Dok layan cerita Indonesia yang bertajuk BENCI DISKO .. Lawak cerita dia .. tapi mmg ada 'isi' la gak .. Kisah dua orang anak yang bencikan ayahnya kerana meninggalkan mereka semata mata kerana disko.. hehehe..simple.. pastu mereka nak cari calon isteri tapi tamo kaki disko.. huhu.. Lantak diorng ler ..
Cuma seperkara yang membuatkan aku rasa nak berkongsi sesuatu dengan rakan rakan pembaca ialah kegiatan nakal lelaki yang suka mengenakan perempuan .. Ini kes kes yang amat jarang berlaku di luar tapi dalam disko tak mustahil..
Aku cakap ni bukan berdasarkan tontonan di tv tapi atas nasihat rakan yang mana punya kuasa laa.. dan jugak rakan rakan yang kaki disko... Cerita dulu ..
Awas ya.. gadis gadis dan ibu ibu.. jangan tinggalkan minuman korang tu sebarangan ... Jika ada yang ingin aniaya anda, amat mudah sekali .. dengan pantas boleh memasukkan bahan terlarang di dalam minuman anda itu.. Begitu juga jika diberi minuman oleh mereka yang tidak kita ..erk..korang kenali.. haaa.. kena hati hati.. Kalau mampu , beli je sendiri... Korang faham maksud aku kan ? Hati hati je la... ok.. nak sambung tengok sambil update segmen tadi..
Mana laaa PA aku nehhh .. PUTERRRRRRRRRRIIIIIIIIIIIIIII !!! Mesti membuta neh..