Gulp... ramai konpius.. hahaha... pelik siap tanya berkali kali mengenai id BEN ASHAARI di FB .. Kot la ada yang menyamar .. Alhamdulillah , setakat ni takde lagi la.. tapi ada yang guna gambar aku tu haaa... Grrr.... apa nak buat ... ni la kesan buruk jika beronline dengan mempamerkan gambar ..
Buat pengetahuan anda anda semua .. eceh... tamo la.. aku nak tukar bahasa la... Buat pengetahuan awak awak semua , kita punya id FACEBOOK ialah BEN ASHAARI , BEN ASHAARI II , BEN ASHAARI JR , SANTAI BEN ASHAARI , KELAB BLOGGER BEN ASHAARI , BEN ASHAARI BLOG ,KELAB WANITA , KELAB MASAKAN , BIONIC GYM MALAYSIA dan twitter aku , BEN ASHAARI ... haaaa...skit je kan ?
Selain dari tu .. maaf la yer .. bukan aku punya .. manakala blog aku ada 3 jer ... www.benashaari.com , www.santaibenashaari.com dan www.benashaari2.blogspot.com ... Lain tarak ...
Kalau korang jumpa selain dari tu , faham faham je la... samada tu lanun cetak rompak atau keturunan kapten Jek Sperow ! Haaa.. adik beradik tiri laki mak Jack Sparrow .. ok ? Harap maklum ..
Dan seperkara lagi... TOP 3 DIGI -WWWOW , akan memilih TOP 3 pada 8hb June kalau tak silap aku dan aku berada ditangga ketiga sekarang ini .. Haa.. kes naya ni.. setangga lagi aku jatuh berdebuk..
Jadi , samada korang sudi ke tak sudi , aku tetap memaksa korang mengundi setiap hari .. Yelah , kata mau open table.. camana nak open table kalau kalah kan ? heheheh... Tak kira ! Sekali dah masuk , aku berjuang abis abisan.. sehingga ke titisan bateri laptop yang terakhir !!
Amacam ? ok kempen aku ? Kalau tak , tak pe.. teruskan mengundi.. Kalau ya , terima kasih.. sila undi jugak ... klik SINI