Aahh .. Kadang-kadang aku teringin benar nak amik gambar perempuan bertudung dan berpakaian ketat yg sememangnya mengiurkan mana mana lelaki kalau tengok dari belakang .. Tengok depan , mungkin jadi lain ceritanya kan ? Hahaha ..
Macam entri aku Inilah namanya persaingan .. ini tadi ..Sapa sapa boleh meniaga kalau ada modal ! Tapi nak ada modal kan ? Selain modal , apa lagi ? Skills meniaga ? Selok belok ? Ilmu ? Macam macam lagi kan ?
Apakah ingat meniaga ni dengan cara letak barang kemudian menjerit suruh orang datang beli atau letak kerusi dan tunggu orang datang ?
Kalau begitu , maka kejap jelah lingkup perniagaan kita .. Sama gak dengan blog .. Ingat dengan mengkritik sesuka hati tanpa ilmu atau memaki hamun kononnya berhati kering sudah cukup melayakkan diri bergelar blogger ?
Sama gak dengan blog .. Main tulis tanpa memikirkan hati orang yg membacanya sememangnya mengundang bala pada diri sendiri . Untuk apa sebenarnya ? Kepuasan diri ? Laaa .. Kepuasan diri yang menyebabkan dosa terkumpul setiap kali orang membacanya ? Apakah sebenarnya ??
Aku dah 3 tahun berblogging dan pelbagai komen dan karenah aku temui.. Dan sememangnya jawapannya ialah , pengalaman mendewasakan kita dalam dunia blog ini ..
Blog ialah mengenai penulisan kita berdasarkan perasaan kita tapi masih punya batas iaitu agama ! Jangan sesekali langgar batasan tersebut.. Dan kalau tiada batasan itu , rasanya aku sendiri lama dah memaki hamun dalam blog ini dan syukur aku sedar akan hakikat itu ..
Di kiri kanan bahu kita ada malaikat yg mencatatkan setiap perbuatan kita . Maka sebelum menulis entri , fikirkan semula. Apakah ganjaran yang akan aku terima dengan entri ini ? Dosa atau pahala ?
Wallahu a’alam ..