Dulu aku berpegang , TRAFIK adalah PEMBACA .. Tapi aku terpaksa buang pegangan aku itu !! Kenapa ?? Kebelakangan ini , TRAFIK ada dua .. Satu , asli .. Dua , palsu ..
Asli ? Yang korang nampak setiap hari masuk.. dia baca .. kemudian dia keluar .. Sebelum dia keluar , ada diantara mereka ini meninggalkan komen.. Ada tak tinggal gak .. Jika entri kita itu menarik , dia akan tinggalkan jejak dengan klik LIKE di entri kita itu .. Itu pon jika kita pasang butang LIKE itu ..
Palsu ?? Aku rasa mereka yang terlibat ini tau akan apa maksud aku .. Mereka tak kisah bab ni asalkan niat mereka tercapai .. Aku tak nak pertikaikan bab ni.. Masing masing punya 'buku rekod' ..
Kelmarin aku ada buat satu entri berkenaan sebuah blog yang tinggi trafiknya .. Trafiknya ini adalah sangat asli .. Kenapa ? Mereka masuk dengan 'mencarinya' ! Apa yang mereka cari ? Infomasi yang berguna buat mereka dan keluarga mereka.. Pergh.. pahala sungguh untuk si blogger itu ..
Kemudian ada yang membandingkan blog yang aku kagumi itu dengan sebuah blog lain .. Blog tu lak , aku pernah masuk sekali saja.. Dan ianya menceritakan kisah dia dan cintanya .. Fikir sendiri la yer.. Aku tak nak komen ..
Infomasi .. sesebuah blog yang bagus akan menyelitkan infomasi .. Ibarat sebidang tanah yang kecik , jika kita bina rumah di atas tanah itu tanpa menginggalkan sedikit ruang langsung untuk menanam sayuran atau pokok untuk menyejukkan rumah , pasti tak best kan ?
Tak kisah la.. Hak masing masing .. aku tak nak dan tak berminak nak pertikaikan .. Ok .. skang ni aku nak bantu seorang rakan blogger yang mintak padangan aku bagaimana nak dapatkan pembaca yang setia di blog kita ..
Macam kita tau , pembaca setia ni ada dua .. Diam dan menunjukkan muka .. Macam aku pernah buat entri dalam blog ni dulu , paling penting adalah promosi .. Apakah itu promosi ??
" Hi , saya BEN ASHAARI ... '
Kat mana korang nak perkenalkan diri korang ? Tu korang kena ada perancangan .. Kena bijak tau di mana ada madu .. di mana ada lubuk , kat situ korang pergi .. Jangan malu tapi jangan perbodohkan diri ..
Kedua ..
" Inilah karya saya .. "
Apa yang korang bawak untuk dijual kepada pembaca yang pertama kali mengenali korang .. Ini sangat penting dalam mencuri hati mereka untuk pertama kali .. Kalau gagal pertama kali , kali kedua adalah penting .. Ingat , jangan jual karipap basi ! Bawak karipap yang segar dan panas .. Pastikan intinya bisa membeliakkan mata si pembeli ..
Ini adalah tips buat blogger yang berblog dengan entri peribadi .. Jika nak mudah , korang buat entri entri yang mana isunya pasti meletop hari ini dan keesokkan harinya .. Kat sini , korang kena bejalar bagaimana nak jadi broker saham .. Belajar menganalisa kehendak pembaca dan pengguna internet .. Jika kena , korang 'kaya' .. Tak kena hari ini , esok lusa mesti kena .. Takkan rugi punya .. Ini dipanggil entri berbentuk SEO ..
Kesimpulan .. Untuk mencuri hati pembaca , blog mesti menarik , entri mesti 'bijak' , promosi mesti kena masa , tempat dan keadaan .. Tak susahkan ? Susah ! Sbbnya , korang kena sabar .. Tang sabar inilah ramai gagal !
Selamat berusaha ...
Ini adalah ranking top 10 blog bahasa Malaysia berdasarkan maklumat daripada Alexa untuk trafik dari Malaysia.
- Denaihati (Global 30185, Malaysia 99)
- Ben Ashaari (Global 38229, Malaysia 189)
- Kujie (Global 50979, Malaysia 231)
- Puan Bee (Global 55094, Malaysia 232)
- Cik Epal (Global 47198, Malaysia 252)
- Wan Cikgu Muzik (Global 77159, Malaysia 259)
- blog.ariff (Global 60646, Malaysia 282)
- Faizal Fredley (Global 62683, Malaysia 332)
- Yanmie Online (Global 85571, Malaysia 364)
- ! Erti Kehidupan (Global 86433, Malaysia 374)
Sumber : Ariffshah
Dan satu lagi ... Atas usaha rakan blogger , Denaihati membuat satu projek 5 blog yang paling kerap dilawati 2011 , maka inilah keputusannya ..
5 blog paling kerap dilawati oleh rakan blogger, nak tengok update pertama sila ke @ link. 9 blog ini disenaraikan berdasarkan jumlah paling banyak dilawati mengikut pilihan 117 rakan blogger Malaysia dan Indonesia.
1. Benashaari.com (28)
2. Ariffshah.com (14) dan Kujie2.com (14)
3. Amanz.my (10) dan Redmummy.com(10)
4. Eyriqazz.com (9) dan Nisamenaip.blogspot.com (9)
5. Honeykoyuki.blogspot.com (8) dan Kupukupukecik.blogspot.com (8)
Sumber : Denaihati
Terima kasih Ariff dan Denaihati .. Setahun yang dulu , aku kerap lihat ranking rangking ni di blog blog otai .. Teringin aku nak berada di dalam ranking tu .. Huuhuh.. Alhamdulillah , tak lama kemudian , blog aku mula tersenarai.. Terasa sangat berbaloi walaupun tidak menjanjikan kekayaan tetapi bukti bahawa usaha membawa kejayaan ..
Aku boleh.. Korang lagi boleh !
Hujan yang sampai mencabutkan segala pokok kat luar rumah aku menyebabkan siaran ASTRO tergendala untuk jangka masa yang amat singkat.. tak sempat nak kentut , dah ok balik ..
Korang percaya ?? Caitt .. Baru hujan skit , dah terus jadi cam tu !! Apa guna channel berpuluh ribu .. tapi bila hujan , layan satu channel iaitu channel SERVICES CURRENTLY NOT AVAILABLE .. Yang ni tak payah bayar tapi kita la yang rugi ! Patut tuntut ganti rugi ni .. Best part mengenai ASTRO ni , korang leh tengok drama/filem yang sama berulangkali sampai sembelit ! Haa... tak perlu risau jika terlepas ...
Oh ya... pastu aku try bukak HyppTv...
Comel la pulok ... Hehehe.. Beza antara kedua ni , satu guna angin satu guna urat ! Bila hujan , angin out of service tapi urat tetap mantap !
Faham tak ? Hurm... ASTRO menunggu masa je nak ditutup.. Notis sebulan ..
Muhahahaha... bijak bijak.. Jawapan yang tepat dan pantas ... KAD RAYA YANG BERWARNA HITAM ITU ... Dan yang kepantasan menjawab itu milik .... siapakah ???
atau yang dibawah inikah ?
Malangnya aku nak yang paling pantas dan pemenangnya adalah >
Serius ... lepas diorg pasang ari tu kat rumah aku , cuma mampu menikmati kelancarannya cuma seketika saja .. Pastu ? Hari hari aku garu kepala aku .. Mau rasa cam nak hempuk kepala ke sofa aku yang lembut tu.. Heheh..
Sampai la satu tika tu , aku dah tak mampu menahan kegeraman lalu aku telefon UNIFI , untuk mintak bantuan teknikal .. Suka sangat disconnect .. Geram betul aku ..
Maka telefon la aku .. tunggu lebih 10 minit baru dijawab.. Sabar je la no .. Pastu dia mintak details.. aku pon bagi je laa... Kemudian dia suruh aku check itu ini dan sebagainyalah namun lain pulak jadinya ..
Aku call guna telefon UNIFI .. dia suruh aku tarik power kat belakang modem tu.. aku pon tarik la.. bila tarik , terputus la talian !! Waaaaarghhh.. Geram !!!
Last last aku cuba sendiri.. Hampeh.. apa pon tak jadi .. Malam tu aku guna hp aku je online .. Nasib baik HTC aku ni leh dijadikan router .. huhu.. lega la..
Esoknya aku call guna hp aku.. Call tol free .. Kononnyalaaah .. Sekali kredit dipotong gak.. ceh.. abis tinggak 45 sen ! Baru reload lak tu.. Nasib baik dapat disettlekan internet tu tapi telefon tak leh settle..
Maka , bantuan teknikal akan dihantar nanti menurut kata mamat yang jawab telefon tu.. Esok tengahari.. Time aku keje lak tu.. Nasib baik rumah sekangkang kentut jer .. Jadi boleh la lari balik jap time lunch tu ..
Maka datanglah teknikal staff UNIFI keesokkan harinya .. Dia datang check.. rupanya ada kabel tercabut.. Chait.. Tapi aku amik kesempatan tu dengan bertanyakan masalah wifi yang selalu terputus tu..
Dia tengok , pastu dia tau dah apa masalahnya .. Dia kata router yang TM punya tu tak sync dengan Vista n XP .. kalau ngan windows 7 , cun jer.. Patut ler..
Maka dia tukar dengan yang baru ... tu yang tengah tuuu..
Lepas tu .. Alhamdulillahh.. sakit kepala aku terus hilang.. rambut aku tak gugur lagi dah ... sofa aku tidak lagi aku gigit ! huhu...
TERIMA KASIH UNIFI ...
OK.. semalam punya dah settle.. skang kita test power kepantasan mereka yang berminat nak dipromosi blognya .. Tak kira blogger baru ke lama ke , nak join .. dipersilakan ...
OK... tengok gambar kat atas ... Jeng jeng jeng.. Korang rasa rasa la kan... keratan gambar ni mewakili apa ??? Jawapan dia , korang leh cari kat gambar di bawah ni .. Hehehe..
Pemenang akan dinilai melalui paling tepat dan pantas .. Keputusan adalah mutamad.. Jangan risau , takde belas kasihan punya .. Sebarang surat menyurat atau entri bantahan tidak akan dilayan ..
Berminat nak menjawab ? Cam biasa , sila hantar borang dalam bentuk entri .. Jawapan perlu disertakan sewaktu meninggalkan komen dan BUKANNYA di dalam entri... ok ?
Jom... Sila buat satu entri ..
- Letak header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk , BEN ASHAARI AJAK TEKA DAN MENANG dan linkkan ke entri ini ..
Tu jer .. Tinggalkan url entri korang dan jawapan di ruangan komen .. Sekian.. Selamat meneka .. Hadiah , 2 jam promosi ... Tqqq...
http://iejjahygmnulis.blogspot.com
Tahniah.. Mulai hari ni , aku nak wat contest simple ginilah.. Cari dan menang. kan ? Jadi untuk pemenang kali ni , 2 jam promosi blognya dia entri utama ... Huhu..
Hujan emas di negara orang .. Hujang .. Hujang lak.. sasul ganu sat.. Hujan batu di negara kita .. Baik negara orang kan ? Bila dah abis hujan tu , balik la negara kita balik kan ? Bijak tak ? Muhahah...
Ok.. ni isu kat London tu.. Haih.. Tu la.. Suka sangat merusuh .. ni la jadinya bila ada malaun amik kesempatan !! Jahat gila !! Sasaran kedai kedai dan warga asing .. Grrr... Mmg dasar penyangak !
Tapi kesalnya , isu cam ni pon ada gak malaun nak politikkan .. haih... Tak kena kat batang hidung sendiri ...
Video Asyarf Haziq Rosli yang cedera di serang di London
LONDON: Paparan di Internet yang menunjukkan pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, diserang dan dirompak dalam rusuhan di sini, telah mendorong penduduk keturunan Asia untuk bersiap sedia mempertahankan diri dan harta sendiri.
Ketika rusuhan itu merebak, ramai penduduk khusus beragama Islam dan Sikh mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi nyawa, harta benda dan juga tempat ibadat masing-masing.
Tiga lelaki berketurunan Pakistan terbunuh akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang perusuh yang kemudiannya diberkas oleh polis.
Sambung > BHARIAN
Promosi - Rebat RM225 hingga RM4500
Baru sampai opis.. lewat ? Cukup cukup masa je kot.. Tiada lagi cerita lrt .. tiada lagi cerita erl.. tiada lagi cerita jalan kaki .. tiada lagi cerita events di Pwtc .. Apa yang ada cuma cerita bangun pagi pastu gosok gigi.. tu je la aku boleh bagi.. Eceh , cam pantun 18 kerat aku beri.. warghhh.. pantun lagi.. hihihi..
Cam biasa , sampai opis , netbook aku , dipasang kat sebelah .. mmg nak khusus untuk update blog aku jer .. Tamo kaco pc.. jadi berat nanti...
Keluarkan netbook... charger ..kabel usb hp .. On .. duduk.. tarik nafas.. Datang CC , bertanya khabar.. Pastu on pc .. Amik beg , belek belek dalam tu ..
" Ya Allah !! Aku lupa bawak charger lak.. abis jugak bateri netbook n hp aku ni kang .. Tak pe la , kang lunch nak balik rumah lak.. Tapi bukan ke aku dah masukkan dalam beg tadi ? Takkan aku mamai kot ?? Iskhh... Teruk betul aku ni.. Menda camtu pon aku boleh lupa .. " Bisik hati kecik aku ..
Hurm.. aku tak puashati.. aku belek belek bawah meja.. Huk alohh...Aku dah keluarkan tadi rupanya ! Sah ... sah !! Banyak sangat aku makan semut ni !
Sapa blogger baru ? Yang baru buat blog la... adoiii.. tu pun nak tanya.. hahaha.. ok ok.. Senang jer.. Aku nak buat kuiz gila tengah malam ni .. Sapa dapat teka dengan tepat dan pantas , esok blognya akan dipromosi selama 2 jam ( sticky post ) ... Amacam ? Best trafik skang ni.. hehehe ..
Camana ? Mudah jer..
Perhatikan gambar ni.. Ok.. Dah ?
Ok.. gambar ni takde kaitan dengan gambar diatas.. ni selingan je.. Kesian kan kucing ni ? Esok nak beli frieskies untuk diorg.. belanja diorng .. huhu.. Cerita pasal kucing ni , klik sini ..
Hehe.. inilah soalannya.. Berdasarkan gambar no 1 tu , cuba teka , yang mana satukah gambar tu sebenarnya di antara alatan senaman di dalam gambar ini ?
Faham tak ? Bagus.. faham pon.. Tak faham ? Gi tidur.. esok fahamkan.. hehehe .. OK.. kalau dah jumpa , mari menjawabnya ... Cam biasa , buat entri dulu .. Cam hantar borang la.. mana boleh main angkat tangan je kan ..
- Buat entri .. letak header Ben Ashaari Blog
- Tajuk : Ben tanya nak trafik free esok tak ? dan linkkan ke entri ini ..
- Dah ? Tinggalkan url entri korang beserta jawapan di ruangan komen ini..
Sapa paling tepat dan pantas menjawabnya , dikira pemenang .. Tak buat entri , takde makna ! OK ? Tutup bila ada pemenang.. Ok.. mulakan , SEKARANG !!