Baru lepas layan cerita KASIH ALIA di TV3 ... Ada satu babak yang mana seorang perempuan diragut beg tangannya .. Perempuan tu dibelasah teruk dek peragut kerana tak nak lepaskan beg tanganya..
Sungguhpun itu cuma lakonan tapi cuba kita fikir kembali.. Bebaloikah kita pertahankan beg tangan tu berbanding risiko yang akan kita hadapi nnti ?
Hurm. kalau rasa rasa tak mampu tu , lepaskan saja la.. pastu baru jerit .. Lainlah kalau ada seni mempertahankan diri cam Jet Li atau paling tidak pon cam Shah Rukh Khan tu .. baru la lawan .. tapi kalau takat main tarik rambut , lepaskan je la..
Bukan pe , skang ni diorng dah main pisau , pistol.. tak berbaloi dik oiii.. Tah cuma ada RM 20 je ke dalam tu .. haih.. tamo ilang nyawa ok !
Dan buat peragut ... KORANG NI DAH TAKDE KERJA KE ?? INGAT INGAT LA AKHIRAT TU .. TAKDE KEJE SANGAT , G BUAT KEJE BURUH TU.. DARI MENYIKSA ORANG , BAIK DIRI SENDIRI TERSEKSA .. SENANG SKIT KAT AKHIRAT NANTI !!!!!
Sekian ..
Masa untuk membeli belah secara online ... Ternyata mudah dan menarik ! Ada banyak pilihan ..
Price of this exclusive denim hijab is : RM44
Harga Runtuh : : RM29 only
http://www.asteriskboutique.com/
PASHMINA HAWA TONES = RM 15/pcs
http://islamioparadise.blogspot.com/
Baju kurung yang berkualiti tinggi dan banyak lagi corak..
Haaaa.. pelik tak ? Tapi bukan semua laaa .. majoritinya begitu laa.. Dan nampaknya aku pon begitu juga tidak lama lagi ..Kenapa ini terjadi yer ? Mari kita menyorot kembali kejadian itu ...
" Abang ... abang nak masak apa ari ni ? "
" Ayang nak makan apa ? Cakap jer.. abang suruh jiran kita masak.. hehehe "
" Ala.. tak nak la... Ayang teringin nak makan kfc ngan daging unta la bang .. "
" Hah ?? Kfc tu ok la.. daging unta mana nak cari ??? "
" Heheh.. guwau je laaa.. Nak Kfc banyak banyak .. "
"Baiklah .. "
Dibelinya satu barrel .. ada 20 ketul... si isteri makan 2 ketul ...
" Blurrrrpp.. kenyang dah bang ... Baki tu abang makan la nanti yer.. kalau tak abis , simpan untuk sahur yer .. "
" Erk... 18 ketul ?? Ingat abang ni raksasa hijau ke ??
Haaa... begitulah adanya... camana laaa si suami dan si isteri tak berlumba lumba 'mengandung' .. Tapi masalahnya wife aku lak tak kuat makan.. aku lak terlebih bernafsu.. nafsu makan laaa... haish..
Apa pon.. bukan salah ibu mengandung okeh ! Mereka teringin jer.. maka kita sebagai suami , belikan je la.. selagi mampu , turutkan saja.. Jangan selagi mampu , g kawin lain lak !
Gym ?? Ke laut !! Ada harapan join Afdlin Sauki.. Comel aku nanti..
"teknik tekel awek di facebook"
Tuuuu.. ada orang search (keyword ) dan tersangkut kat blog aku tu... Agaknya jumpa kot .. Mmg aku ada ajar camana nak ngorat awek awek atau ngorat lelaki ( khas untuk perempuan tau ! bukan lelaki ngorat lelaki.. penampar kang ! ) .. Tu korang kena search kat tepiiii tuu.. yang ada search tu haaa.. banyak woo aku buat ..
Hurm.. nampaknya ada orang nak salahgunakan FACEBOOK atau laman web sosial ni .. Nak ngorat wooo.. pergh.. Salahguna ke ? Bagi aku , tu nak menghampiri salahguna dah tu...
Mengikut pengalaman aku la kan , segalanya bermula dengan borak borak .. pastu mintak no tel.. pastu ajak jumpa .. pastu ? Pastu ?????? Pasttuuuu ???? Pastu tri ? Muhahaha.. Aku rasa la kan , semuanya bergantung pada niat .. Kalau berhati-hati , insyaAllah.. Ramai temu jodoh melalui internet ni ..kan ? Contoh ? Perghhh .. Ramai wooo .. tapi aku nasihatkan berhati-hati la.. Bukan apa , ramai lelaki / perempuan yang dah ditebuk tupai ( dah kawin laa ) mengaku bujang .. Majoritinya lelaki laaa... Dah beranak pinak tapi bila tanya , " i baru je single semalam " tak pun , " sapa la nak kat i ni .. muka cam aaron aziz.. takde orang nak la .. tu yang nak ngorat u ni " .. hurm... cam ayat aku je tu ?? hahahaha ..
Apa apa pon , aku mintak rakan rakan pembaca terutama anak gadis , berhati hatilah di dunia maya ni .. Baik tak semestinya malaikat , jahat tak semestinya syaitan .. Eh .. tak kira laa.. Kalau ada lelaki nak berkenalan , korang mintak nombor ic dia .. pastu g check ngan pejabat agama... Kot kot laki orang .. Haaaa.. Jangan dah terbabas baru nak kata .. " Saya dah terlalu cintakan dia laa " .. Mau gak aku bagi cakaran wolverine !! Hati-hati okeh !
Ada sapa nak no ic aku ? Sat... ada promosi !! SINI
Ada korang perasan tak ? Pagi pagi buta kat radio ada iklan pinjaman peribadi ? Bank mana ? Tak leh sebut .. nanti aku kena saman.. Tak leh tak leh.. tak berbaloi..
Ada ke orang sanggup buat pinjaman semata mata untuk beraya ?? Gila ke apa ? Semata mata nak beraya , dia sanggup buat pinjaman ? Hah ??
Adaaaa .. sapa kata takde ! Tuuu... yang jenis tak leh tengok orang lain lebih.. Sanggup berhutang demi raya nampak mabeles !! Tukar kereta .. tukar tv.. tukar sofa... tukar bini ... haaa.. pergh..mmg mabeless..
Serius la... Aidilfitri bukan pasal tu laa.. Puasa pon terabur... Amalan pon hancur.. Raya nak kalahkan orang yang soleh.. camana tu ? Haish... tak leh la gitu... Kena sederhana..
Jangan susahkan diri atau keluarga semata mata nak beraya .. Tak berbaloi.. Aku sendiri pon spesis takut berhutang.. Bukan takut tak leh bayar tapi takut best berhutang !
Promosi Raya Ogos 2011 Penulen Air Coway
Dapatkan penulen air Coway yang elegan dengan suhu panas, sejuk dan biasa terus dari paip di rumah anda dengan hanya RM110 sahaja! Promosi hanya sah sehingga 25hb Ogos 2011.
Penulen air Coway dapat memberikan air yang terbersih untuk sekeluarga anda di samping menyediakan air panas dan sejuk dengan segera! Servis dan penggantian penapis adalah PERCUMA selama 5 tahun! Anda tidak perlu risau untuk menguruskan maintenance penulen air kerana Coway akan melawat anda setiap 2 bulan selama 5 tahun.
Untuk maklumat lanjut sila lawat : http://on.fb.me/o7v454 atau hubungi 012-284 3948
Hurm... pendapat aku ? Yang tak guna lagi , guna la.. air skang ni kotor..
Aku tak tau sapa yang kena halau keluar dari rumah.. Kalau ikutkan background gambar ni , seolah olah anjing tu yang kena halau .. Sian.. Cinta punya pasal !
Geram ? Bengang ? hahahaha... Kalau dapat ?? Macam nak flying kick ek ? Hahaha.. sabar je la yer.. Tamo tensen tensen yer .. hehhe..
Tu geram ke tahan berak tu ?
Senarai ni aku jumpa di blog rakan .. Dinasihati mendapatkan khidmat nasihat dengan Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan kepastian .
Berikut adalah senarai kopi yang dikatakan mengandungi racun.
1. Cafe Abang Yes
2. Candi Gold
3. Candi 193
4. Extend Up energy Drink
5. Extremen,
6. Extrewoman
7. Goji Guarana
8. Goji Guarana Extra
9. Goji More
10. Goji Yumberrry
11. Guara Cafe
12. HBW Ice Lemon Tea
13. Hotton Vitality Candy
14. Ie2 O
15. King Cappucino
16. Knight Cofee
17. Kolek Cafe Power Plus
18. Kopi Angguk
19. Kopi Asmara
20. Kopi Bagus AAA
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
22. Kopi Pahlawan
23. Kopi Super Angguk
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
25. Maca Max
26. Macagin Ginseng Candy
27. Mentalk Candy
28. Nexus MXP
29. Night Cafe
30. Red Energizer Candy For Men
31. Royal Beverage Maqrifatun
32. Sasanergy Drink
33. Trica Jus Tri-Max
34. True SR
35. Vigor Candy
36. Vitca-F
37. Vitca-M
38. Winnie Beauty V1
39. XKL Sky Fruit Juice Premix
Sumber - SINI
Oh ya.. ada satu lagi ... 40. Kopi pow kawan kawan .. Ni pon kira racun gak.. Racun hati kawan kawan .. asik nak pow jeee.. tensen laa...
Mamat .. kalau suka , baik selesaikan jer.. Maksud aku , masuk minang .. pastu kawin .. Dapat anak , kasi besarkan .. pastu antar g sekolah .. Belajar rajin rajin .. Pastu jadi anak bangsa yang berjaya .. Jangan kasi jadi ahli politik atau pelakon... Tamo ok ? Kasi dia berbakti pada negara dan agama ..
Maaf la yer .. aku mmg tak gemar isu artis ni tapi tipulah aku tak minat tengok tv.. Dan aku antara ribuan peminat kumpulan Sepah pastinya gembira dengan perkhabaran ini ..
Tapi dengarnya Mamat bercinta dengan orang lain sebelum ni kan ? Ada yang kata Mamat lupa daratan ? Neh.. kalau dah bukan jodoh nak kata apa kan ? Segalanya adalah ketentuan Ilahi .. Jangan menuding jari , nanti kena kat kita balik.. Bahaya tu ..
Kisah mereka ..
Mula 'kenal' setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem "Man Sewel Datang KL", kini selepas hampir 6 bulan berkawan rapat, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali dengan nama Mamat daripada kumpulan Sepah mengakui dia dan aktres Rafidah Ibrahim atau Fida sedang berkawan rapat tapi serius.
"Ya, kami dalam tempoh mengenali satu sama lain. Bukan tidak mahu mengaku bercinta tapi lebih baik bersikap sederhana kerana risau sekiranya terjadi apa-apa memandangkan kami baru saja berkenalan. Saya percaya pada jodoh dan takdir, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana," ujar Mamat mengenai status hubungannya bersama bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
Mamat tanpa berselindung turut menceritakan ciri-ciri Fida yang membuatkan dia terpaut sayang pada sepupu penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
"Walaupun karekter Fida dan saya berbeza, tapi terus terang saya senang berkawan dengannya. Pada pendapat saya Fida seorang yang tenang, baik dan cantik. Saya serius berkawan dengannya malah, mengenalinya saya mula berubah kepada seorang yang lebih penyabar dalam apa jua keadaan,"akui Mamat ketika yang ditemui di Rakaman Melodi Raya 2011.
Menyentuh tentang adakah dia bercadang membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya di Kulai, Johor kelak. Mamat menyatakan dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya bila tiba masanya kelak.
"Kami berdua masih belum berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi saya memang bercadang untuk membawa dia bertemu keluarga saya. Saya juga ingin berjumpa dengan ayah Fida, untuk berkenalan dan meminta izin berkawan dengan anak dara orang," jelas Mamat dengan girang. - Yahoo ( 12hb Ogos 2011 )
Dan kata Fida lak , boleh baca kat SINI
Kena lagi ? Muhehehe... Tak pe la .. anggap je sedekah .. Aku tak kisah .. Rezeki yang Allah beri pada aku selama ni , aku rasa lepas dah untuk beri pada wife , parents aku serta belanja kawan kawan dan juga bersedekah .. Tak perlulah aku kejar sampai tak muat poket aku ni .. Syukur , Alhamdulillah ..
" Nanti saya bayar yer ... "
Aku sedar .. aku akan kena ' kencing ' berdasarkan pengalaman aku sekangkang kentut aku di dunia maya ni .. Terpulanglah pada dia .. Kalau dia percaya pada Allah , dia takkan lakukan.. Maksud aku ialah , jika dia tau kewujudan syurga dan neraka , maka dia takkan berani nak melakukan dosa .. Sama gak ngan aku ..
" Kita akan untung beratus ribu dalam masa beberapa bulan ! "
Bukan tu jer.. malah banyak lagi janji manis ditaburkan pada aku sejak aku mula berblog ni .. Banyak bhai .. Aku ? Senyum.. Baiklah , kau melayu aku melayu.. Kalau bukan percaya pada bangsa sendiri dan tolong sesama sendiri , sapa lagi kan ?
Akhirnya ?? Maaflah yer .. " Blog saya dah popular.. tanpa ko pon aku leh hidup ! " .. Mak aih.. gitu sekali ? Sewaktu dok merangkak dulu , pergh.. cakap je apa pon , angguk je ler ..
Maaflah cakap.. Sbb tu aku dan Mat Gebu , sampai sekarang masuk lagi 'berjiran' .. Kadang kadang aku bagi 'juadah' aku.. Tapi kerap dia bagi .. Sebab tu rezeki dia melimpah ruah .. Ada kami kisah nak menikam dari belakang ?? Perlu ke ? Walaupun ramai cemburui dengan keakraban kami , kami berpegang pada satu ikatan yakni , KERANA ALLAH ..
Nasihat aku satu jer .. nak naik dalam dunia maya ni bukan dengan menipu orang lain .. bukan dengan mengambil kesempatan pada kelemahan orang lain .. Mereka tak buta tapi sengaja memberi peluang .. Jangan sampai satu tika , kita hilang segalanya .. Berbaloikah ?
Tapi apa yg ada dalam blog masa kini ? Korang saja mampu menjawabnya..
Hurm... Keputusan dah dibuat .. Tahun ni kami akan beraya di KL .. Ikut perancangan , lepas raya pertama aku ngan wife akan balik beraya di Kelantan .. Dua kali raya sebelum ni , mmg kat Kelantan .. Tak kisah la.. sbb Ramadhan kat KL .. Aku tak larat nak travel jauh jauh.. cepat mengantuk.. Aku rabun silau... Maksudnya tak leh kena panas mentari.. cepat berpinar bijik mata dan mengantuk.. Kira penat mata la tu ..
Manakala orang tua aku di KL ni lak merancang nak balik beraya di Pulau Pinang.. Muhehehe.. masak masak ! Bukan pe , wife dinasihatkan banyak berehat kerana boleh membahayakan kandungan .. Masih terlalu awal lagi dan juga disebabkan operation yang lalu .. Jadi doktor suruh rehat kat rumah jer .. Kawan kawan pembaca yang punya pengalaman pon begitu juga , suruh berehat jer.. Terima kasih ... Terharu atas keprihatinan korang semua ..
Dengan ini , aku ngan wife beraya sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur je la.. tu pon tak nak jalan lama lama.. skit skit dah la .. Huhuh.. Skang ni pon dah mula sakit sakit badan .. Camana nak jalan jauh ?
Dan bagi mereka , yang berada jauh di perantauan ... Bersyukurlah.. Jangan terlalu mengenang kampung halaman .. Korang akan kembali jugak nanti.. Nikmatilah Aidilfitri tanpa mengira tempat tapi dengan sapa kita beraya walaupun hanya dengan sahabat handai ..
Tahukah korang ( pelajar di perantauan ) , berapa ramai sanggup bertukar tempat dengan korang untuk melanjutkan pelajaran mereka ? Mereka tak de merasainya tetapi korang ? Sampai masa nanti , korang balik dan berayalah puas-puas dan masa tu korang akan teringat kembali saat saat indah beraya di perantauan sebagai seorang pelajar ..
Aidilfitri adalah hari kemenangan . Bukan saja melibatkan puasa dan keimanan tapi juga melibatkan kecekalan diri , semangat dan juga kenangan hidup .. Jadi , jangan rugikan setiap saat yang datang ... Bila dah pergi , pasti menyesal ..