Kelmarin , sewaktu projek 1Tube.my bersama CikEpal , ada dia tanya aku ... Dia kata nanti blog BEN ASHAARI.COM bakal dikritik dan dikutuk .. Hahaha.. aku cuma mampu gelak jer ..
Aku berumur 35 tahun ... dah setahun lebih aku berblog.. Dan ramai blogger aku bersembang .. macam macam pendapat dan pandangan aku dengar dan terima ...
Apa yang perlu aku buat bila mereka kutuk atau kritik blog aku di blog mereka ? Wat bodoh ! Wat tak tau ! Wat dek ! Kenapa kena buat gitu semua ? Sebab diorg takde keje !! Yang dok memanjang kritik dan kutuk tu , diorg takde isu .. Takde idea nak update blog... sbb tu cari isu murahan .. Jom kutuk blog orang.. Kononnya tak hadap laaaa nak trafik ! Eceh .. Kalau gitu , buat entri kebajikan.. Tu , entri kutipan derma untuk mangsa di Jepun..Dapat gak pahala kan ? Ni dok kutip dosa apa kes ?
Tadi aku dapat satu sms dari seorang rakan blogger yang semakin dikenali ramai..Dia kata dia kena kritik di blognya .. Ala, isunya pon isu bodoh jer.. Maka sila senyum jer ... Tak tercalar pon kereta kita tiap kali mereka kritik .. Anggap je mereka sedang menyiram pokok bunga kita..
Kalau komen di blog kita tu , terpulang.. nak publish atau tidak .. kalau gila kontroversi , silalah layan tapi aku tak berminat .. bukan penakut tapi malas nak cari trafik murahan dah .. Kalau dulu , suka la kot.. tapi skang aku cuba belajar nak perbaiki penulisan agar lebih berkualiti di samping menambah kuantiti entri...
Jadi , buat mereka nak attack blog aku tu , jgn la buang masa .. Kalau nak , jom kita buat vlog sama sama.. leh gak aku tanya soalan .. kan kan ?