tak panas baran tapi jumlahnya tak ramai.. Kira pengalaman kehidupan dia membuatkan dia cool ..
Lelaki , kalau belum bersedia nak kawin .. ada baiknya cari ‘diri’ tu dulu .. Kenali diri , hargai diri dan barulah kawin .. Sebab nanti dah kawin , tau betapa mahalnya harga sebuah kehidupan itu …