Aku tak boleh baca kes kes kawan makan kawan macam ni ! Sungguh ! Takat kes kecil tak pe la gak ! Tapi kalau sampai aniaya kawan jadi pelacur , itu sungguh bangsat !
Maaf , bahasa aku kasar tapi itulah perasaan aku . Bayangkan jika niat kawan tu nak carik kerja untuk menghabiskan masa lapangnya tapi dirosakkan oleh kawannya sendiri dengan memaksanya menjadi pelacur !
“Hasrat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi cuti semester bertukar tragedi apabila dia akhirnya dipaksa menjadi pelacur selama sebulan oleh satu sindiket di negeri ini, sejak 29 November lalu.
Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu ditipu rakannya sendiri yang merupakan anggota sindiket pelacuran yang sebelum itu menjanjikan mangsa untuk mendapat pekerjaan di sebuah restoran makanan segera. “
Sungguh celaka manusia tu kan ? Sian betul mangsa tu .. Haihhh… Kalaulah aku … Grrr….
“ Namun, belum pun sempat mangsa mendapat pekerjaan, rakannya itu telah memperkenalkannya dengan beberapa lagi rakannya sehingga akhirnya mangsa dipaksa menjadi pelacur.
“Anggota sindiket ini juga telah merakam gambar bogel mangsa dengan mengugut akan mengedarkannya di Internet sekiranya mangsa enggan melayan senarai pelanggan yang telah ditetapkan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya “.
Kes kawan makan kawan ni bukan yg ni jer .. Ada yg lagi teruk dengan memperkenalkan dadah ! Suh jadi keldai dadah atau bawak join geng samseng ! Atau paling tidak pon jadi geng pecah rumah ! Camana tu ?
Awasi anak anda ! Jangan main angguk je bila mereka kata , MAK , KELUAR NGAN KAWAN JAP YER !
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA