Hurmm.. permulaan berblog .. aku buat entri tentang kehidupan aku .. Ada yang suka .. ada yang tidak .. Ok.. aku selang selikan .. Kemudian .. aku bermain dengan isu isu panas mengikut 'cuaca' semasa .. Semua tu boleh di dapati di dalam suratkhabar dan tv ..
Untuk bermain dengan SEO ni kena peka .. Contoh .. cam pilihanraya akan datang .. kena tau kod kod kawasan .. calon calon bertanding .. latar belakang calon dsbnya ..
Sukan ... Piala Dunia , liga luar negara .. liga tempatan , apa saja yang boleh dikatakan akan dicari oleh mereka yang inginkan berita terkini mengenai sukan ..
Drama ... filem .. pameran download lagu , movie , macam macam lagi .. kena fikirkan kehendak semasa .. tang ni cuba letakkan diri sendiri tu sebagai salah seorang pengguna internet yang mencari maklumat ..
Tapi entah.. aku tak puas begini .. Aku mmg suka 'berceloteh' .. hehehe.. Macam seronok pulak .. Bukan semua orang suka baca celoteh orang lain ... tapi terpulang la kan .. masing masing punya komputer... tiada larangan ..
Tapi aku perasan sesuatu .. sesuatu yang mula mula blogger mesti buat.. iaitu exchange link .. hurmm.. Aku tak tau tentang tu sehinggalah aku menyedarinya melalui Analytics di Nuffnang ..
Namun begitu aku segan nak ajak tukar dengan orang lain .. heheh.. Bagi aku terpulang pada mereka sendiri nak masukkan aku dalam bloglist mereka atau tidak .. Tamo nak terhutang budi ..
Kalau diperhatikan dari analisa GOOGLE ANALYTICS tu , sebanyak 2,377 punca trafik masuk .. Dan gambarajah carta pai tu lak terang terang menunjukkan 80% blog aku dari referral ...
Hurmm .. Sbb tu aku rajin update blog .. agar blog aku senantiasa berada di atas sekali setiap masa lebih lagi pada waktu puncak !
Hasilnya ? Seperti yang korang nampak .. Penat ? Hurm.. Tiada jalan mudah untuk berjaya !