SEGALANYA BERMULA DI SINI

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang

Wednesday, February 10, 2010

PERCAYAKAN ANDA INI ADALAH IKAN KELI ?

haaa....aku terkijut gak memula tengok gambar ni...ada orang tagged aku kat dalam fb...ada rupa adik beradik yu..tapi kalau diterbalikkan badan dia tu , nampak rupa atuk keli...entah betul ke tak ? Wallahualam...

Aku tolong nganga je bila tengok gambar ni..aku letak poll box kat sebelah..korang undi la ..percaya atau tidak ....

Tuesday, February 9, 2010

AKU KENA HEART ATTACK !

Sedang aku membuat kerja dengan kusyuk tadi , tiba-tiba aku diserang sakit jantung...arghhh...aku tk mampu bernafas..aku hanya mampu memegang dada aku...arghh..sakittnyaa..

Semua orang yang aku sayang bermain diingatan ku....paling banyak aku terbayang adalah blog ku..tak tau sapa nak jaga blog aku selepas ini..nak diharapkan bos baru aku tu , tak leh lagi memandangkan dia masih lagi on leave..

Aku hanya mampu merangkak dari meja aku ke pintu hadapan memandangkan semua orang belum datang lagi...ahh tidak....adakah aku akan menamatkan riwayat hidup ku disini opis ni ? Kot ye pun , kasi la pindah kat Putrajaya dulu..merasa opis baru dulu..

Apa lagi yang boleh aku buat melainkan aku bagitau "ACAH JER " ...hehehe....

Hehe..kejadian adalah betul cuma cerita tu tipu je..sekadar lakonan semula..hehe

Pagi tadi , dalam kul 9 lebih ,MM2H dikejutkan dengan satu insiden yang tidak disangka sangka boleh berlaku...Ada seorang pelancong dari IRAN telah diserang sakit jantung..

Tengah aku sedap menelek blog aku , salah seorang kawan pejabat aku datang kat aku bagitau ada orang pengsan kat depan...

Huh...tu je la aku mampu kata...mana tak nya..sah sah diorng nak suh aku angkat...Laki ke perempuan...Laki kata dia..ala..boring..hahahaha..guwau arrr...

Aku pun bergegas kat depan..aiseyman ...kena heart attack ! ....takkan nak angkat dia kot g klinik ! bapak gajah tuuu..bukan kecik kecik anak...

Takkan aku nak bagi cpr kat dia ? kang aku lak kena heart attack ...bahayaa wooo...

Aku suh kawan yang lain call bahagian IMIGRESEN kat tingkat 6..suh sapa sapa g kat klinik sebelah tu , panggil doktor suh bawah nak atas...Sementara tu , aku pun g turun bawah..g kat klinik tu gak...

Sampai kat situ , aku terus mintak doktor naik atas..bagitau ada orang kena darah tinggi..ehh..darah tinggi tu aku....sakit jantung....haaa

Dalam 5 minit..doktor bersama pembantunya keluar dan ikut aku...seterusnya..ni la rentetan kejadian tu.







Ambulan datang berlumba lumba.....tapi dia tak nak ikut sebab dia kata dia dah ok sebab dirawat dah oleh doktor Salma tu..huhu...macam tu la pulak dah..setelah dibincang bincang....doktor dari HKL tu pun balik dengan tangan kosong..hehehe...

Mesti korang pelik..sempat pulak aku amik gambar ni kan..ye laa.....kalau aku teringat awal awal sah sah aku amik gambar masa dia terbaring tu lagi...hehehe...

Tak la...aku teringat nak amik gambani ni pun sebagai bukti kes bahawa ada tindakan pantas dilakukan keatas pelancong tersebut.ehehe...bijak aku kan..haaaa

Begitulah adanya....segalanya selesai dengan baik...aku pun sambung kerja aku dengan makan buah oren yang ada dalam opis tu..hehehe..

MACAM NI PUNYA MAKHLUK ASING PUN WUJUD !

Bapa pengantin pengsan

BATU PAHAT: Bapa pengantin pengsan manakala pengantin perempuan berkurung dalam bilik selama tiga hari. Semuanya gara-gara SMS pembatalan majlis pernikahan pada saat akhir.

BATU PAHAT: Bapa pengantin pengsan manakala pengantin perempuan berkurung dalam bilik selama tiga hari. Semuanya gara-gara SMS pembatalan majlis pernikahan pada saat akhir.


Bagaimanapun, keluarga Nor Adriana Hairudin, 25, tetap meneruskan majlis kelmarin walaupun ia dilangsungkan dalam keadaan suram dengan kehadiran kira-kira 800 tetamu yang turut bersimpati dengan nasib menimpa keluarga berkenaan.


Menurut adik pengantin perempuan, Nor Azman, 23, keluarganya terutama kakak dan bapa paling tertekan dengan kejadian itu akibat sikap tidak bertanggungjawab teman lelaki kakaknya yang berasal dari Sarawak membatalkan pernikahan pada saat akhir hanya menerusi SMS.


“Sebagai adik, saya turut bersedih dengan kejadian ini ditambah pula melihat keadaan kakak. Dia hanya mengurungkan diri dalam bilik sejak Rabu lalu.


“Dia tidak mahu makan atau minum dan hanya akan keluar bilik apabila tiada orang dalam rumah atau selepas semua tidur pada lewat malam. Namun syukurlah, semalam (kelmarin) dia sudah keluar dari bilik dan tersenyum kepada kami selain keluar dari rumah bersama rakan sekolahnya untuk mententeramkan diri,” katanya.

Menurutnya, bakal suami kakaknya itu tidak sepatutnya hanya menggunakan SMS untuk membatalkan pernikahan, apatah lagi dia seorang anggota tentera yang terkenal dengan disiplin tinggi.


Katanya, selain sedih melihat kakaknya yang mengurungkan diri, dia sedih melihat bapanya yang sering termenung mengenangkan kejadian itu.


“Ayah terlalu tertekan dengan kejadian itu hingga pengsan ketika menyambut tetamu. Sebagai anak, saya hanya boleh membantu apa yang terdaya dan berharap semua akan pulih secepat mungkin,” katanya.


Wartawan Harian Metro yang berada pada majlis persandingan yang bertukar kepada majlis tahlil dan doa selamat itu mendapati sebahagian tetamu memberikan kata semangat kepada keluarga berkenaan.



>‘Hanya Tuhan tahu betapa malu kami’

BATU PAHAT: “Hanya Tuhan yang tahu perasaan kami...dia sepatutnya membahagiakan anak perempuan saya, sebaliknya dia menghancurkan harapan kami sekeluarga,” luah bapa pengantin perempuan, Hairudin Ahmad, 50, apabila bakal menantunya yang juga seorang anggota tentera membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu.
Sepatutnya, Nor Adriana Hanim, 25, yang juga seorang anggota tentera di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, bergembira menantikan saat bahagia bergelar raja sehari, namun semua itu menjadi sejarah hitam dalam hidupnya apabila perbuatan bakal suaminya menggunakan sijil kursus perkahwinan palsu didedahkan.
Hairudin berkata, dia dan keluarga tidak menyangka lelaki yang dianggap sebagai seorang yang baik serta bertimbang rasa itu akhirnya menjadi lelaki yang melukai hati dan memalukan keluarganya.

Malah, katanya, ketika masuk merisik pertengahan tahun lalu, lelaki itu menawarkan wang hantaran RM8,000, namun mereka menolak tawaran itu dan hanya menetapkan RM6,000.
“Saya berpendapat, lebih baik dia menggunakan wang itu untuk perbelanjaan mereka selepas mendirikan rumah tangga.
“Tiada gunanya mengadakan majlis perkahwinan besar tetapi selepas majlis mereka hidup susah. Jadi lebih baik saya mengeluarkan belanja lebih untuk kebahagiaan anak dan suaminya,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu sudah memasukkan wang RM4,000 sebagai wang hantaran, manakala bakinya dijanjikan sebelum majlis pernikahan.
Malangnya, hanya beberapa hari sebelum tarikh pernikahan, mereka mendapat cerita sebenar daripada pegawai agama kem tempat lelaki itu bertugas bahawa bakal menantunya itu belum pernah menghadiri sebarang kursus praperkahwinan, selain tidak memohon cuti untuk majlis pernikahannya.
“Saya berniat menjamu semua keluarga dan rakan selepas majlis pernikahan Jumaat lalu selain mengedarkan 1,500 kad jemputan bagi majlis persandingan, Sabtu lalu.
“Semua perbelanjaan sudah dilangsaikan tunai membabitkan makanan, khemah, andaman dan beberapa persiapan lain berjumlah lebih RM15,000.
“Kami bukan saja rugi, malah malu apabila diperlakukan begini. Kami hanya berharap kejadian ini dijadikan iktibar dan jangan sesiapapun lakukan perkara sama kepada mana-mana pihak,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu dan selepas mengadakan perbincangan terpaksa menukar majlis perkahwinan Sabtu lalu kepada majlis doa selamat dan tahlil.

>Tembelang palsukan sijil kursus kahwin terbongkar

BATU PAHAT: Selepas tembelangnya memalsukan sijil kursus perkahwinan terbongkar, seorang anggota tentera hanya menghantar SMS kepada bakal ibu mentuanya bagi membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu di rumah pengantin perempuan di Kampung Baru di sini.
Rahsia lelaki berusia 26 tahun yang bertugas di Kem Rejimen Pertama Armor Diraja, Kuantan, Pahang itu pecah apabila dia menghantar SMS meminta majlis pernikahan dan persandingan ditunda kepada 7 Februari berikutan kegagalannya menyerahkan sijil kursus perkahwinan dan beberapa dokumen lain yang tulen kepada bakal isterinya.
Ibu pengantin perempuan, Ramiton Maidin, 47, berkata dia menerima SMS daripada bakal menantunya itu ketika berada di tempat kerjanya di sebuah di kilang di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 1 Februari lalu.
Menerusi SMS berkenaan, bakal menantunya itu meminta majlis pernikahan yang dijadualkan pada 5 Februari dan persandingan pada 6 Februari ditunda kepada 7 dan 8 Februari dengan alasan tidak dapat menghantar dokumen yang diperlukan kerana masih berada dalam pegangan pegawai atasannya.
“Saya memberitahunya majlis pernikahan dan persandingan itu tidak boleh ditunda kerana banyak masalah akan timbul berikutan tarikhnya sudah terlalu hampir selain pelbagai persediaan sudah dilakukan.
“Namun dia menyuruh saya pulang ke rumah untuk menenangkan anak saya yang ketika itu sudah mengetahui hasrat bakal suaminya lebih awal menyebabkannya bersedih dan menangis,” katanya.
Ramiton berkata, pada keesokannya (2 Februari), dia bersama anak, Nor Adriana Hanim Hairudin, 25, dan suami, Hairudin Ahmad, 50, bertolak ke Kuantan bagi menemui lelaki terbabit pada jam 5.30 pagi dan tiba di kem berkenaan pada jam 9.30 pagi.
Bagaimanapun, katanya lelaki itu tidak membenarkan mereka masuk ke dalam kem bagi menemui pegawai atasannya yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama.
Katanya, dia kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai agama kem berkenaan dan mengatakan dia sibuk menguruskan kes perceraian.
Gagal menemui kedua-dua pihak terbabit, Ramiton kembali ke Batu Pahat dengan hampa dan tiba kira-kira jam 6 petang sebelum menerima satu lagi SMS daripada lelaki itu yang berjanji akan menghantar dokumen diperlukan keesokan harinya.
“Bagaimanapun, tiada sebarang faksimili diterima sebaliknya, kami menerima panggilan daripada seorang pegawai tentera kem di Kuantan, bertanyakan pernahkah lelaki itu meminta majlis ditangguhkan sejak Januari lalu.
“Saya menjawab tiada dan menghantar SMS yang dihantar bakal menantu sebelum ini kepada pegawai berkenaan sebagai bukti.
“Keesokannya (3 Februari), kami sekali lagi ke Kuantan bagi menemui pegawai terbabit dan menerusi perbincangan kami dapati bakal menantu saya itu tidak pernah mengikuti kursus perkahwinan mahupun memohon cuti untuk bernikah,” katanya.
Menurut Ramiton, perkara itu turut dibuktikan dengan salinan sijil kursus perkahwinan yang pernah dikemukakan bakal menantunya itu kepada anaknya yang bertugas di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.
“Salinan sijil kursus kahwin itu sebenarnya palsu dengan tarikh pada 2003 dan ada kesan tampal pada nama peserta,” katanya.
Ramiton berkata, berikutan pendedahan itu, lelaki berkenaan sehingga kini gagal dihubungi selepas dia tidak menjawab panggilan dan SMS yang dibuat melalui telefon bimbitnya bagi mendapatkan penjelasan sebenar.
“Kami benar-benar kecewa, malah anak saya sendiri sudah tawar hati untuk berharap dan meneruskan hidup bersama lelaki itu sebagai suami isteri.
“Semuanya sudah dibatalkan, tiada majlis pernikahan, cuma kami mengadakan majlis doa selamat dan tahlil kerana tidak mahu membazir semua perbelanjaan yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya.


sumber dari HARIAN METRO -http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapapengantinpengsan/Article

Monday, February 8, 2010

PELARI PECUT !

Manusia dewasa masakini ibarat seorang pelari pecut amatur..Berlatih tanpa kira waktu untuk menanti hari pertandingan.Tak kira apa saja pertandingan , pasti dia ingin menyertai.Berlatih siang malam , mencari formula dan strategi kejayaan.Mendapatkan tunjuk ajar dari ' orang orang lama ' adalah suatu kemestian.

Semasa dia berlatih siang malam , berapa ramaikah yang berada dibelakangnya ? Memberi sokongan moral agar senantiasa bersemangat..Berapa ramaikah yang mengharapkan kejayaannya ? Dan berapa ramaikah nak menanti masa untuk mentertawakan dia ?

Semangat juangnya ibarat api membara ..Bila dicurahkan air , terus padam ! ...

Sekarang aku baru faham..bagaimana para penulis novel , skrip mahupun saintis ( aku tak la kata aku saintis ) senantiasa memerah otak bagi menjayakan sesuatu projek..

Mudah untuk berangan-angan tetapi sukar untuk melaksanakan ..tetapi jika berjaya , berapa ramaikah yang akan berdiri disebelah anda dan menepuk bahu anda dan masa itulah mereka akan kata , ' inilah kawan aku ' .....

Berapa ramaikah yang ingin berjaya tetapi tidak mahu sengsara terlebih dahulu ?

Sunday, February 7, 2010

BOS DAH BALIK WEHHH






-gambar diambil curi curi mengunakan cctv !


Inilah gelagat bos blog BEN ASHAARI.COM...haih..keluar keluar dari hospital terus mengadap laptop..nak audit katanya..apa perkembangan terbaru ..huhu

Dia terkejut ! Melihat dah ada pertandingan dalam blog ni..hehehe..dia ucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada semua peserta ...

Aku tanya dia..."boss , bonus tarak ka ?? " ...dia kata , kalau nak bonus...g masuk pertandingan tu..mana tau kot kot leh menang no 2 atau tiga...

Erk..aku tanya dia...kalau aku leh dapat no 2 atau tiga , sapa leh dapat no 1 ???

Dengan bangga dia ketawa ..." AKU LAAAAAAAAAA"

Huh..mentang mentang dah sihat !!!

Saturday, February 6, 2010

UNTUK PEMINAT PEMINAT PHOTOGRAPHY

Syllabus 2 :

Basic Principle Intermediate

Date : 27 Feb 2010 Time : 10am~1pm

Tutorial class 2pm~5pm

Practikal 530~630 review

Tempat : Ipoh RM250.ada 3 sesi pelajaran,mengenal camera,lighting,dan composisi,.
model disediakan.

Sebarang pertanyaan :

email : baby_oranges15@yahoo.com
hp : azwan 012-528 5884

Wednesday, February 3, 2010

MENGAPA SUKAR UNTUK MEMAAFKAN ?

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.

Sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani - www.drmaza.com)


Kadang-kadang aku pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?

Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah


Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91) - www.drmaza.com


Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan..benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la...hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang..

Tak kira la apa sekali pun dosanya..kita tak layak menghukumnya..Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu...kekasih..bekas kekasih..kawan ..kawan office...suami ..isteri...apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya...kalau kita beriman pada Allah , nescaya kita akan jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya...dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya...kerana dia percaya..dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun...

Akhir kata...cuba tanya diri sendiri....baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?




Tuesday, February 2, 2010

AKU TAU KO PENAT..AKU PUN PENAT GAK !

Hari ni aku masih lagi g ke HKL memandangkan anak buah wife aku tu masih berada di sana dan abang ipar aku yakni abang dia sekeluarga pun akan datang melawat..

Selepas kerja , dalam jam 6 petang ..aku pun menapak ke sana ikut jalan CHOW KIT...heheh..gerak dalam kul 6...dalam 6.30 petang baru sampai..hahahaha...ngan baju kemeja , beg sandang ....perghh..bayangkan peluh aku.....

Aku malas nak naik teksi..mau mau dengan keadaan jalan jammed tu , mesti dekat rm10 gak tambangnya...ada baiknya aku jimat ...ahaks....lagi pun tak g gym ari ni kan....

bla bla bla..malas nak cita pasal remeh tu..( remeh tapi tetap penting cuma aku nak skip memandangkan aku penat dah ...tapi disebabkan isu aku nak cerita ni masih segar dalam benak aku , ada baiknya aku terus luahkan.. )

Sampai kat HKL , aku terus masuk ke dalam wad kanak kanak ....dalam tak lama kemudian , wife aku cakap abang dia dah ada dalam kawasan HKL tapi tak tau kat mana nak parking yang dekat memandangkan dia bawak baby kecik ...hehe..

Header permandangan kat atas tu kat umah abang ipar aku tu la....sila rujuk entri ini ..cantik permandangan kawasan ni..disyorkan baca..hehe..

ok ok..malas nak ngarut...ni yang penting ...

Abang ipar aku tu turunkan wife dia n baby kecik tu kat satu kawasan parking berdekatan wad tu....manakala dia g cari parking..so aku g jemput la diorng...sampai kat situ , aku tengok kak ina ( wife abang ipar aku ) tengah dukung baby dia...aku nak suh dia terus ke dalam wad tu tapi dia kata nak tunggu suami dia..so ok la..aku faham..dia tak nak suami dia tercari cari nanti...mmg la ada phone , tapi mana tau kot phone dia abis bateri ke kan..kita tak leh nak jangka semua tu...kalau suami dia suh tunggu situ , seorang isteri yang setia akan tunggu kat situ..kawasan tu terang terang selamat..ada guard house kat situ..

Aku sampai..aku borak jap ngan dia...aku risau gak sebab dia bawak baby..kang bawak masuk dalam tu , ermmm....so apa apa tunggu je la..biar suami dia yang buat keputusan...nak bawak masuk ke tak ..betul tak ? hehe..aku dah ajak ...tapi tak leh nak paksa...

Pastu ada satu perempuan ni tego..berbaju biru..maybe senior nurse la kot...tapi yang aku tak berkenannya..dia tegur macam polis pencen !! tanya macam nak marah ..." ni buat apa kat sini ?? " ..nak je aku jawab...tak nampak ke tengah menari ?? .. tapi jawab baik baik je la...." tunggu nenek tiri laki mak saya ..." ....korang rasa aku jawab gitu ke ? hehhe....dok la..kurang hajar namanya tu ...." tunggu orang " ...

Cara dia pandang tu , seolah olah kami ( aku ngan wife abang ipar aku ) wat salah besar ..seolah olah nak buang anak kat belakang kereta dia !!!! Giler ke apa ???

Aku tau mungkin dia nak suruh g cari tempat duduk...Ye ..mmg betul , tapi cara tu !! Ngan jegilan bijik mata ibarat mata alien berbadan hijau !! ....bengang la aku....bukan aku je bengang...kak ina tu pun bengang...hekleerrr....apa dia pk hospital tu dia punya ?? alooooo...nama pun hospital kerajaan !! ....baru nurse tu !! cuba kalau doktor ? perghhh...aku rasa dia cabut bijik mata pastu suh aku tengok yang dia tengah marah !!!

Aku tau dia penat..aku pun penat....kena ingat...tugas dia ...kalau tak larat , berenti je keje...duk umah..bukak nursery..ambik budak budak kecik..jaga..haaaa..tak susah pun...Dia kena pk gak...pelawat yang datang kat sana bukan suka suka nak datang !! Pelawat tu pun ada kerja..datang nak melawat ahli keluarga mereka..macam macam perasaan ada dalam hati diorg..cuba la cakap elok elok....sejuk gak orang yang dengar...Aku tadi dah mula tinggi suara...nak je aku sound..." ko sebuk apa ? " tapi tu bukanlah cara kita ..tak kira apa bangsa sekali pun , kita rakyat malaysia terkenal dengan budi bahasa n sopan santun...dari bergaduh kat situ , kitorng pun gerak pelan pelan...Sampai kat katil Ammar , kak ina terus call suami dia dan beritahu lokasi katil ammar...

Entahlah..yang aku tengok kat HKL tu , yang rajin senyum ialah doktor !! bawah pada doktor ?? mintak ampun laaaaaaaaaaaaaaaa....mahal gile senyuman diorg..nak kata lebih lebih tak leh la kan..mak mertua aku dulu tu nurse gak...cuma ini adalah pengalaman aku 5 hari di HKL ...

Yang aku cerita ni di HKL ye...bukan mana mana hospital atau klinik yang lain di dalam malaysia ini..

Kepada mereka yang bekerja yang melibatkan orang ramai , senyum lah....senyum lah....jgn senyum bila gaji nak kuar atau bila diumumkan dapat bonus !! bak kata Dr Fadilah , ' kecil itu besar ' !!!

I'M SORRRYYYYY


Ampun Maaf dari aku untuk semua yang
masuk n baca entri entri aku sejak sabtu lepas..sampai la tadi
Aku tak tau mana punya hantu dah rasuk aku..
Tetiba leh pk semua idea idea tu..

Tapi percayalah , sebenarnya
Ada tersurat dan tersirat di sebalik
gurauan aku itu....

Ada yang percaya aku
sengaja buat demikian untuk
mendapatkan hits yang tinggi tetapi
salah anggapan anda itu..

Kerana setiap kali korang masuk
Nuff aku dok bantai tido..lena siuttt...aku bagi
dia ubat tidur berkuasa tinggi...

Apa pun , ampun maaf dari aku
Aku berjanji akan mengulanginya
Dari masa ke semasa ...

Sekian...
Harap Maklum
Salam 1Malaysia...
Selamat Hari Raya pada anda semua

PS : jgn wat group I HATE BEN ASHAARI ek..
i'll be back! harharhar

KALENDAR SUKAN BINA BADAN 2010

klik untuk besarkan

Ok..pada yang berminat..boleh la amik kat sini no....kalau nak tengok aku dalam pertandingan , boleh la g ...aku pun akan ada kat sana..sebagai penonton..hehehe