Blog sampah ? Entri hampeh ? Apa lagi yang nak diberikan pada blog aku ni ? Tapi ada aku kisah ? Ada.. aku kisah .. setiap kali korang kutuk , setiap kali tu , aku sebut Alhamdulillah .. Terima kasih kerana sudi singgah dan aku cuba layan sebaik mungkin persoalan korang tu ..
Dan pagi ni .. aku terima satu komen dari seseorang yang membakar lagi semangat blogging aku ...
" saya kagum dengan Ben Ashaari..saya ni baru lagi dalam dunia blog tapi ada jugak baca2 tentang ben..nak menuntut ilmu blogging dengan ben boleh..? =) "
Terkejut gak bila lihat nama ... Maklumlah .. jauh beza ilmu .. kan ? Kemudian aku masuk ke blognya... Ke biodata ... Hurm.. sah.. bukan palsu.. Bukan pe.. dulu pernah kena sekali.. lom cukup umur tapi dah guna title gitu.. hehehe ..
" Saya bertugas sebagai seorang pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia Johor. Selain mengajar, saya juga bertanggungjawab menjalankan penyelidikan, menulis buku, dan jurnal akademik, membangunkan produk hasil penyelidikan, menghasilkan paten, dan melakukan konsultansi.
Bidang pengkhususan kajian saya adalah kosmeseutikal dan bioteknologi. Antara projek penyelidikan saya yang terkini adalah penghasilan Omega-3 dan bahan anti-kanser daripada tumbuhan tempatan. Di samping itu, saya juga berpengalaman dalam membentangkan kertas kerja akademik di peringkat internasional dan tempatan, dan sering dijemput menjadi penceramah bagi program kolaborasi di antara universiti dan institusi-institusi penyelidikan yang lain."
Perlu aku tambah apa apa lagi ke ? Tak kot , kan ? Sebab tu .. dalam berkawan , kita perlu memilih .. Yang memberi impak pada tubuh badan serta mental kita , itulah yang membantu kejayaan kita .. Mereka yang mengkritik untuk kebaikkan , kita terima dengan hati terbuka ..
Kita boleh tau , mana yang benar benar ikhlas dan jujur dalam memberi pendapat ... Ok.. skang korang mesti nak tau sapa blogger yang baru saja meninggalkan komen di blog aku tadi ?
Jom kita lawat dia .. DR.SITI HAMIDAH