Terkejut aku lihat gambar seseorang yang aku kenali di Facebook... Keturunan dia amat aku kenal .. Semua baik baik belaka .. Hurm... Dia sendiri pon aku kenal memula ok orangnya ..
Nak sangat vogue agar setaraf dengan kawan kawannya yang mana bertaraf artis gitu lalu berpakaianlah seperti artis yang gayanya ibarat Hollywood ...
Itulah kata orang .. Kawan kawan akan membentuk personaliti kita dalam diam ... Jika kita kawan kerana materialistik , maka materialistiklah kita jadinya .. Jika ke arah akhirat , maka ke sanalah jalan kita ..
Jadi , berhati-hatilah ..jangan gelap mata dan jangan gelap hati... Dunia ini sementara.. Keindahan ini cuma khayalan saja.. Segalanya sekadar persinggahan untuk ke sana yang lebih abadi..