Berapa ramai blogger dalam Malaysia ni ? Aku penah baca ada sehingga cecah 2 juta orang .. Wah.. betul ke ? Tapi yang aktif tu tak tau la berapa ramai kan ..
Kenapa kebelakangan ini makin ramai nak jadi blogger ? Apakah cerita cerita mengenai mudahnya memperolehi pendapatan dari blog menyebabkan mereka juga ingin sama 'melombong'nya ? Wallahualam ..
Tapi aku tak rasa semua gitu kan ? Ada yang suka menjadikan blog ini sebagai diari rutin kehidupan mereka dan tak juga menjadikan pusat simpanan dan rujukan segala informasi di dunia ini.. Apa jua 'alasan' mereka , pastinya mereka mengetahui hukum hakam bila berblog ini ..
Cuma satu je la kan .. berhati hati bila bercerita .. Tau , mmg best cerita isu isu panas .. tapi kalau rasanya kita tolong menambahkan aib mereka itu , apa hukum dia yer ? Kenapa semasa dia memberi kita hiburan , mengembirakan hati kita dengan telatah dia , kita tak g kredit berbelah bagi ?? Bila satu kesilapan kita kutuk abis abisan .. Bagaimana jika itu bukan kesalahannya ? Sapa sekarang yang berdosa ? Atau benar dia bersalah , sapa kita tolong menyebarkan lagi keaiban dia tu ? Apakah kita sendiri seperti malaikat ?
Seronok bercerita tentang orang kan.. Bagaimana pula satu hari nanti 'aib' kita dibuka ? Sepatutnyaa , tadahkan tangan dan mohon agar diberi hidayah ... Jangan suka menjelir lidah pada orang sedangkan hati kita sendiri menjelir lidah pada kita ..
Apa salahnya bercerita tentang yang baik baik dan sesuatu yang memberi pengajaran dan tauladan pada diri sendiri dan juga pembaca..
JANGAN INGAT KITA BAGUS SANGAT SAMPAI NAK CACI ORANG !