Ya !! Sbb ada ramai awek awek kat situ !! Memasing cuci mata woo .
Hehe .. confirm aku tak leh g gym dh pasni !
Kalau nk jd gak , jgn 'tinggalkan' agama yer ..
“Ehh.. awakkk … ala.. awakkk … awak niii.. Wat tak dengar lak kita panggil awak !! “
“ Sedara … ni name tag kat baju saya .. ada tulis ..Besar besar haaa… Ingat nama saya biawak ke ? Adoi.. Kot ya pon .. kasi la salam dulu .. Ni tak .. Awak .. Awak .. Cam budak sekolah tadika jee.. “
“ Eh .. kita bukan kat sekolah tadika ke ni ?? “
“ Ye tak ye gak .. ehh.. sori ye wak .. “
“ Bila pulak nama kita Wak ! Nama kita Adam Af tauu .. “
“ Ni yang letih kawan dengan budak budak ni … “
Lama tak buat segmen eh ..
Haa .. memandangkan sekarang ni cuti sekolah dan ramai blogger baru yang wujud tetapi kita yang dah agak ‘basi’ dalam dunia blog ni ( cam aku ) pasti agak penat untuk merayau ( blogwalking ) mencari blog blog best untuk lepak sat .. Hehe.. ( Abis yang tak best ni camana ? Kasi best le kalau gitu kan ? Heheh.. )
Ok , segmen ni simple jer sebenarnya… Sekadar blogger memberitahu sendiri identiti blog mereka .. Apakah daya tarikan yang ada pada blog mereka dan apakah mereka rasa mereka patut pergi lebih jauh.. Keyakinan diri blogger tu sendiri ! Hehe.. Ada brani ??
Nak join ? Ok.. jom … Cam biasa , buat satu entri khas untuk join segmen ini ..
- Letak header BENASHAARI.COM
- Tajuk : BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN dan linkkan ke entri ini .
- Sila jelaskan kenapa blog anda tu lain dari yang lain.. Tang mana lainnya ? Tang mana bestnya ?? Haaa.. Dalam 100 patah perkataan ..
- Siap ? Tu jer .. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini .. Tutup , jam 11 malam ini ..
Terima kasih …
Hadoii… penat weh … penattt…. Berboroi salah , kata makan rasuah … Badan smaart , kata gigolo .. Badan gagah , kata gay !! Abis tu nak badan pe ? Badan Pencegah Rasuah ???
Hurm…. boleh dia kata blog aku ni blog gay sebab cerita pasal gym ??
Adeh .. aku tak tau la mana punya manusia berhati busuk lebih busuk dari busuknya najis ni ! Haih .. Sampai tak tau nilai mana yang tulen dan mana yang asli ..
Kes jeles ? Tak .. kes buta hati ni … Segalanya buta !! Grrr… Diorang ingat g gym ni guna air liur kot ?? Tak tau modal yang dikeluarkan untuk mendapatkan apa yang diinginkan ni .. Huh !
Weekkkk !! Busuk punya olangg…
Sama seperti dlm dunia blog .. Yg sering kutuk blogger lain tu pasti akan ada yg bersorok serta ada penyokong setia .. Yg blogger baik ni ??
Tapi jangan la kecewa .. Yang buat baik ni , walaupun manusia lupa , Allah takkan lupa punya ... Asalkan niat tu betul , insyaAllah ..
Jangan harapkan pujian dari manusia.. tak berbaloi !
Tak tau ? Tak amik tau ? Atau wat tak tau ?
Tempat mengambil wudhu’ di dalam tandas awam
Ada jugak mangkuk gi kencing kat situ !
Atau di facebook fanpage DIAN PIXY atau email terus ke jompixy@gmail.com
ROSAK...ND Lala menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan kumpulan Mat Rempit, semalam. - Hmetro
Apa nak jadi dengan negara kita ni ? Dulu nak keluar malam dan balik awal pagi pon takde masalah .. Nak rasa takut pon tak .. Sekarang ni ? Baru keluar kul 11 malam , dah risau … Hurmm ..
ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50 telah diserang di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.
“Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar.
“Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka.” katanya ..
Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam. - Kosmo
Nak tau lagi , kena beli Hmetro atau Kosmo ler.. hehe .. aku pon tak baca lagi .. Tapi apa yang berlaku pada dia mmg satu yang amat menakutkan..
Nasihat pada anak dara , jgn merayau malam malam walaupun berteman ..
Mak aku memandang aku ..
" Kenai .. Awat ? "
" Meninggal dunia dah semlm .. "
Menurut mak aku , dia sakit asma .. Meninggal dunia sewaktu tidur .. Sebelum tu dia g tahlil .. Arwah , ajk masjid dan sangat rajin serta peramah ..
Sekurangnya , dia buat sesuatu yg baik sebelum dia meninggal dunia .. Aku memikirkan nasib aku .. Andai kata inilah tidur aku yg terakhir ???
Al-fatehah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
Mak aih… tu dia .. pesanan maut mak aku aih .. Patut pelik rajin benar wife tengok hp aku kebelakangan ni .. Ingatkan nak bagi hadiah untuk harijadi ke apa memandangkan hp aku yang beli tahun lepas tu , dah out dated.. hehehe..
Tapikan .. aku rasa la kan .. bukan hp suami je patut kena check.. hp si isteri pon patut wooo .. kan kan ? Mana la tau .. hehehe.. skang ni ular pon dah jinak walaupun berbisa .. hehe..
Nasib baik hp aku rosak semalam.. lalalal… dan dan je kan ?
Hurm .. Dah 2 tahun 2 bulan blog aku .. Pencapaian ? Hurm… masih di tahap biasa biasa jer .. Belum mampu nak tersenyum lagi .. Tapi tak pe la , aku dah berusaha selama ni . Tahun depan , aku kena berkerja dengan lebih keras lagi ..
Apa harapan aku pada blog aku pada masa depan ? Hurm .. apa yang aku nampak ialah cara penyampaian aku yang perlu lebih banyak diperbaiki .. Dan insyaAllah , aku akan tukar baju blog ni .. Tapi akan mengekalkan warna aku ini kerana inilah identiti kepada blog aku ..
Korang lak camana ? Haa.. apa kata korang kongsikan perancangan masa depan blog korang di sini ? Tinggalkan di ruangan komen dan jugak url blog korang ..
Sama sama kita berusaha memajukan blog kita dengan cara yang sihat ..
Ada kajian di Malaysia mengatakan peratusan wanita curang terhadap pasangannya lebih tinggi berbanding lelaki yang curang terhadap pasangannya .. Wow !! Macam tak percaya je kajian ni ! Kang mesti ada suara kata , “ Eh , kajian mana kau amik ni haa ???? Bagi la sumber !! “ .. Apadahalll .. g la cari sendiri ! Aku leh carik , takkan ko tak leh kan ? Hahahah.. Ilekkss.. jgn berapi .. ni sekadar kajian jer ..
Perempuan , mencari kebahagiaan dalam kehidupan mereka .. Lelaki pula mencari kepuasan dalam apa jua yang mereka buat .. Berbeza tapi sama sebenarnya .. Kepuasan menjamin kebahagiaan.. Kebahagian menentukan kepuasan .. Haa.. pening ? Toksah pening aihh ..
Amik contoh perempuan dah kawin .. Kenapa mereka curang ? Suami kerja keras siang malam tapi akhirnya isteri berlaku curang .. Jawapan yang sering diberi , mereka terabai ! Haaa… Segalanya kembali dingin ..
Lelaki .. kenapa curang ?? Hahahaha .. Takkan aku nak bagi jawapan kot ??? Mana boleh !! Aku lelaki .. Takkan aku nak berpaling tadah ! Mana ada lelaki curang !!!
Heh ! Hampehhhh .. Lelaki curang .. Biasanya lelaki akan gunakan , ‘ 3 lagi kosong ! Jadi boleh la kan ??? ‘ .. Eh.. sat sat .. Ini tajuk pasal perempuan .. Pasal lelaki , nanti nanti la aku buat.. tu pon kalau aku rajin.. boleh ?? Hahaha..
Wahai lelaki .. kenapa pasangan kita boleh curang , kembali melihat kehidupan seharian kita .. Bagaimana bermulanya dari celik mata hingga pejamkan mata .. Apakah kita sebagai lelaki mengambil tahu segalanya apa yang pasangan kita buat ? Apakah cukup dengan sekadar mencari rezeki dah memadai untuk menghangatkan percintaan ?
Ehem .. jangan sampai kehilangan akibat kecuaian sendiri .. Nak dapat susah .. nak hilang senang .. Dugaan semakin kuat sekarang ini .. Syaitan telah berjaya merosakkan ramai anak cucu Adam .. Jangan sampai kita pulak menjadi mangsanya ..
hanya dengan sekali basuhan..rasailah sensasi shhmira feminine wash
1. KESEGARAN SEPANJANG HARI.
Memastikan anda sentiasa segar. Shhmira diperkaya dengan
wangian buah strawberi.
2. KEYAKINAN SEPANJANG HARI.
Tidak kira betapa sibuk anda pasti yakin dengan kesegaran
sepanjang hari.
3. SIZE PAKEJ YANG SENANG DIBAWA.
Boleh dimuat kedalam tas tangan anda. Didatangkan dengan
botol bersaiz 30ml.
4. DIPERBUAT DARIPADA TUMBUHAN HERBA TRADISIONAL.
Shhmira adalah pencuci wanita lembut yang diperbuat daripada tumbuh tumbuhan yang terdapat di asia.
Manjakani.
anti oksida(anti penuaan), boleh membantu pembetukan tisu, menguatkan serta menganjalkan faraj, antiseptik dan anti radang.
Kayu rapet/rapat.
Herba yg selalu digunakan oleh kaum wanita dahulu kala terutamanya selepas bersalin. Fungsi utk merapatkan faraj.
Kacip Fatimah
Akar kayu yg cukup terkenal yg banyak terdpt di negara asia yg secara traditionalnya utk meningkatkan tenaga dan memperbaiki otot faraj wanita.
Selanjutnya , klik SINI