Aku terperasan seorang sahabat FB aku mengeluarkan statement gini di FB nyer .. Pinjam sat eh ...
" Muka saya mmgla mcm budak 6 tahun... badan saya memangla kecik mcm budak darjah 6.. tapi saya sudah BERKAHWIN...!! Sila jangan ngorat saya secara online ataupun offline.. Dan yang paling penting hati saya sudah BERPUNYA!!! Peace!! "
Ini cumalah contoh status yang mana kawan aku ni dah sah sah tahap tak leh tahan sbb dingorat walaupun terang terang dalam status FB nya tu tertera MARRIED !!!
Tahukah anda sesungguh syaitan suka merosakkan rumahtangga anak cucu Adam ? Kalau dapat runtuhkan , maka tinggilah lagi darjat syaitan dikalangan mereka !! Wahai lelaki lelaki , janganlah kamu samakan darjat kamu dengan syaitan syaitan itu .. Sesungguhnya masih ramai lagi anak dara di luar sana tu untuk dipinang.. Kalau anak anak teruna tak nak pinang anak dara , biarkan saja yang bapak teruna ni pinangkan .. amacam ? hahaha.. guwau laaa...
Kenapa lelaki ( tak kira bujang atau tidak ) suka pada perempuan yg dah kawin ? Lagi dah kawin lagi diorng nak ngorat ? Adakah perempuan yang dah kawin ni lebih menarik dari yang dara tu ??
Sebenarnya tidak langsung ... Semua ini kerana bisikan syaitan ... Mata , nafsu , telinga segalanya ditipu oleh syaitan laknatullah !! Dibisiknya mengatakan yang dah kawin tu lebih mudah digoda .. lebih anggun .. kesepian dan macam macam lagi... Bawak istighfar kawan kawan ... Jangan cari pasal .. Kalau dah gatal sangat nak runtuhkan rumahtangga orang tu cuba fikirkan satu jer .. Di dunia ni , ada akta untuk mereka yang menganggu rumahtangga orang dan di akhirat nanti ada neraka yang menunggu masa untuk membakar mereka yang bakal menghuninya ..
Sama sama kita menghayatinya ... Tamo hujan ke malam ni ?
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.
Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.
Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.
Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.
Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. - Bernama
Sian penyanyi feveret aku dulu dulu ni .. Dia dipenjara dan didenda RM 4 ribu kerana didapati bersalah kerana memasukkan dadah ke dalam badan.. Sian dia kan ...
Sayang betul la .. suara dah la unik .. pasal apa leh pilih jalan gitu eh ? Tengok Saleem Iklim , Jamal Abdillah .. semua tu terlibat dengan dadah dulu .. Bayangkan berapa banyak duit dihabiskan untuk membeli barang haram tu ??? Haih... kalau didermakan lagi bagus gitu ..
Berbalik pada Ameng ... aku antara mereka yang suka giler lagu jiwang dia tu .. SEJIWA , BOUGENVILLA , SEPI TANPA CINTA .. iskh..banyak lagi la... nak tulis sini panjang lak nanti ..
Tak pe tak pe.. 2 bulan tu jap je.. harapnya keluar nanti insaf.. bawak bawak bertaubat ye bro Ameng.. kasi nyanyi balik .. kasi tunjuk yang awak tu boleh naik semula.. kasi buang itu dadah jauh jauh .. Yakin boleh bro !!
Maaf yer.. aku pasti ramai yg meluat dgn entri Nuffnang td.. Aku bukan nak tunjuk trafik yg mencanak mengarut tu.. serius..tk menarik langsung sbbnya aku pernah dpt lg menarik dari tu..
Tujuan aku hanya untuk memberitahu ttg masalah teknikal (mungkin) yg berlaku pada Nuffnang memandangkan ramai yg letak Nuff di blognya..
Tak perlu korang nak terasa hati atau nak rasa bengang dengan aku sbb korang boleh dapat semua bila bila masa jer kalau korang nak ! Masalahnya ada yg tak mahu mencuba sehabis mungkin..
Jangan terlalu bergantung dgn cara klasik...korang kena fikirkan cara lain ..Gunakan kreativiti serta kelebihan korang tu..Aku yakin korang boleh jadi lebih bagus dr mereka yg korang anggap otai..
Aku sendiri masih merangkak..SeTahun jagung lagi aku ni.. Oleh itu, buang perasaan negatif terhadap blogger lain sekiranya ingin maju dgn penuh bergaya ! Tak berbaloi ada 'hitam' dalam hati hanya kerana dunia maya ini. Sepatutnya kita merapatkan lagi persahabatan dan bukannya mencipta musuh ..
Ingat, walaupun 1UV trafik korang tu, korang patut berbangga kerana korang mencarinya dengan usaha sendiri !!! Dengan hasil penulisan yg korang sendiri .. Maka berbanggalah wahai sahabatku ... berbangga kerana dulu cikgu korang je yang baca karangan korang tu .. skang ?? Ramai woooo ... Tak kira apa pangkat dan jantina , mereka membacanya .. Jadi , perlukah nak ada rasa iri pada mereka yang sememangnya terlebih dahulu bernasib baik ?? Hari ini hari mereka... sapa tau esok lusa korang pulak ? Dan waktu tu kalau ada yang hasad pada korang lak , sapa nak tolong ??
Fikir fikirkan bersama .. hehe.. aku pon kena pk gak .. ;)
Kan kata dah .. tetiba je mencanak canak naik .. betul ke tu ? Cam tak percaya je..
Aku tak rasa aku punya je.. Mat Gebu pun ngadu kat aku tadi.. tak pasal pasal dia punya dah mencecah .. erk.. tu g tanya kat dia sendiri .. kang dia marah lak.. hahaha...
Nuffnang oh nuffnang... tak guna mencanak gini kalau takde BUFF .. kan .. hahaha ... kasi la barang 8-9 buff ke.. baru la leh raya Deepavali sket... heheh..
Aku dah buat banyak dahhhh.... penat jeee.... huwaaaaaaa... tensen ! benci ! geram !!! arghhhhhhhhhhhhhhhhhh... help ! help ! help !!
Lupa nak save.. boleh ?? Baik solat dulu..huhu...
Peti undi di blog aku menunjukkan BN bukan menjadi pilihan pembaca blog aku .. Mengapa ini terjadi ? Majoriti pembaca blog aku skang ini terdiri dari ... tengok la sendiri tu yer .. diambil dari ALEXA ..
Em... BN perlu lakukan sesuatu untuk terus memikat pengundi dikalangan remaja ... heheh... Mereka ni bijak memilih dah skang wooo..
Wah.. tak pasal pasal gadis banjir banjar ni mengutuk aku dengan cara terhormat dalam blognya .. Wawawa... Aku pasti ramai tak kenal dia ni sbbnya dia mmg terkenal di kalangan blogger lama jer .. blogger baru tak kenal sangat dia ni sbb dia ni jenis pemalu.. Kalau korang tengok dia jalan kan , sah sah nak buat dia jadi menantu jiran rumah korang tu .. haaa...
Korang kenal tak awek ni ??
Dulu kat GENGBLOGGER , blogger panggil dia GADIS BELALANG TERBILANG ... Mmg dia terbilang kat sana wooo ... aku sendiri pon tak leh nak terbilang macam dia .. maka aku jadi DIBILANG dah la yer ..
Ok.. buat mereka nak berkenalan dengan gadis banjaran Himalaya ni , boleh la g jengok dia kat blog dia .. Awas !! Sudah berpunya !!! Sapa yang punya ??? Ahmad Albab yang punya ...
Erk.. Yo MISS KICK , jangan marah aaa ... jom g tengok apa dia ngumpat pasal aku.. huh > GADIS TERBILANG
Serius.. aku tak sangka.. sampai skang ni aku masih lagi dok tongoh bijik mata aku ni.. Macam tak percaya jer ... Maklumlah ... aku bukannya artis .. apatah lagi bujang .. ada rupa ? Jauh sekali arr !!
Setiap hari , ada je yang add aku .. mmg buat aku terharu je .. Bukan apa , aku bukan jenis blogwalking 100% .. kadang kadang je aku buat gitu terutama bila free yang amaat amat free.. bila BW , barulah aku jadi follower mereka .. tu pon jika blog mereka tidak 'menghang'kan pc aku ... maklumlah , aku kan guna netbook yang mana processor dia cumalah ATOM jer .. dan kadang kadang guna HTC aku ..
Terima kasihlah yer kerana sudi mengklik FOLLOW tu .. bagi aku , korang bukanlah peminat atau pembaca setia tetapi rakan rakan yang senantiasa memberi semangat aku agar terus berblog walaupun kadang kadang semangat aku jatuh ke bumi tanpa payung terjun !! hukhuk .. nak ajak datang rumah , jauh kan .. hehe.. tak pe , kita serbu je rumah mat gebu nanti ... hehe.. Raya haji nanti ? Leh buat gathering kat umah dia tu.. hahahhaha.. Amacam mat ? Ada brani ??