Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi Isnin ini.
Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.
Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.
Dinasihatkan , sila guna pengangkutan awam . Kenapa eh ? Lagi mau tanyaa eh ?? Heehhe…
Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan. - BERNAMA