Tunggu yang last sekali tu .. hahahaha.... kalau aku , pasti bunuh diri.. hahaha.. malu beb.. nasib baik bertopeng... hahahahha
Tunggu yang last sekali tu .. hahahaha.... kalau aku , pasti bunuh diri.. hahaha.. malu beb.. nasib baik bertopeng... hahahahha
Wah .. layakkah seorang anak berkata sedemikian rupa pada ibunya ?? Sebenci mana pon seorang anak pada ibunya , dia tidak layak berkata sedemikian malah dia tak layak langsung membenci ibunya kerana hak membenci itu bukan milik seorang anak pada ibunya !
Sedarlah ... seteruk mana pon ibu kita ... setinggi mana dosa yang dia buat , itu antara dia dengan Allah .. kita sebagai anak , berdoa agar segala dosa dosa ibu kita itu diampuni Allah .. Itulah tanggungjawab sebagai anak .. bukan menyemai lagi kebencian didalam hati ..
Astagfirullah .. Sungguh pon apa yang aku tonton ni cumalah drama di ASTRO ( AMPUNKAN DOSAKU ) lakonan Fauziah Nawi , Azean Pasiran, Zamarul Hisham, Ezany, Darling Ngasri dan Ann Ngasri, namun kesannya amat mendalam.. Lakonan Fauziah Nawi mmg menjadi !! .. Semua menjadi sebenarnya .. hurm ..
Tidak mustahil ianya satu realiti yang amat memedihkan bagi mereka yang menanggungnya namun bukanlah satu alasan untuk kita melakukan dosa demi mencari sesuap nasi .. Bumi Allah terlalu luas. Rezeki Allah ada di mana mana .. Halal atau haram saja puncanya ..
Wallahu'alam..
Tengok Buletin TV3 tadi ? Tak ?? Hurmm... Kalau yang tengok tu bagus la... Jika nak jadi seorang blogger yang bagus , kena rajin tengok berita , baca suratkhabar untuk mengetahui isu isu terkini .. Baru la isi kandungan blog menarik dan ramai pembaca ..
Ada satu kes tadi yang membuatkan aku mengelengkan kepala... Erk.. sebenarnya bukan satu je tapi ada banyak gak cuma malas nak ulas bab lain sbb diluar jangkauan aku .. nanti kena saman lak .. hehe..
Berkaitan dengan kes pelajar IPT yang dicuri gambarnya dalam pendrive .. Pendrive miliknya diberi pada kenalannya untuk membuang virus virus yang ada ..Tapi malangnya , segala dokumen didalam pendrive itu di salin termasuk gambar setengah bogelnya!!
Persoalannya ... kenapa simpan gambar tu ???? Apa punya turrr daaa ... Kan merbahaya ? Awak tu perempuan ! Tak pasal pasal mangkuk bertingkat yang curi gambar tu dah sebarkan dalam internet.. sapa malu sekarang ?? Haih...
Yang si mangkuk bertingkat ni pulak , ko tak sedar ke yang ko edar gambar tu milik seorang gadis yang beragama ISLAM .. Mungkin seagama dengan kau!! Tak ke kau dah aibkan dia ??? Di mana rasa tanggungjawab kau sebagai saudara seagama ??? Seronok sangatkah mengaibkan saudara sendiri ?? Cuba kena kat adik beradik kau sendiri , camana ? Haih.. buat kerja selalu tak fikir panjang !
Dalam internet ni , berapa ramai dah anak gadis yang sebangsa dan seagama aku menjadi mangsa manusia manusia keparat yang sanggup mengadaikan maruah bangsa dan agamanya kerana menurut hawa nafsu ???? Terlalu ramai !!! Dah mereka bangga menyebarkannya ! Sapa yang malu ?? Perempuan tu ke atau kita yang bergelar melayu beragama ISLAM ??
Banggakah ???
Bikin lawak tul la... aku sendiri pon leh telan air liur gini.. hahaha
Ari tu ada la aku layan citer hindustan setelah berkurun lamanya aku tak layan .. Tu layan sbb nak lari dok tengok cerita cerita kat Astruk .. boring dok ulang yang sama jer ..
Cerita yang aku tengok tu bertajuk ... hurm.. tak ingat.. tapi kalau nak tau gak , meh baca kat sini .. Cerita dia , mengisahkan tentang kehidupan di zaman ini .. bab skandal ... adeh ..
Yang aku nak cerita kat sini ialah ... pasal bahasa .. Macamana punya ramai mat salleh dalam cerita ni , diorg pasti akan cakap dalam bahasa hindustan .. Faham ke ? Adeh.. siap bagi ucapan panjang lebar beserta tangisan kesedihan .. Huih.. Pasal pa tak ucap je dalam English ? Kalau filem melayu , rasanya diucapakan dalam bahasa apa ek ? Melayu atau .... ?
Tapi bagus la kan .. camana diorng berlakon luar negara sekali pon , bahasa serta adat diorg seringkali dibawa sekali .. Sama gak filem Hongkong .. huhu .. Mungkin filem kita ni ada gak cuma aku je kot terlepas pandang ? Kot ?? Entah la Datuk ... erk... hehee..
BA : Masih tertawa bila yg layak ditolak tepi ...
TOKYO: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun selepas menewaskan pemain China dan musuh utamanya, Lin Dan, pada perlawanan final, sebentar tadi.
Pemain pilihan utama dari Malaysia itu hanya memerlukan masa 81 minit untuk menang ke atas Lin Dan, 22-20, 16-21, 21-17.
sumber : BHARIAN
BA : TAHNIAH DATUK !!
Aku orang KL berdarah Penang .. KARI dan NASI KANDAR , mmg tak boleh dipisahkan bila dikatakan berdarah PENANG .. Yeker ?? Tak pon .. aku tak kisah .. hehe... Mungkin sbb aku bukan Penang asli.. Erk.. Ada ke penang asli ?? Mak bapak aku penang woo apatah lagi mak aku .. baekk punya penang .. haaa... kalau tengok adik beradik dia , mmg boleh dikatakan sebijik cerita ANAK MAMI tu ..
BUDU pula dikaitkan dengan orang KELANTAN .. dan wife aku orang situ .. tapi tak la sering kali bila makan tu wajib ada budu... Tapi kalau ada ???? hurmm..
Ada orang tak suka budu .. Tak suka nape yer? Ada yang akan kata , tak suka bau dia .. Dah cuba rasa ?? Heheh.. Durian pon tak best bau dia.. tapi rasa dia ?? Belacan pon tak best gak kan ? Tempoyak ?
Aku ??? Tolak batu , besi .. yang haram ... Kalau BUDU, tempoyak ke .. kasi je.. kalau ada ulam ... Tu dia.. selagi tak abis nasi , selagi tu aku dok melekat kat kerusi .. hehe... Aku tak suka budu bila takde ulam .. tapi kalu tak de pun , bukan tak leh makan .. makan gakkkk.. hahaha.. Cuma .. aku tak boleh makan banyak budu.. huhu... MASIN kan ? hehee..
Hehe.. dilema seorang lelaki bergaji kecil ... Nak mengorat awek , tapi segan sbb majoriti perempuan skang nak keluar je mesti ada kenderaan sendiri .. Perkhidmatan awam tak main yer !!
Betul ke ?? Aku sendiri pernah kena sendiri .. aku mmg takde kereta dari dulu sampai sekarang .. Tak percaya ??? hehehe.. Awek tu siap tanya aku .. aku bawak kereta apa ? Aku tanya kenapa ? Dia kata kalau nak keluar , aku kena amik dia kat rumah .. kalau tak , dia tak nak keluar.. Korang tau aku kata apa ??
" Kalau gitu , sampai ke tua la tak kawin ! " Tak sedar diri lagi tu .. dah la umur tu nak menjangkau 30 tahun , tapi ada hajat memilih ? Kalau sendiri tu bekerja bagus dan rupa ala ala artis , tak pe la gak .. Ni cuba la cermin diri sendiri tu dulu .. baru leh memilih ..
Aku tak kisah pon ... cuma kesian makin ramai perempuan dapat pangkat DATUK ANDARTU ... Sampai yang lebih 30 an pon masih dok memilih ..takkan tak sedar kot diri makin nak expired ?? Lelaki lain la.. makin tua makin ganteng.. hahaha ... Jgn marah aaa..
Tak kisah sebenarnya kalau perempuan nak memilih demi masa depan dia .. tapi apa salahnya memberi peluang seandainya ada insan yang benar benar ikhlas dan binalah kehidupan bersama dari bawah .. Kalau nak tiba tiba menjulang setinggi langit tu , kena la belek diri tu dulu .. Kalau layak , tak kisah la.. kalau tak ??
Anggaran harta Sosilawati:-
JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta
sumber : HMetro
BA: kalah harta Ismet Ulam Raja ...
JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam mengesahkan dua bayi yang mati dipercayai tersedak susu dalam kejadian berasingan di Putrajaya, Isnin dan Selasa lalu, berlaku di dua taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang tidak berdaftar.
Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghentikan operasi kedua-dua TASKA berkenaan selama tiga hari bagi membolehkan jabatan itu membuat penyelidikan manakala pihak polis melakukan siasatan.
“Kementerian kesal dengan kejadian yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga bayi berkenaan. Saya berharap ibu bapa lebih peka dengan menyiasat terlebih dulu sebelum menggunakan khidmat TASKA itu termasuk memastikannya memiliki perakuan pendaftaran. Jika tiada, laporkan kepada JKM pada masa terdekat atau menghubungi talian Nur 15999.
“TASKA yang beroperasi secara haram ini melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta TASKA 1984 yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Johor 2010 di Teluk Danga, semalam.
Media semalam melaporkan kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang dipercayai dibiarkan menyusu sendirian oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di Presint 9, Putrajaya, Selasa lalu manakala satu kes lagi bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat masalah sama di sebuah pusat asuhan lain, Isnin lalu.
Shahrizat berkata, ketika ini, JKM hanya mendaftarkan sebanyak 413 TASKA berbanding lebih 2,000 TASKA yang dipercayai beroperasi di negara ini.
Katanya, pengusaha TASKA dipercayai menjadikan kesukaran mendapatkan kelulusan tiga agensi kerajaan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan sebagai alasan gagal mereka memiliki lesen pendaftaran dengan JKM.
sumber : Bharian