Berdekah dekah ketawa setelah berjaya ‘menyakiti hati orang lain’ dengan menggunakan kebijaksanaan mereka.. Wow .. Teruja abis .. Alhamdulillah .. Terbukti tidak sia-sia ilmu yang diperolehi dari cikgu sekolah dulu yang telah mengajar kita mengenal huruf .
Aku hanya tersenyum .. Bangga dengan pencapaian bangsa aku sekarang .. Bangga kerana mereka berjaya membuktikan mereka lebih bagus dari kaum mereka sendiri . Mengangkat tangan menunjukkan merekalah jagoan setelah memijak saudara mereka sendiri.
Tapi tidakkah mereka terasa , sebenarnya mereka memecahbelahkan perpaduan atau persaudaraan yang telah wujud sebelum itu ? Banggakah ?
Seperti yang aku kata dulu , bila bangsa kita berpecah belah , ianya bukan berpunca dari luar sebaliknya kita sendiri yang menghancurkannya ..
Dulu aku pelik .. tapi sekarang tidak lagi .. Kenapa ? Itulah bangsaku .. Tahniah.. Anda telah berjaya menambah saham akhirat anda. Cuma tak tau samada ke syurga mahupun neraka. Dan ianya wujud. Pembalasan yakni sebelum kita menutup mata dan selepas kita menutup mata..