Jumlah satu satu FOLLOWER sesebuah blog selalu menjadi satu tarikan pada blogger baru terutamanya. Makin ramai bilangan followernya , maka dapatlah title blog 'panas' , 'top' , 'otai' dan sebagainya.
Follower ni sebenarnya bergantung pada konsep blog dan populariti blogger itu sendiri.
TOP 10 BLOGGER mengikut FOLLOWER
- Hanis Zalikha – 32242 Followers
- Fatin Liyana – 30935 Followers
- Zackzulkhairi – 23618 Followers
- Lyssa Faizureen – 22462 Followers
- Maria Elena – 22037 Followers
- Cik Epal – 21832 Followers
- Jejari Runcing – 20099 Followers
- Irine Nadia Marcelo – 20041 Followers
- Ben Ashaari - 18620 Followers
- The Other Khairul – 14289 Followers
sumber : FF
Makin ramai 'pengikutnya' , makin panaslah blognya. Namun ada yang mengatakan FOLLOWER ni tidak memberi faedah pada blog tersebut. Ini kerana , mereka akan mengaitkan dengan trafik dan komen yang ada di blog itu.
Sebenarnya , bagi aku FOLLOWER ni ada kelebihannya 'di luar sana'. Aku bukan cakap kosong. Pengalaman aku kebelakangan ini bila menghadari majlis majlis rasmi yang melibatkan media dan blogger mengajar aku erti kelebihan FOLLOWER ini.
Hurm.. aku cerita lebih pasal ni karang , ada pulak kata aku ajar blogger gilakan FOLLOWER .. Hehe..
Cuma yang menjadi isu mengenai FOLLOWER ini ialah cara mendapatkan FOLLOWER .. Tu je .. Yang itu seringkali dipertikaikan dan menjadi topik hangat antara blogger..
Tips nak dapatkan ramai FOLLOWER ialah , template blog ringkas tapi cantik dan isi kandungannya. Kalau ada tutorial di dalamnya lagi mudah dapat FOLLOWER. Tak kisah la apa pun tutorialnya.
Mengenai Follower , antara blogger lelaki dan perempuan , perempuanlah yang selalu bernasib baik. Kenapa ? Biasanya Follower akan mudah tertarik pada blog yang letak banyak gambar yang comel , cute dan cantik cantik belaka, kan ? Kelebihan pada blogger perempuan ialah blogger perempuan boleh posing posing gitu.. Kalau blogger lelaki ? Nak posing cam aku kat bawah ni ??
Bayangkan kalau ada blogger lelaki posing camni dalam blog mereka !
atau begini
mahupun begini
atau
dan
eh , ada lagi
Rujuk entri InI
Haaaaa.. korang rasa rasa la kan , boleh dapat ramai FOLLOWER tak kalau blogger lelaki pacak gambar camni ?
Confirm HAMPEH !
Maka beruntunglah blogger wanita .. Hehehe.. Tapi ingatlah yer.. Apa yang dipacakkan itu boleh mengundang masalah pada kemudian hari. :)
Gula mmg manis tapi berlebihan menjadi penyakit.. Begitu juga garam. Segalanya mesti bersederhana. Yang penting ialah kualiti dan bukannya kuantiti.
Apa apa pun , rezeki masing masing dan jangan sesekali jatuhkan orang lain untuk naik ke atas .
Selamat berblogging dan selamat berhujung minggu.
Romantik ketika bercinta. Awal pagi dah menghantar sms kepada kekasih atau juga buat pasangan yang baru bernikah. Kalau berduit sangat , setiap pagi antar bunga pada kekasihnya.
'Kepanasan' bercinta ini diharapkan sehingga uban memenuhi di kepala namun berapa ramai pasangan yang merasainya ?
Tapi lebih baik rasa seketika dari tiada langsung kan ?
Wife sedang ..
Manakala aku ..
Tiba-tiba
Yang terus membuatkan dia terkejut dan ..
Sian aku kan ? Ni gara gara lupa nak ..
Sewaktu
Pasni... fobia dah... hahaahha..
Bukan takut bini.. Bini yang tak takut aku... hahaha..
Gurau je.. sapa sapa pun pasti akan meletup bila tengah tidur tiba-tiba keluar bunyi muzik yang kuat.. Tapi bunyi kentut yang perlahan pun mampu membangunkan seseorang.. Hahahahha..
Hampeh !
Sememangnya anda semua terbaik !
Semalam aku ada buat satu entri walaupun tika itu blog aku bermasalah. Jap ada jap takde ... Tapi aku tetap buat jugak la.. Hehehe.. Saja nak tolong kawan kawan ..
Tapi semua ini adalah berkat pertolongan kawan kawan yang lain jugak.. Kalau nak harap aku , apa pun tarak kan ?
Jadi semalam aku ada buat satu entri Jom bagi dia cukup 1000 FOLLOWER .. Alhamdulillah , dengan sokongan kawan-kawan .. sekejap je tercapai angka yang diimpikan tu..
Walaupun ada yang kata FOLLOWER ni tak memberi bantuan 100% dalam dunia blogging ni namun anggaplah ia cuma sekadar satu semangat kecil untuk memberi sumbangan pada rakan pembaca kita.
Buat semua rakan yang telah membantu aku semalam , jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas budi baik korang semua.
InsyaAllah , kalau aku blogwalking dan jumpa blog blog yang menarik dan unik untuk dikongsi bersama , akan aku habaq kat korang eh.. hehe..
Kawan kawan .. tamo lawan.. Lawan setan je yer..
Cari cermin dan pandanglah dalam dalam cermin itu . Apa yang akan kita nampak ? Kita akan nampak diri kita. Yang selebihnya adalah 'pakaian' kita di dunia ini.
Bila kita 'berpakaian' maka ada antara kita terlupa seketika. Mungkin kerana merasakan 'pakaian' kita sudah cukup bagus untuk menidakkan 'pakaian' orang lain. Mungkin juga tidak.
Ok.. Itu satu.. Satu lagi isu .. Apa yang aku perasan sekarang ni , akibat terlalu bebas bersuara di dunia maya ini maka ..
Ada yg tak tau membezakan mana tua dan mana muda. Mungkin terasa diri sebagai blogger yang cukup gah atau sudah bagus maka blogger atau pembaca yang lebih tua darinya tidak memberi sebarang erti.
Jangan risau. Kita semua satu hari akan jadi tua. Bila kita tua nanti , apa perasaan kita bila seorang budak kecil lalu depan kita lalu .. Jangan dimarahi budak itu . Kembali fikirkan apa yang pernah kita lakukan satu tika dulu.
Apa yang kita lakukan hari ini adalah apa yang bakal kita dapat satu hari nanti .. Fikir fikirkan ..
Apa yang boleh kita buat dengan tanah ini ?
- Hadirkan kebaikan dan jauhkan keburukan.Biar sedikit tapi berbaloi.
- Asli dari titik peluh sendiri.
- Kepuasan.
- Berjaya membuatkan mereka tersenyum.
Mudah bukan ? Susah sebenarnya. Tak caya ? Cuba la buat !
Betul tak apa yang aku kata ? Kenapa begitu ? Sebab takde sapa nak baca blog kita walaupun entri kita best ! Jadi ianya pasti akan mematahkan semangat kita untuk terus berblog !
Jangan gitu .. Nanti niat kita terpesong pulak .. Itu seolah olah nak tunjuk kita ni baik ! Seolah kita nak menderma tapi nak bagi semua orang nampak. Apa salahnya , kita tulis dan publishkan saja. Ada orang baca atau tidak , kita serahkan pada Allah.
Lainlah nak cari $$ melalui blog. Maka corak bloggingnya dah jadi lain pulak. Tu camana ? Aku rasa korang pon dah tau. Isu entri aku kali ini cumalah bagaimana NAK MEMBERI TANPA MEMINTA PULANGAN.
“Saya dah mula sepenuhnya memakai hijab beberapa hari sebelum Ramadhan. Nawaitu nak pakai hijab dah lama dah, tapi manusia biasalah, suka nak ikut kawan dan sebagainya. Namun, bila dah tiba masa, terus saja nak pakai. Masa itu saya tengah solat Subuh dan sewaktu sujud, hati saya rasa nak pakai sangat-sangat waktu itu juga,”.
“Masa tak pakai tudung dulu, bila kita keluar rasa panas saja. Tapi, bila kita tengok orang yang pakai tudung ini, tak panas pula. Bila dah pakai tudung sekarang, baru saya tahu memang tak panas. Alhamdulillah, selepas pakai hijab ini, saya rasa lebih tenang lagi.”. - GUA
Ben : Alhamdulillah ... sorang sorang berubah .. Yang seksi meksi di luar sana, sama sama kita doakan agar mereka cepat cepat tersedar dari lamunan.
Gambar - Jiran
Dulu aku tak suka makan pulut kuning sbb bapak aku tak kasi .. Katanya angin dan tak elok untuk mereka yang ada darah tinggi atau kencing manis ..Maka sebagai anak yang baik , aku ikut je la tanpa banyak bicara ..
Nak dijadikan cerita , hari selasa lepas aku ngan wife ke pasar tani Putrajaya dan ternampaklah satu akak n anaknya jual pulut kuning dan juga nasi lemak yang mana berjaya membuatkan aku terliur untuk menikmatinya.
Cerita banyak takde lalu aku langgar pantang orang tua aku !! Aku amik pulut kuning tu , sambal telur dan sambal ayam .. Daging aku tak leh makan.. Kalau makan , blog ni tak berupdate dah nanti.
Harga ? Boleh tahan gak laa .. Tapi tak pe .. Duit ada , makan je la.. Bukan selalu kan ? Bukannya aku abiskan duit dengan berkaraoke atau enjoy dengan perempuan lain kan kan ? ? Amboi mulutttttt... Tak sayang betul ! Hehe..
Sejak tu , bila selisih gerai jual pulut kuning maka pasti aku mintak wife belikan.. Kalau aku beli , semua lauk yang ada atas meja tu , aku suruh dia masukkan !
Dan sekarang , mmg aku ketagih. Patut la bapak aku tak kasi makan ! Dia tau anak dia ni hantu ! Ke aku ikut perangai dia ??
Tapi tak pe .. tu semua belajar .. Bila dah lama , tau apa yg patut di cerita dan apa yg patut di simpan saja ..
Ehem .. dan yg tak berubah ialah aku tetap update di mana mana walaupun sambil berjalan macam sekarang di dlm pasar tani Putrajaya.
Pasti ada yang tertanya kenapa petang ni banyak aku update gambar lama lama ..
Setiap pagi , bila mandi aku akan renungkan janggut aku nih haa... Tau nape ? Pasti akan ada uban uban putih di situ yang baru tumbuh dan setiap uban itu mengingatkan aku akan diri aku yang semakin tua..
Gambar-gambar tu , ibarat semalam berlalu.. Masih segar diingatan. Saat kenakalan bersama rakan rakan sekolah mmg tak dapat dipadamkan dengan kenangan yang manis sekarang ni..
Aku pasti bila kita mengenang saat itu, ramai antara kita akan tersenyum .. Walaupun ada duka namun manisnya lebih banyak kan ?
Dan 5 tahun akan datang .. aku akan menjengah umur 40 tahun.. Satu usia yang mana sepatutnya aku sudah pun stabil dalam kehidupan namun aku masih lagi terkial kial mengayuh perahu mencari daratan untuk berlabuh.
Rakan pembaca sekalian ... masa amat pantas berlalu.. Buat yang masih belajar , gunakanlah dengan sebaik mungkin.. Satu saat yang lepas tak mungkin kita nikmati lagi dan kita terpaksa bazirkan satu saat lagi untuk memperbetulkan kesilapan kita tadi.
Masa bukan lagi emas sebaliknya masa adalah nyawa kita yang sangat berharga .