Pagi tadi .. aku g kerja.. dua kejadian berlaku depan mata aku .. Maka aku kupas satu satu isu tersebut .. Aku mulakan dengan isu PEREMPUAN .. Kenapa ? Ladies First .. kan ? Haahahah... ileks..
Ramai ingat aku nak berat sebelah.. Sebenarnya bagi mereka yang ikut blog aku ni , tau aku sendiri pon ada kupas isu isu LELAKI ni .. contoh bab tandas .. rokok .. sikap suami .. dan banyak lagi.. Tapi tiada pon yang kata , ala perempuan pon cam tu gak .. Mungkin ada tapi tersorok sedikit pendapatnya ..
Dalam entri aku tadi tu .. aku ada sebut , " Bukan semua PEREMPUAN tapi bilangan juga besar " .. maksudnya bukan semua tapi semakin menjadi jadi ..Kenapa ? Ada yang kata faktor LELAKI semakin kasar atau desakan hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni .. Masalahnya , yang berlaku sekarang ni bukanlah nak berebut naik komuter , tapi naik lif , tekan butang lif , naik lrt yang tak ramai mana pon kadang kadang .. tu semua contoh .. Maka dikaitkan , LELAKI pon samaaa .. Kalau gitu , PEREMPUAN dan LELAKI sama je la perangai eh ??? Sememangnya kita tau LELAKI itu KASAR dan PEREMPUAN itu LEMBUT .. TAPI TAK SEMUA !! Ni kena highlight ni .. kang ada gak dok sebut ...
Aku tak berniat nak menegur dan aku tak berniat nak mengajar .. Aku cuma bercerita apa yang berlaku di depan mata aku dan apa yang ada dalam hati aku ..
Kemudian ..dalam lrt , ada seorang lelaki .. Mmg bersih suci murni je muka dia.. pakaian ala ala imam masjid dah .. Kira layak masuk Imam Muda dah ni .. Dia duduk .. Aku berdiri.. di depan dia , berdiri seorang perempuan yang agak berisi badan dia .. Di sebelah dia seorang perempuan .. Kemudian perempuan ini bangun dan memberikan tempat duduk pada perempuan yang berdiri tadi.. Rupa-rupanya , perempuan tu mengandung .. Hurm.. aku hanya mampu geleng kepala.. Lelaki tadi terus duduk tanpa berbuat apa apa pon .. hurm... 'Bagusnya' ... malu aku sebagai seorang lelaki ...
Kalau kita asyik dok kata , ' Ala sama je LELAKI PEREMPUAN ' , maka kita takkan ke mana mana .. aku bukan nak berbahas atau nak tunjuk baik... Cuma inilah perasaan seorang lelaki yang sering berbisik dengan hatinya ..
Aku kagum dengan PEREMPUAN kerana merekalah seindah-indah ciptaan Allah .. Sendiri fikir la yer .. Ops.. dan tolong baca 2 kali .. pastu barulah komen.. sbb banyak yang terlepas point dan terus komen .. hurm ...
Buat PINKY MOMMY , RM55 boleh laa diterima .. hahaha...