Sekadar penghargaan .... bukan giler follower okeh .. diorng klik sendiri... aku tak bersalah okeh !!
8800 - Ainwattwit
next - 8888 ???
Sekadar penghargaan .... bukan giler follower okeh .. diorng klik sendiri... aku tak bersalah okeh !!
8800 - Ainwattwit
next - 8888 ???
Tatkala kesepian , wanitalah penyerinya ..
Tatkala kebingungan , wanitalah pendampinganya ..
Tatkala kerinduan , wanitalah pengubatnya ..
Tatkala keseorangan , wanitalah penemannya ..
Tatkala kejatuhan , wanitalah pembangkitanya ...
Tapi kenapa ?
Bila segalanya tampak sempurna ,
Kau musnahkan segalanya ?
Apakah yang kau inginkan , wahai wanita ?
Bukan harta menjadi ukuran ?
Bukan kasih sayang yang kau dambakan ?
Jika iman dalam diri ini yang kau harapkan ,
Tadahkanlah kedua tangan kau itu wahai wanita ,
Pohonkan padaNya ...
Berdoalah padaNya ..
Agar hati ini milik engkau selama lamanya , wahai wanita ...
Sesungguhnya wahai wanita ..
Tidak sempurnalah lelaki ini tanpa kau , wahai wanita ...
Jauhkan .. jauhkan dirimu itu wahai wanita ...
Dari bisikan syaitan ! Dari bisikan syaitan yang dahagakan kehancuran anak cucu Adam !
Beristighfarlah .. Sesungguhnya kita dalam dugaanNya .. setiap saat.. setiap minit .. setiap masa !!
Kau tamak wahai wanita ... kau tamak wahai wanita .. Semua ingin kau miliki... Segalanya ingin kau genggami .. Tapi kau lupa wahai wanita ! Kau dan aku , kita manusia ! Tiada sempurna ...
Tiada sempurna !!
Dua entri aku sebelum ini .. aku katakan aku dah berjaya.. Maksud aku di situ ialah berjaya mempraktikkan promosi blog secara besar besaran .. Tapi dari sudut penulisan , aku masih jauh sangat ketinggalan ..
Berjaya.. sekalipon kalu muka aku dah keluar suratkhabar dan berpendapat ribuan ringgit hasil dari blog , aku tau dimana kemampuan aku menulis .. Untuk bergelar blogger berjaya , 1% pon belum lagi ..
Bagi aku , untuk menjadi blogger yang dikatakan berjaya , setiap isi perlulah disokongi dengan dalil atau fakta fakta yang tepat .. Perlu ada bukti agar penyampaian maklumat itu lebih jelas dan jitu .. Mereka yang membacanya pon tidak akan was was ..
Sebab itu bila mereka kata aku blogger yang dah berjaya , maka aku malu.. Aku tak berjaya langsung .. Popular ? Sama sekali tidak .. Hanya mereka yang pernah membaca blog aku saja mengetahui tentang kewudjuan aku .
Popularkah aku ? Popularkan anda ? di mana pengorbanan yang sepatutnya anda lakukan bila bergelar blogger ? Demi ? Agama , negara atau bangsakah ?
dari www.drmaza.com
Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.
Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.
Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.
Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.
-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ahakss... Mereka ini blogger ... tak caya ? Cuba baca sendiri ..
Dan juga pelakon ??
Dan contest buat mereka yang berminat > SOPHIE AL YAHYA
Dulu kan .. aku punya blog , mak aihhh ... 8 entri satu page ! Ada kawan rapat tegur aku ... Bagitau kenapa tak jadikan 2 entri je.. ringkaskan .. Maka jawapan aku ialah , saja tak nak susahkan pembaca ... Ego !!!! Huh.. Serius .. aku ego memula.. Ala cam korang gak la.. Sbb tu aku malas nak bising bising.. aku cuma buat entri jer sbg cara nak tegur.. kang ada pulak yang terasa hati atau ajak bersilat.. Malas aku.. aku anak buah IP MAN weh !! Jangan memain .. haaaa.. hehe.. guwau. ..
Kemudian aku fikir kebenaran kata kata dia.. Dan dia beri aku satu contoh entri penerangan mengenai kekuatan sesuatu blog .. Simple tapi WOW ! Aku print dan aku baca ... Hurm..
Aku cuba.. dan berjaya ! Blog aku berjaya diringankan dan amat pantas untuk dimasuki.. Kalau tak kerana blog list tu , aku rasa lagi cepat.. hehehe ..
8 ENTRI di laman utama .. Hurm.. panjang tak ?? Bayangkan nak tunggu loading.. pastu setiap entri tu pulak ada gambar. .bukan sekeping dua .. kalau kena cam gambar album kawin ??? Mau tak jenuh tunggu ??
Keburukkan blog yang mempunyai entri lebih dari 2 pada laman utama ... pembaca akan terus klik X .. atau pon takkan datang lagi...
Penggunaan READ MORE .. Rata rata pembaca yang aku jumpa dan borak , mereka kurang gemar blog yang guna READ MORE .. tu terpulang la.. malas nak komen..
Cara aku.. 1 atau 2 entri saja pada laman utama dan seterusnya jika mereka berminat nak baca lagi , sila klik previous.. Masa ni jika ada BE , aku kaya la.. kan kan ? hahahhaa..
Sekian .. Tiada tips lagi untuk hari ini.. hehehe... boring korang nanti.. kan kan ?
Cam mawi ? Atau cam Wong Fei hung ? Cewah.. kena ada aura ke blog kita ni ? hurm.. Ada yang tanya aku kelmarin.. Perlu ke blog ada aura ? Aurat tu rasa perlu ada dalam blog .. kan ? Aura pulak .. hurm... tak pasti..
Tapi yang pasti , blog kena ada 'UMMPHH' !! Kena buat bila mereka masuk sekali baca je blog kita terus kata .. 'WAH.. I LIKE !! MANA BUTANG LIKE ? NAK KLIK BANYAK BANYAK ! " .. Tu baru i likeeee.. haaa.. takat aura tu , hurm... rasanya tak perlu la nak cari..
UMMPHH ! Mana nak dapat.. Ada... semua orang ada UMMPH.. Tapi kena cari .. dalam diri .. bakat terpendam .. Kalau jumpa , tak payah cerita banyak , blog pastinya tempat persinggahan wajib bagi mereka ..
Cari UMMPH .. Masukkan ke dalam blog... Barulah menarik lagi tertarik !! Pasti meletop gitu... ok ?
Bagaimana nak pastikan blog kita senantiasa 'berpenghuni' ? Bela hantu raya ? Atau letak harimau jadian ? Haha.. mengarut dah tu kan ?
Mula mula aku berblog dulu.. aku selalu renungkan statistik trafik aku... samada di Nuff atau Google Analytics.. Bukan sebab nak kejar $$ tapi aku fikir , bagaimana aku nak buat blog aku ini senantiasa ada pengunjung .. terutama sekali pembaca asli .. Aku nak dia masuk dan baca .. Bukan disebabkan permainan SEO .. camana camana camana ? Satu cabaran bagi aku ...
Aku dapat jawapan tu akhirnya ... Satu jawapan yang menghasilkan keputusan yang cukup memuaskan hati .. apakah itu ? Aku dah ceritakan pada entri yang lepas iaitu di entri Rahsia curi hati pembaca ..
Menarik .. mmg menarik ... Setiap kali kita post saja entri , tidak akan kurang 50 orang online sekali gus... Itu yang aku inginkan sejak mula aku berblog.. Dan sekarang , aku teringin nak buat , sekali post lebih dari 100 orang online .. Bagaimana ? Hurm... Akan aku usahakan ...
"Ops , aku terkentut " .. Tajuk entri aku akan datang nanti... bukan sekarang ..bukan esok .. bukan tahun depan .. Tapi bila aku dah popular nanti la.. kira lagi popular dari kedai buku popular tu haaa..
Betul ke kalau dah popular , apa saja dia tulis pasti ada orang komen ?? Berpuluh puluh gitu ?? Kan ? Jeles ? Jeles laa weehh .. aku punya entri baik punya siap ada dalil dan fakta aku g cari kat perpustakaan negara , tapi 1 je komen ? Tu pon dia tinggalkan backlink je .. Takat NICE ! aiseyman.. ingat aku jual tiket bas NICE ke ?? Jangan berperasaan gitu !
Kenapa mereka yang dah popular tu ( dikenali ramai dengan lebih tepat ) amat mudah dapat komen walaupun entri pasal kentut sekali pon ? Sbb dia dah bina komuniti dia sendiri ... Jadi jgn rasa cemburu atau sakit hati .. Kita tak tau bagaimana dia dengan rakan rakan pembaca blog dia di 'luar sana ' ? Mungkin di luar sana dia lebih ceria , lebih berinfomasi .. cuma dalam blog , sekadar dia melepaskan tekanan terhadap kehidupan dia .. Saja nak bercerita mengenai apa saja .. Yang mudah dan senang .. Tidak memberatkan ..
Entri itu akan kelihatan tidak berkualiti... Tapi mana kita tau , ada maksud tersembunyi .. yang tersirat kan ? Contoh la aku bagi...
" Ops.. aku terkentut .. hehehe.. Makcik tu tengok aku.. Malu aku.. Nama je anak dara.. tapi tak sopan "
Ok.. kalau orang yang baca tu malas fikir .. maka inilah kesimpulan yang dia dapat ... " Laa.. pasal kentut pon dia nak cerita ??? " sedangkan kalau dia berfikir begini " hehe.. kalau aku sah mintak maaf cepat cepat " ... nampak tak ? Setiap entri ada pengajaran jika kita pandai menafsirkannya ..
Apakah wujud entri tidak berkualiti ? Siapakah kita untuk menilai mengenai kualiti atau tidak ? Setiap entri datangnya dari penulisan mereka tersendiri.. ibarat sebuah lukisan abstrak yang mempunyai seribu makna.. Fahami dan ambillah yang positifnya ..
Baru aku tersedar .. Beberapa gathering yang dibuat oleh kumpulan kumpulan blogger kebelakangan ini banyak menyatukan blogger blogger di malaysia .. Aman seketika kan ?
Walaupun ada yang cuba mengoncangkan keamanan ini , namun cepat cepat dikuatkan kembali .. Tahniah buat kita semua !! Kewujudan beberapa group blogger di FACEBOOK menambahkan lagi kedamaian ini ..
Namun begitu , ada rakan seperjuangan kita berlainan nasib.. Miliknya telah dirompak ! Kemudian dijadikan sumber pendapatan bernilai ribuan ringgit .. Sungguh tidak patut !!
Inilah nasib mereka yang cuba berkarya secara jujur dan ikhlas tapi ada je lanun mengambil kesempatan terhadap mereka mereka ini .. Apakah tiada lagi amanah serta sikap tanggungjawab dalam diri ? Apakah mata itu dibutakan hanya kerana wang ringgit ? Tak dinafikan lagi.. Semoga Allah memberi hidayah padanya dan buat sahabat kita , bersabarlah .. gunakan saluran yang betul untuk memperjuangkan hak anda !
Bloggers ... kekalkan kedamaian ini dan berbloglah dengan gembira .. Beri info serta berdakwahlah sesama kita .. InsyaAllah ..