Selepas beli baju color purple kat Alamanda tadi .. erk.. aku beli color tu sbb terpaksa okeh .. bukan suka suka ..Nanti kena pakai kat GENTING HIGHLAND ari sabtu ni .. huhuh.. kerna terpaksa..
Dalam kereta , kitorang borak tentang dunia blog .. Tiba tiba keluar cerita pasal blog orang lama .. Pada mula isu satu blogger ni.. Mula dulu mmg aku gemar masuk dan baca blognya .. mmg respek kat dia la sbb orang lama kan .. Tapi entah , dari mana silapnya tiba tiba dia buat entri kritik aku .. Eh.. aku pon pelik gak la .. aku ??? Aku ??? Aku yang masih mentah ini dikritiknya ? Pewwittt .. nampak sangat blog aku ni jadi mainan dia .. Tempat dia bermain la.. Terima kasih ..
Respek aku pada dia terus berkubur.. Takde beza dia dengan makcik makcik yang duduk bertandang kat rumah jiran pastu mengumpat jiran yang lain .. Tak de beza! Ingatkan dah berteknologi tinggi dah .. rupanya takde beza.. dibawanya ke dalam dunia cyber ini.. pewwitt.. cayalaah..
Wife aku bersuara .. Dia dari dulu berkenan dengan kakak ni .. sangat sangat adore .. senantiasa masuk ke blognya .. senantiasa baca blognya .. kenapa dia suka ? sbb dia tak pernah campur mana mana urusan blogger .. dia hanya cerita tentang dunia dia .. dan dia kata , bila tengok muka akak tu pon sejuk je.. muka penuh dengan kelembutan .. huhu.. Aku tak nafikan kata kata dia tu.. mmg ada benarnya sbb dia mmg lembut orangnya .. setiap kata katanya melambangkan orangnya...
Memang benar .. setiap cerita kita.. setiap baris tutur kata dalam entri kita ini .. adalah datangnya dari kita .. melambangkan kita sendiri .. Bagaimana blog .. begitu juga orangnya.. Bayangkan kalau blognya penuh dengan kutukan 'membina' ... kononnyalah .. bagaimana diluar sana ? Bagaimana hubungan dia dengan jiran jirannya ?
Aku tak minta pandangan aku ini diakui benar .. tapi ambiklah sebagai satu nota untuk menjadi blogger yang benar benar ikhlas dalam bercerita .. Nak kejar trafik atau kejar follower mahupun apa juga sasaran , biarlah dengan cara sendiri tanpa menyakiti hati sapa sapa pun.. Bukankah itu lebih mulia ? Pahala pon dapat kan ? takkan nak kutip dosa ??
Oh ya.. mesti korang nak tau.. sapa akak yang TERBAIK itu ?? Maksud aku ialah akak yang wife aku respek sesangat tu .. jom kita berkenalan dengannya .. sini ..
Hari ini kita berkawan .. esok mungkin kita bermusuhan .. JANGAN ! Kita tukar .. Hari ni kita berkawan .. Esok kita tetap berkawan.. Sekali pon bercanggah pendapat , gunakan kebijaksaan dalam meluahkan pandangan .. Kritikan tanpa menghiris perasaan lebih tajam dalam kritikan secara sinis ..