Dari dulu aku perasan , ada yang kurang senang bila nak buat segmen kena letak header blog ? Kalau tak letak tak boleh ke ? Huhuh..
Sebelum aku buat segmen , aku buat kerja dulu .. Aku tak main buat jer .. Aku pernah cubaa buat segmen tanpa letak header .. Maka jumlah penyertaan blogger , menurun .. Aku tak tau kenapa ! Segmen yang sama , ulang tayang pada minggu berikutnya tapi letak header .. Ramai la pulak join ..
Kalau dulu , aku minta letakkan header adalah kerana nak bagitau itu segmen dari BEN ASHAARI .. nak bezakan dengan segmen blogger yang lain mana mintak mereka letakkan banner di side bar bertahun lamanya .. Aku punya dalam entri.. satu entri tu je ? Tu pun ada yang persoalkan ? Lawak betul ..
Dulu aku buat segmen , aku kena senaraikan.. Tunggu sehingga habis masa , baru aku boleh rileks.. Tp esoknya aku masih lagi promote senarai blog yang join tu .. Tetapi mereka yang buat entri tu , dah lama pon buat entri pasal lain .. Aku ? Masih di 'cerita' yang sama ..
Aku ke dunia blog ini dengan cara aku .. Korang dengan cara korang .. Kalau nak pertikaikan , masing masing boleh dipertikaikan.. Ada yang main isu panas tanpa sedar diri tu camana ? Pertikaikan dosa pahala seseorang tanpa sedar diri tu camana ?
Dan banyak lagi la.. Aku cuma dengan segmen .. Aku bukan tak boleh hidup tanpa segmen .. Boleh jer .. lebih lebih lagi sekarang ni .. Aku update je.. dah dapat 5-6 ribu uv sehari.. aku cerita pasal aku , dan apa yang berlaku.. Letak gambar dan cerita .. ramai je masuk ..
Tetapi aku tak lupa kawan kawan yang dok merangkak tu... aku buat segmen agar mereka juga dapat 'bergathering' di situ .. Dengan meletakkan HEADER ibarat COP MOHOR , mereka tau , itu segmen ben ashaari yang mana ramai akan join ! Maaf cakap .. RAMAI... bukan riak.. aku pon pelik... oke ! Dan mereka tau , mereka berada di segmen yang sama hanya dengan tengok header tu saja ..
Tu je la.. Tak puashati ? Mudah jer jawapannya .. FIKIR SENDIRI ! Apa nak buat.. bangsa kita mmg jenis cepat tak puashati lebih lagi bila ada saja yang 'menjadi' ... Bab mengutuk , tau je la kan ?
SELAMAT HARI RAYA .. MAAF ZAHIR N BATIN ..