Kenaikan bagi kakitangan kerajaan itu dibuat berdasarkan empat prinsip iaitu hierarki, bakat dan pengalaman, jawatan dan bidang kepakaran serta prestasi.
Yang ni camana pulak ??? Selalu berpeluang tinggi wooo ..
Kenaikan bagi kakitangan kerajaan itu dibuat berdasarkan empat prinsip iaitu hierarki, bakat dan pengalaman, jawatan dan bidang kepakaran serta prestasi.
Yang ni camana pulak ??? Selalu berpeluang tinggi wooo ..
SubhanaAllah … Dia macam tau tau ibu bapa dia nak tengok dia tadi .. Berposing baik punya.. Terang terang nampak ‘burung’ , jantung , mata dia ..
23 minggu dah usia kandungan .. Dalam waktu ni , baby dah boleh mendengar apa yang si ibu dengar cuma levelnya lain la.. Tak la sama 100% .. Jadi ada baiknya waktu ni , si ibu mendengar yang baik baik serta berbicara yang enak enak ..
Memang setiap malam sebelum tidur , lagu yang didendangkan untuk dia adalah zikir .. Memang bergerak gerak dia ‘dalam tu’ .. Menakjubkan .. SubhaAllah …
Teruja tadi bila memandang aku … Doakan yg terbaik untuk kami yer .. Terima kasih atas sokongan korang semua .. Semoga Allah berkati kita semua .
Sebelum bernikah
“ Awak , saya tak bawak beg duit ni.. awak guna duit awak dulu yer , boleh ? “
“Eh .. amik je la.. jgn risau .. Saya bayarkan .. amik je apa awak nak amik .. “
Selepas bernikah
“ Awak , saya terlupa bawak beg tangan .. Ada lesen ngan Mykad je ni … Nak amik barang rumah ni … “
“ Huh.. amik barang budak jer… susu ngan lampin budak .. lain tak payah … “
“ Er..sabun ? “
“ Tak payah… awak beli je nanti… Huh.. Dah dah … cepat … saya nak keluar lagi ni .. lambat betul la awak ni !! “
“ Yelah .. “
Langit tak selalu cerah ..
Jom Singgah
1) Tudung Instant Syria (Silky cotton + denim)
2) Tudung Cotton + Lycra
Hanya di http://www.asteriskboutique.com/
“ Eh .. Ko dah makan ke ? “
“ Dah .. Tadi .. Ngan Minami .. “
“ Ko makan pe ? “
“ Makan biasa jer … “
“ Makan biasa tu makan apa ? Ada ke makan luar biasa ? “
“ Iskh.. nasi je la laa.. Adoi.. tu pon nak tanya .. “
“ Nasi je ? Haih.. Kucing pon makan nasi ada ikan tau ! Ko makan nasi kosong je ke ? “
“ Ala . nasi ngan ayam .. ada sayur … telur .. daging .. Haa .. Puashati ??? Yang kau banyak tanya ni kenapa ?
“ Bukan apa .. Aku tengok ko hidup sampai sekarang .. Makan cukup dan sedap sedap lak tu .. Pakai hensem hensem… Jadi macam takde masalah jer .. Maka aku nak tanya la.. Hutang aku bila nak bayar ??? “
“ Er … Ya boss … Eh , boss panggil laaaa .. “
“ Ni laaaa diaaa.. Ni laa diaaa…. Hampehh tul.. Pandai pinjam , nak bayar punya liat !!
Demam Ombak Rindu rakyat malaysia sekarang ni .. Hujan lebat serta banjir di sana sini memberi impak maksimum pada rakyat Malaysia.. Perghh.. Dasat ..
Nasib baik aku imun dari semua tu .. Hahaha.. Setakat ni , aku belum ‘tergoda’ lagi untuk ke panggung .. Hehe.. Tonton drama percintaan gini bagi aku , sesuai untuk mereka yg sedang hangat bercinta , mahu bercinta atau telah kehilangan cinta … Confirm meleeleehhh ..
Aku yang dah punya cinta , tak berminat nak melelehkan air mata wokk .. Hahahaha … Maksud aku mudah jer .. Buat masa sekarang ni , aku lebih gemar tonton filem yang punya unsur kesan khas di panggung wayang .. Kalau takat drama percintaan , aku tunggu kat tv atau download jer nanti.. Apa guna UNIFI kan ? Hahahah.. Gila kejam..
Memang best Ombak Rindu ni ( orang kata la ) , tapi tak pe la.. Untuk semalam dan hari ini , aku tak berminat nak g tonton lagi .. Esok lusa , wallahualam .. Sapa tau kan ? Heheh.. Allah punya kuasa.
Hurm.. Teringat tonton Kabhi Kushi Kabhi Ghum.. Memang menangis la.. Hahahahha .. Hampeehhh ..
Kata kawan aku , dalam dunia siber ni SEMUT PON LEH JADI NAGA .. Tapi bila depan mata , adeh .. mcm tenuk tiruan ! Camana tu ?
Maka dengan wujudnya alam siber ni , orang orang yang tak berani bersuara di depan mata , akan menjadi gagah perkasa wooo di dalm dunia maya ni !! Bukan takat bersuara je , siap boleh caci maki malah ugut nak pukul lagi ! Haa.. Jangan tak tau !! Ada tauuuu.. Berlaku kat aku lagi ! Tapi bila face to face ..
Haihh…. Yang lagi menarik , caci maki orang tapi muka tutup.. Atau paling tidak pon guna gambar orang lain .. Hahahaha.. sama je perangai dalam dan luar dunia maya ! Dasar tenuk tiruan !
Sepatutnya laman sosial gini digunakan untuk tujuan yang baik .. Kalau disalahgunakan maka bertepuk tanganlah para musuh ISLAM .. Tercapai niat mereka untuk memecahbelahkan kita ..
Fikir la semula tujuan kita dalam dunia maya ni .. Hari ni kita bantai orang , esok lusa ? Kalau tak kena kat kita .. kena kat orang yang kita sayang .. Renung-renungkanlah ..
my full name Muhd Zaidi Bin Khamis, 14 years old, 16.01.1997, already owns by Nur Farah Hananiey, im frendly, easy to explain, crazy, i love my frends also my family
T0ING!!! T0ING!!! TOING!!! Just menyusun kata, mencoret kisah hati yang tersendiri ! ~.~
❤Hello Juz Call Me Zana Totally Stay in Penang + Perak I Have 4 Siblings, And Im The Oldest One Im Indulgent And Friendly Person I was Born On 01 Of APRIL 1992 TOTALLY TAKEN i am a sensitive person.
Hai,annyeong~ nak tahu siapa owner blog ini? hahah, saya zawin. baru form 1(2011). sekolah punk5 kuantan. im single okay! adalah. hurm, saya ni memang terlalu gilakan korea, hahah! harap maaf kalau blog ini dipenuhi dengan dunia K-POP. sya tak boleh tinggalkannya! kalau nak kenal meyh add saya kat sini. gerenti saya layan korang. www.facebook.com/zawinaveiro
I love Islam
Aku kata dah ! Tak sabar betul .. Double line pon dia sebat potong ! Entah apa yang dia kejar pon tak tau la .. Takkan nak tengok drama kat tv jam 7 petang sampai sanggup melakukan kesalahan jalanraya ??? Come on laaa …
Drama-drama kat tv jam 7 petang tu patut ditukar masa la.. Tak sesuai sungguh laaaa tayang drama waktu Maghrib tu.. Kalau letak kuliah atau ceramah agama waktu kan bagus.. Kira lepas solat tu , yang mana tak berjemaah kat masjid , boleh la tengok bersama keluarga atau kawan rumahnya ..
Tapi ni tidak ! Ada ke g tengok drama air mata ???? ARghhhhh.. Sampai bila la orang kita ni nak bersemangat waja ! Asyik asyik airmata ! Dari tv realiti sampai drama.. Dari drama ke filem.. Dari filem ke realiti sebenar ! Airmata airmata dan airmata..
Aku ? Lemah bila tengok airmata perempuan.. Lemah sbb malas nak pujuk ! Weekkkk !!
Perempuan : Apa lakk .. kalau u nakkan I , u kena la usahakan dapatkan I !
Lelaki : Tapi u , mahal sangat la .. U tau kan I gaji berapa je .. Ni kalau nak buat belah I lagi .. U mintk sampai RM15 ribu tuu .. U takat SPM jee.. Kalau ada title Prof. tu lain la..
( Dalam hati .. Takat muka cam ko nieh , berlambak ! Ni kira aku nak pon bernasib baik je tau ! )
Perempuan : Ahhh .. I tak kira ! U usahakan jugak .. Tak kira ! Tak kira ! Taaaakkk kiraaaaa !!
Lelaki : Ok la… I usahakan cari yang lain yer .. I pon sebenarnya lama dah menyampah ngan U .. Tapi I sabar gak sbb kesian kat U tu .. Tapi kalau u demand sampai gini , ada baiknya I single jer la. I tamo hidup susah wooo … Seeloknya mudah tapi nak jadi susah ..
Perempuan : Apa ??? Aaalllaaa U niiii…
Lelaki : Tak kira ! Tak kira !! Kita putus sekarang … U kirim salamm sama mak u .. Kata kat dia , anak dia ni layak kawin ngan datuuk jee !! Datuk cucu 20 !! Huh ! Hampehhh ..
Perempuan : Uuuuuu .. maafkanlah I !!
Lelaki : Ahhh… tunggu raya baru mintak maaf !
Nasihat .. Jangan susahkan dua dua pihak .. Asalkan punya tanggungjawab , serta niat kerana Allah maka permudahkanlah.. Lepas nikah tu penting .. Jangan berhutang wooo.. Pening palaaa…
Baru plan nak ke Kelantan dalam bulan ni .. Tapi dok memanjang hujang .. Eh , tersasul ganu lak.. hehe … kena pikiaq balik ni ..
Kuala Lumpur : Kawasan rendah di Terengganu dan Kelantan berisiko mengalami banjir hujung minggu ini berikutan hujan lebat yang dijangka turun Jumaat hingga Sabtu ini.
Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran peringkat kuning mengenai hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana di kedua-dua negeri itu.
Kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas manakala di Terengganu pula membabitkan daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Jabatan itu dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan laut bergelora kategori ketiga dengan ombak setinggi 5.5 meter bagi kawasan perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-Layang.
Keadaan itu yang di jangka berterusan hingga hari ini dan berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.5 meter juga dikeluarkan bagi perairan Kelantan, Terengganu, Labuan dan dan kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat di Sabah serta di Samui, dan Palawan.
Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, katanya.
“ Makna cincin tunang longgar “ !
Adeh… Memang pecah perut aku sat nehhh … Mana tidaknya , boleh ada orang google menda gini ! Apasal laaa sampai ngarut sangat kepercayaan tu ??? Cincin tunang ni betul betul kasi kesan pada manusia eh ? Kalau hilang , petanda dia sekian.. Kalau tak pakai .. kalau lusuh.. Aiyooo…
Kalau longgar tu maknanya tunang awak tu makan hati laaaa.. Mesti dok pening pk nak kawin .. Samada dok pk mana nak korek duit untuk belanja atau paling tidak pon pk camana nak putus tunang ngan awak tu haaa !! Hahaha… guwau jee.. Aisey.. biar laaa… Longgar je .. bukan tak pakai langsung atau dah digadaikan !
“ najwa latif and greyson chance bercinta “
Menda cam ni pon nak amik tau ke ??? Adoi.. Si Najwa tu sekolah pon tak abis lagi .. Dah kalut nak bercinta ?? Toksah laa cari menda menda ngarut ! Kan baik cari kat mana si Najwa belajar main gitar tu haa ..
“cara cara buat lesung pipit pada budak 13 tahun “
Hahahahahha … aku mampu gelak je la … Hahahha … dah takde keje ke apa orang Malaysia ni ?? Ops.. maksud aku , segelintir je .. hehe.. Kang ramai lak terasa ..
Sebenarnya banyak lagi .. tapi biarlah aku kongsi yang itu je yer .. Hehe.. Donia donia …