Ramai blogger teringin nak naik cepat.. Salah ? Tak .. lantak la.. asalkan guna otak dan berhemah .. Paling penting , biar berilmiah .. Jangan naik kerana bijak mengkritik .. Teringin nak jadi pengkritik sangat , boleh.. belajar bagaimana nak jadi pengkritik ..
Apa masalah pengkritik blogger masakini ? Kritik lebih pada memusnahkan ! Tiada langsung kata kata membina .. Apakah ini dinamakan kritikan dari hati atau sebenarnya kritikan disebabkan hasad dengki atau cemburu ?
Peliknya ... dimana keadilannya ketika mengkritik ? Bila kritik , 100% adalah negatif.. takkan segalanya buruk belaka ?? Aku amik contoh blog blog baru yang sering dikritik .. Kenapa rujuk satu entri untuk kritik segalanya mengenai blog tersebut ? Takkan langsung takde yang elok ?
Bagi aku .. pengkritik yang bagus adalah seperti silat.. Bermula dengan bunga dan diikuti dengan buah dan akhirnya ada penutup .. Apa yang berlaku sekarang , pengkritik nak jadi seperti tentera USA .. Pakai NUKLEAR jer !! Biar semua mampus. ..
ADILKAH itu ? sbb itu aku kata , nak jadi pengkritik ni mudah . tapi sebelum tu , cermin diri sendiri .. kritik diri sendiri... perbaiki diri sendiri.. dan barulah g cuba cuba dengan jiran sebelah.. Guna akal dan perasaan bila mengkritik .. Yang nak dikritik itu adalah manusia.. bukan kucing atau durian ..