Rasa-rasa berbaloi tak bila kita sesama kita bertelagah tapi tak memberi sebarang keuntungan pon pada kita kecuali untuk jangka masa pendek je !
Rasa-rasa berbaloi tak bila kita sesama kita bertelagah tapi tak memberi sebarang keuntungan pon pada kita kecuali untuk jangka masa pendek je !
Aku baru diberitahu oleh mak mertua aku yang anak kenalannya baru saja mati akibat kemalangan jalanraya pagi tadi di area Kelantan. Menurutnya kereta tu dipercayai terbabas .. Waktu subuh gitu .. Aku rasa mesti mengantuk tu ..
Jadi buat rakan-rakan yang akan pulang beraya sempena Aidiladha ni , sila berhati-hati .. Ingat , anda nak pulang beraya korban .. Jangan anda pulak yang terkorban ! Aku bukannya doa tapi ingatkan korang tu jer ..
Ngantuk kalu , sila berenti dan tidur sekejap .. Ingat mereka yang ada disisi kita tu .. OK ?
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua rakan rakan pembaca dan juga blogger .
Ada perkara yang kita tak tau , maka lebih baik kita diamkan saja dari meninggalkan komen yang akan menghiris hati orang lain .. Jangan terlalu cepat menilai dari luaran sedangkan kita sebenarnya memberi komen berdasarkan pengalaman orang lain .
Dalam erti kata lain , jangan perbodohkan diri sendiri !
Mesti tertanya kan , kenapa dia ? Maka jawapan aku ..
“saya hanya wanita biasa dengan satu kehidupan yang sederhana .. ingin memiliki blog yang mampu memberi manfaat..kalau bukan untuk orang lain,untuk diri sendiri pun dah cukup .. saya sgt suka ayat "berilah aku perkara yang paling sukar..aku akan belajar"..itulah saya.. “
“ Rayuan Dana Masjid Pertama Hiroshima ni selama 20 hari sahaja lagi... kerana sekiranya dana yang terkumpul tidak mencukupi deposit mereka 18 juta yen untuk bangunan yang hendak dijadikan masjid tersebut akan hangus.. “ – mesej Sall Aimi Ismail kepada aku.
Utk keterangan dengan lebih lanjut ,
http://kuntumkenyalang.com/hiroshima-mosque-donation-campaign/ dan http://www.hicc-hma.org/
Sebarkan jika anda prihatin. Terima kasih
Alhamdulillah .. sampai dah Kok Lanas .. Depan kem Desa Pahlawan rumah wife aku .. Hehe.. Ada yang bertanya tadi kat mana rumah mak mertua aku ni .…
Haa , ada yang pelik tadi .. Aku dalam perjalananan balik ke kampung pon sempat update blog ! Buat yang tak tau , nasib baik aku yang drive ! Kalau tak sahih mahu 20 entri aku update tadi ! Haaa…
Sebenarnya , aku lagi suka update bila kat luar ..Kalau kat rumah , aku rasa terkongkong .. hehee.. Nama pon log ! Maka aku log kan apa saja yang patut aku logkan .. Takat nak g disko pon nak log , melampau la tu kan !
Benda yang bagus , kita kongsi.. Yang tak elok , antara kita dengan Allah.. Sendiri jawab !
Bukan mudah untuk bersikap adil dan jujur .. Kena kerja keras . Cakap je pon tak guna kalau tiada tindakan ..
Ada ramai blogger yang berjaya mencipta nama di Malaysia ini . Renung blog mereka .. Cari resepi kejayaan mereka .. Pasti akan ada sesuatu yang menarik .
Ada antara kita kan terus kata .. Mereka berwajah jelita ! Mereka kacak ! Mereka berposing gambar ! Apakah pembaca mereka itu buta ? Apakah mereka masuk hari hari untuk melihat wajah yang sama walaupun gaya posing yang berbeza ?
Pasti tidak bukan ? Mesti ada sesuatu tarikan .. Buka mata dan nilai dengan akal anda ! Cari.. cari . .cari .. Buka minda kita ! Bila jumpa , simpan dan masuk ke blog yang lain pula..
Kemudian fikirkan .. Yang manakah sesuai dengan kita ? Apakah entrinya ? Apakah kerana paras rupa ? Atau ??? Yang mana satu sesuai dengan kita ?
Aku bukan suruh meniru tetapi jadikannya satu peransang ! Kalau dia boleh , kenapa aku tidak ? Apakah perbezaan antara aku dan dia ?
Cemburukan kejayaan mereka membuatkan kita berusaha untuk lebih maju tetapi elakkan hasad dengki yang akhirnya kita sendiri menjadi mangsanya .
Itulah yang aku buat ..
“ Suka benar maki hamun aku .. Kalau berani , marilah masuk bertanding , satu lawan satu !! “
“ Naaaahh .. amik obatttt nehhh .. ! “
Kadang-kadang , manusia ni ‘berani ‘ bila tak nampak muka .. Bila berdepan , serupa tikus .. Tikus pon berani lagi tau !