“ Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. “ – Mstar
Al-Fatihah .
“ Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. “ – Mstar
Al-Fatihah .
Menarik blog baru ni .. Satu lagi blogger yang perlu diberi perhatian kerana cuba menampilkan kreativitinya sendiri ..
Antara entri yang dia buat , sendiri ! Aku pon gemar lukis komik camni dulu tapi lebih abiskan masa dengan bercinta lak masa tu.. hehe .. Tak la.. masa mencemburui aku masa tu.. hehe ..
Ok , jom g blog dia .. http://blogsiots.blogspot.com/
Pasti korang pernah hadapi situasi gini kan ? Call tak berangkat .. berkali kali sampai naik tekanan darah . Bila jawab , sambil lewa lak kan ?
Ini keyword yg tersangkut kat blog aku hari ni . Mesti si pencari ni tensen sehinggakan sanggup google utk mencari jawapannya. Kenapa One Hotel Helang tak jawab telefon ni ?
Byk sebab .. Apa yang pasti , aku rasa mereka bukan saja saja tak nak jawab .. Seperti ada satu kes berlaku pada member aku la kan .. Beria dia telefon satu agensi ni untuk buat laporan .. Sampai naik marah dia sbb tkde orang jawab .. Tapi dia terlupa , waktu dia call tu adalah cuti umum. Camana tu ?
Pelik betul ! Ada orang , kalau tak makan tengahari dia punya semangat nak kerja down to 0 ! Tapi bila puasa , boleh pulak dia tahan kan ?
Nak lagi best , dia hidup mmg kena makan jer ! Bukan makan untuk hidup .. Kononnya nak menikmati anugerah Tuhan .. Yolah tuuu.. Kang umur baru berapa , dah ada macam macam penyakit ! Anak belum sempat putus susu , dah declare kencing manis.. Haa.. baru ada akai kan ?
Kalau tak makan seharian , tak leh hidup ke ? Mesti mau makan ? Peliknya , bila time nak makan tu lauk yang diambiknya seolah olah baru sampai dari planet Marikh ! Serupa tak pernah jumpa lauk bertahun !
Tapi .. cuba baca kisah lelaki Sweden ni lak .. kat bawah ni laa cerita dia !
Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.
Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.
Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu. – Kosmo
2 bulan tuu.. Cool je kan ? Kita ? Sehari baru serupa setahun tak makan.. Siap ada merangkak lagi g kedai makan nak order tom yam seafood , ayam masak merah , sayur kailan ikan masin , telur bungkus 3 orang makan , ikan siakap masak stim dan tapau keow teow goreng !
Satu petang di tasik yang permai ..
“ Bukankah itu yang U janjikan pada I dahulu ? “ tanya si dara .
“ Memang betul . Tapi .. bukankah I dah berusaha menepatinya. U yang suruh I cari duit untuk masuk pinang U .. Sekarang I dah ada duit.. Apa lagi yang U tak puashati dengan I ni ? “ jawab si teruna .
“ Oh .. memang I yang suruh U cari duit untuk minang I tapi .. tapi.. “ suara si dara tersekat sekat ..
“ Tapi apa U ?? Cuba terus terang dengan I ni .. “ si teruna dahagakan penjelasan.
“ Tapi yang U masuk minang adik I kenapa ??? “ kegeraman si dara terluah jua.
“ Oh .. dah dia cun dari U .Tak tau pulak U ada adik perempuan yang cun .. “ jawab si teruna dengan selamba.
“ I tak kisah U nak pinang dia sekali pon ! Tapi kalau yer pon , kasi la masuk tadika dulu ! Ni ABC pon tak kenal lagi , dah U pinang dia kenapa ?? Kemaruk sangat dah ke ? “ si gadis mula mencekak pinggang.
“ Bukan apa U .. Kalau I pinang sekarang , selamat skit. Boleh I jaga dari kecil. Nanti dah besar tak susah la nak jaga kan ? Cam U tu .. Dengan I , U kawan .. Dengan mamat tu , U keluar .. Dengan mamat ni pon U bantai dating. Baik I pinang adik U .. kan kan ? “ si teruna berlalu terus dari situ ..
“ UUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU “ si dara menjerit kegeraman..
Haaa .. cer tengok gambar kat bawah ni ..
Amacam ? Comel tak ? Bukan model dia tapi pakaian yang diperagakan oleh model tu laa .. Cantik kan ?
Koleksi Habibi Teen ni adalah kemeja labuh. Diperbuat daripada kain cotton yang lembut dan mempunyai 7 warna ..
Saiz terdiri dari s,m,l,xl.
Harga sehelai kemeja Habibi Teen ni RM89, tapi khas buat pembaca di blog aku ni , dia kasi beli 2 helai , cuma RM150 dan free postage.
Kalau berminat mengetahui dengan lebih lanjut , boleh terus sms ke Habibi Hotline 0126553974 atau emel ke alkenalitrade@gmail.com .
Nak tengok lagi baju baju yang dijual , boleh ke blognya atau ke FB
Buat mereka yang berminat nak beli , nanti bagitau yang korang dari blog BEN ASHAARI tau .. dapat harga promosi tuu .. okeh ?
Tengok dah movie hantu SUATU MALAM KUBUR BERASAP ni ? Aku layan semalam dalam kul 1 pagi hingga kul 3 pagi .. Kot la nak cari feel layan citer hantu melayu era ni ..
Jadi apa komen aku tentang filem ni .. Sat , ni filem atau wayang kulit ? Ke citer kartun petang petang ? Ke iklan rambut atau cangkul ? Atau iklan asap ? Berapa banyak ke daa ..
Sesungguhnya , filem melayu di Malaysia ni dah ilang arah tujuan ! Semua pakat buat filem untuk kaut untung juta juta ! Penonton kita pon nak support sehinggakan mula bosan dengan filem filem begini . Download je la..
Filem ni , serius aku kata .. hancur lebur ! Bukan sbb pelakon tapi sbb jalan ceritanya … Aiyoo .. Memang buang masa aku jee ! Kalau tau, tidur lagi best !
Disebabkan cerita ni la aku mimpi hantu sampai aku ngingau ! 3 kali berturut wife kejutkan aku .. Sampai tahap terkeluarlaaa zikir dari mulut aku time tidur ! Wife kejut , aku tidur balik .. Aku sambung tidur .. Aku nak musnahkan hantu yang telah merasuk adik tu.. Haa.. amik kau .. Baru terasa kehantuannya !
Dan kali ketiga tu , aku tak larat dah nak sambung.. Aku g minum air .. Solat subuh .. sambung.. mimpi nikah lagi satu ! Pergh … Masyukkkk …
Hahahahha ..
Memang masalah kalau suami isteri kerja dan anak pulak ramai. Tak yah ramai la, dua orang pon cukup. Pasti ada antara mereka pening kepala memikirkan keadaan rumah atau anak mereka . kan kan ? Tapi ada yang berjaya mengatur jadual dengan baik cuma bg mereka yang bz sangat tu , susah gak kan ? Alternatifnya , orang gaji !
Haaa .. masalah orang gaji ni satu hal .. Nak cari mmg betul betul ‘orang gaji’ . Kalau muka ala ala NIKITA WILLY ?
Confim si suami pulang awal hari hari ! Dan ibunya pon begitu juga ! Kang tak pasal pasal si suami lari bersama orang gajinya atau , dia pulak dihalau pergi ! Pergh.. hahaha .. kijaammm ..
Mau tak mau , cari la maid yang rupanya takkan mampu menaikkan nafsu suaminya . Tapi kan , susah gak wooo .. Lelaki ni , bila dah dirasuk syaitan , tiang pon diorang goda ! Haaa.. banyak kes gini .. Nak tulis dalam ni , tak sampai hati wooo ..
Mau tak mau , cari je la amah berumur 30 ke atas dan belum lagi monopos.. Bukan pe ,tak la amah tu asik nak tensen je kan ? Hehe .. Tapi tak suma gitu. Nak jadi amah ni , mental dan fizikal kena kuat woo.. Maklumlah , hari hari buat kerja yg sama .. Leh gila gak la..
Kesannya ? Ada maid yang sanggup dera anak majikannya setelah anak majikannya menderanya terlebih dahulu ! huhuhu.. Yeke ? Wallahualam.. aku takde maid ..
Dan sekarang ni , isu baru timbul yang mana mereka mula fikir berkali kali untuk amik orang gaji yg baru ..
“ Seorang amah warga Indonesia yang baru tiga hari ditugaskan mengasuh anak majikannya meninggalkan kanak-kanak berusia dua tahun itu sendirian sebelum melarikan diri bersama wang tunai, barang kemas, beg tangan berjenama dan telefon bimbit majikannya bernilai RM55,000. “
Baru keje 3 hari . dah kebas harta majikannya .. Dah la tu , tinggalkan je anak majikannya tu sendirian .. Kureng ajar betul ! Kalau dapat la orang gini , mau jer aku suruh mop KLCC dari parking lot sampai ke pencawang telekomunikasi tuuu .. atas sekali laa..
Ada orang gaji pon pening .. takde ?? Jangan risau .. aku ada penyelesaiannya .. Sapa nak gajikan aku ? Hehehhe … Ala, korang kena bincang suami isteri la.. Kalau rasa terlebih berkemampuan , fikirkan segala baik buruk.. Tak mampu ? Hurm… pon kena fikir gak woo ..
Kali pertama aku tengok dan sentuh komputer nun selepas aku abis SPM dan amik kursus komputer . Sebelum tu , aku fobia dengan komputer. Nak sentuh pon takut . Mana tau meletup ke .. hehe ..
Terujaan aku terhadap komputer semakin mendalam terutama pada laptop. Masa tu , jgn mimpi la nak beli laptop. Harga ? Harga satu hal .. size lagi laa.. Besar dan berat giler ! Tu pon aku tgk masa aku kerja dulu. Terkedu tengok size tapi teruja ! Hehehe ..
Laptop pertama di dunia , OSBORNE 1
Dunia laptop semakin berkembang dan perubahan perubahan demi perubahan pada rekabentuk dan sizenya.
Dan , bila dah kerja ni .. barulah mampu beli laptop .. Dan terbaru , ultrabook Toshiba yg lama aku idamkan , jadi kenyataan ..
Haaa .. Aku dh buat satu entri mengenai TOSHIBA ULTRABOOK PROTEGE Z830 ni kat SINI .. Baca dulu baru sambung baca yang ni ..
Aku tak tau apa itu ultrabook. Apakah dia adik beradik dengan notebook ? Dari apa yang aku tau , ultrabook ni diperkenalkan oleh INTEL yg mana direkabentuk untuk lebih ringan , nipis tetapi lagi pantas ! Kira ultrabook ni lebih maju ke depan sedikit berbanding notebook , yang berat tuuu .. hehe..
Hampir seminggu aku guna ultrabook ni .. dan setakat ni , aku berpuashati sangat la terutama bab mengusung ke sana sini .. Ketahanan pon , mmg ok ..tak risau la kalau terlepas dari tangan sbb casis ultrabook toshiba ni mmg tip top !
Harga ? Mampu dimiliki .. Jangan risau .. hehe .. g survey di kedai kedai komputer berhampiran dengan anda. Buat mereka yang baru nak masuk IPT , leh la guna satu untuk ke hulu ke hilir masa kelas nanti !
Amacam ? Berminat tak nak miliki satu ?
Nak kata takde otak , ada .. Orang tak de otak pon leh pk dengan waras lagi .. Bukti ? Google sendiri ! Heh ..
Nak kata takde akal .. tak gak .. Mungkin sbb terlalu taksub pada cinta ? Atau percaya pada kekasih ? Tang ni mungkin la kot. Lelaki bermulut manis sehingga ramai perempuan menjadi mangsanya termasuk la sanggup jadi ‘ keldai dadah ‘ yang akhirnya merengkok dalam penjara sorang sorang dan lebih teruknya , kat negara orang lak tu.. Tak leh bayang penderitaan mangsa tu .. Jahanam betul lelaki macam ni ..
Dan pagi ni , dalam akhbar .. kes macam ni banyak dah pon cuma diorang ni mungkin jarang blogwalking kot sbb ramai dah blogger up isu isu gini ..
“ Seorang janda beranak dua yang mendakwa menjadi hamba seks bekas teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu hampir mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana amat tertekan.
Mimpi ngeri dia bermula kira-kira empat bulan lalu selepas lelaki itu mengugut akan menyebarkan lebih 80 gambar bogelnya melalui internet sekiranya beliau menolak untuk mengadakan hubungan seks selepas hubungan cinta mereka berakhir.
Menariknya semua gambar bogel itu diambilnya sendiri sebelum menghantar melalui e-mel kepada lelaki itu atas permintaan teman lelakinya sebagai tanda cinta kepada lelaki berkenaan enam bulan lalu. “ – BHARIAN
Bila dah jadi cam ni , nak salahkan sapa ? Percaya tu , boleh.. tapi bukanlah sampai 100% . Cukuplah sekadar percaya ala kadar jer .. Bila dah jadi gini , nak menyesal pon dah .. hurm.. tak tau la nak sebut apa ..
Namun , andai berlaku pada kawan kita atau mereka yang kita sayangi .. janganlah tambah tekanan tu .. Amik langkah yang sewajarnya.Buat laporan polis dan biarkan mereka buat tindakan. Janganlah amik tindakan sendiri. Risau nanti ikut nafsu , bertambah masalah lagi ..
The time for expo has come for this new year of 2012. is it still a new year? hehehehe.. for our expo year it is. this our our first expo for year 2012. the year of the dragon. the detail of the event would be as per below:
Venue: Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Time : 10am – 10pm
Date: 1st – 4th March 2012
the theme of the day would be turquoise and orange. yuppppp wait to see our candy buffet setup and our new design of the wedding cake. the color pallette would be like this:
Nak tau dengan lebih lanjut , sila klik SINI
Melihat keindahan alam ciptaanNya samada melalui gambar atau menikmatinya secara langsung, adalah sesuatu yg cukup mengujakan aku ..
Kalu di zaman remaja , pasti aku akan cari kertas lukisan dan melakarkannya kembali dgn menggunakan pensil ..
Selain dr alam semulajadi , wajah gadis bertudung , menjadi pilihan aku .. Cukup jelita bg aku jika diabadikan ke atas kertas ..
Sekarang , bakat dah tumpul .. Segalanya , tinggal kenangan .. Namun matahati tetap jua terbit dan terbenam ..
Dan kita , menunggu masa saja , utk terbenam .. buat selama-lamanya ..
Adakalanya ,
Ada sesuatu yang patut dirahsiakan saja . Bukan kerana nak sembunyikan tetapi atas kerana kebaikan dan elakkan pertelingkahan.
Adakalanya ,
Lebih baik diam diri saja dari berterusan bertekak . Bukan kerana bersalah tapi membuang masa untuk memperbetulkan sesuatu yang mana mmg dah terang-terang betul tapi tetap nak dinafikan . Jadi , diam dan serahkan pada Allah..
Adakalanya ,
Aku sendiri pening .. Pelik tapi itulah lumrahnya. Kematangan fikiran sangat sangat membantuk dalam hidup ini . Jika tidak , pasti akan bersikap seperti manusia zaman batu .
Tutup cerita . Biarkan saja mereka . Lambat laun , diam dan mereka akan berlalu ..
Macam biasa , 10 lagi blog baru .. Diskriminasi ? Heh .. tengok kat widgets FOLLOWER tu.. perempuan je kan ? Hehehe .. Jadi , mana yang ada , tu yang aku pilih ..
Terima kasih ..
SubhanAllah .. Automatik terkeluar dari mulut aku bila melihat keindahan ciptaanNya itu ..
Kalau korang nak g bergambar kat tempat ni ( taman berhampiran PICC dan masjid besi ) , datang dalam kul 6 lebih .. petang laa. time matahari terbenam ..
Confirm tak cukup kaki nak kejar matahari ! Hehehe ..